Open Circle Sempena Kempen CSCK di Taman Bukit Jalil

27 Mac 2016, Bukit Jalil: MHTM Cawangan Shah Alam mengadakan Open Circle Siri 1 sempena Kempen CSCK yang bertajuk “Feminisme, Islam dan Wanita” disampaikan oleh  Ustazah Ummu Maryam (Ketua MHTM Cawangan Shah Alam) bertempat di Taman Bukit Jalil. Usai usrah para peserta melakukan flash mob memaparkan sepanduk-sepanduk bagi menyuarakan agenda kempen ini seperti `Feminisme Racun Perosak Syariat Islam’ dan `Khilafah: Perisai dan Pelindung Ummah’. Para peserta turut menyebarkan nasyrah dakwah yang menjelaskan secara terperinci tentang mitos yang diciptakan oleh golongan feminis terhadap wanita dan Islam. Semoga usaha ini dapat membangkitkan kesedaran umat terhadap bahaya ancaman fahaman yang berasal dari Barat ini kepada kehidupan kaum Muslim. Ayuh tolak Feminisme! Kembalikan Islam sebagai rahmatan lil `alamin dengan penegakan syariat dan Khilafah.

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, sila hubungi kami di
Email: media.mhtm@gmail.com
Sertakan Nama, No Telefon, Email, Alamat.

“Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah”







SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment