Open Circle Bersiri Sempena Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah di Ipoh

23 Mac 2016, Perak: MHTM Cawangan Ipoh menganjurkan Open Circle bersiri sempena Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah bertajuk "Dalang di Sebalik Serangan Terhadap Wanita dan Syariat Islam" yang diisampaikan oleh Pn Salmia (Aktivis MHTM). Dalam majlis ilmu ini Pn Salmia menegaskan bahawa gerakan feminisme yang bertentangan dengan syariat Islam tumbuh subur dan menyebarkan fahaman sesatnya adalah disebabkan oleh sistem demokrasi yang membenarkan hak dan kebebasan tanpa mengira halal-haram sesuatu perkara.

Para peserta yang hadir bersetuju dan menyokong bahawa kita perlu celik terhadap syariah Islam. Ambil tahu dan peduli terhadap islam. Dengan itu juga kita pasti akan dapat memahami tentang khilafah dan bersetuju bahawa khilafah adalah sebuah kewajipan syariah yang mesti ditegakkan . Ayuh menuju rahmatan lil 'alamin dengan syariah dan Khilafah.

-------------------

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir di kawasan anda, sila hubungi kami di

Facebook: mhtm1924
Email: media.mhtm@gmail.com






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment