Open Circle Sempena Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah di Negeri Sembilan

19 Mac 2016, Negeri Sembilan: MHTM Cawangan Bangi meneruskan siri ke -2 Open Circle Muslimah bertajuk "Dalang di Sebalik Serangan Terhadap Wanita dan Syariah Islam."

Ustazah Husna (Ahli Lajnah Muballighah MHTM) dalam wacana ini menyatakan bahawa Betty Freiden, seorang pejuang feminisme telah menulis dalam bukunya Femine Mystique,

“Peranan tradisional wanita sebagai ibu rumahtangga adalah faktor utama penyebab wanita tidak berkembang keperibadiannya. Idea virus peradaban ini kemudian terus menjangkiti tubuh masyarakat dan diperjuangkan oleh golongan feminis”





Penulisan sebegini tidak lain dan tidak bukan merupakan usaha untuk memburukkan peranan wanita sebagai “ibu” dan kerjaya suri rumah tangga.

Walhal dalam Islam, peranan wanita sebagai ummu wa rabbatul bait , ibu dan pengurus rumah tangga. merupakan penghormatan buat para wanita. Perkataan pengurus rumahtangga tidak bermaksud bahawa wanita adalah pembantu rumah atau khadam bahkan ia bermaksud bahawa wanita adalah pengurus rumahtangganya dan orang yang bertanggungjawab ke atasnya sepertimana yang disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته، فالإمام راع ومسئول عن رعيته، والرجل راع في أهل بيته ومسئول عن رعتيه، والمرأة راعية في بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها، والخادم راع في مال سيده ومسئول عن رعيته

“Setiap dari kamu adalah pemelihara dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipeliharanya. Seorang pemimpin adalah pemelihara dan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang lelaki adalah pemelihara keluarganya dan dia bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang wanita adalah pemelihara dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap apa yang menjadi tanggungjawabnya. Seorang khadam adalah pemelihara harta tuannya dan ia bertanggungjawab terhadap pemeliharaannya”

Seorang wanita memainkan peranan penting dalam pembinaan keluarganya dan seterusnya menjadi sosok penting dalam membina generasi khairu ummah. Sebaliknya, pada hari ini, femenisme yang menjadi keldai tunggangan kapitalis telah menuntut dan menyibukkan wanita dengan urusan materialistik dan kekuasaan semata-mata.Wanita disibukkan dengan berkerja sehingga menelantarkan rumahtangga yang hukumnya wajib. Bahkan lebih teruk, perjuangan kesetaraan gender turut merosakkan dan memandulkan peranan hakiki lelaki .

-------------------

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir di kawasan anda, sila hubungi kami di

Facebook: mhtm1924
Email: media.mhtm@gmail.com
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment