Open Circle Bersiri Khas di Kangar

19 Mac 2016, Perlis : MHTM Perlis meneruskan Open Circle bersiri khas sempena Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah dengan tajuk "Menjawab Tuduhan Keji Golongan Feminisme-Liberalisme yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah (Aktivis MHTM). Dalam siri ke-3 ini, beliau membongkar dan menepis tuduhan keji feminisme terhadap syariah Islam terkait wanita. Misalnya, golongan feminisme telah menuduh bahawa kewajipan menutup aurat dalam Islam adalah tidak benar. Bahkan menganggap pemahaman terhadap menutup aurat merupakan satu pendapat patriarki dan menindas wanita. Walhal telah jelas bahawa syariat Islamlah satu-satunya ideologi yang memuliakan wanita dengan memelihara kehormatannya dan melindunginya.





"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." [Surah an-Nur, ayat 31]

Ketetapan Allah Yang Maha Pencipta ini adalah suatu kewajipan yang tidak boleh disangkal. Bahkan membawa kebaikan dalam kehidupan manusia.

Sebaliknya perjuangan feminisme yang menuntut kesetaraan gender serta membenarkan manusia bebas bertingkahlaku menurut hawa nafsu ternyata telah merosakkan dan merendahkan nilai wanita.

Alhamdulillah, setelah berakhirnya sesi majlis ilmu ini, para peserta menyatakan sokongan dan dokongan terbuka terhadap Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah yang telah dianjurkan. Semoga majlis ini menjadi wacana yang mencelikkan minda para peserta dalam usaha untuk melawan idea-idea kufur yang cuba berkembang dalam masyarakat.

-------------------

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir di kawasan anda, sila hubungi kami di

Facebook: mhtm1924
Email: media.mhtm@gmail.com
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment