Peranan Wanita Dalam Islam

Islam datang ke dunia membawa set lengkap aturan untuk memastikan kehidupan manusia berjalan sesuai dengan fitrah dan membawa kebahagiaan bagi manusia dunia dan akhirat. Aturan tersebut ditetapkan untuk semua, baik untuk lelaki mahupun wanita. Kedua-duanya sama dalam pandangan syariah (Lihat: TMQ al-Ahzab [33]: 35).


Namun, terdapat keadaan tertentu di mana Islam memberikan aturan yang berbeza antara lelaki dan wanita. Lelaki wajib mencari nafkah, berjihad, menunaikan solat Jumaat, menjadi wali; sedangkan wanita tidak wajib. Sebaliknya, wanita terikat dengan hukum-hukum tertentu separti wajib meminta izin kepada suami, mengenakan jilbab dan tudung (khimar), ber‘iddah, dan sebagainya; sementara lelaki pula tidak wajib.

Perbezaan ini bukanlah untuk meninggikan darjat satu pihak dan merendahkan sebelah pihak yang lain. Semua itu adalah solusi dari Allah SWT atas perbezaan fitrah dan kudrat mereka yang tidak dapat diingkari. Bahkan syariah Islam memuliakan wanita lebih daripada hukum dan agama yang lain yang pernah wujud di muka bumi.

Peranan Mulia

Islam menetapkan dua peranan penting buat wanita, iaitu sebagai ibu dan pengurus rumahtangga. Dalam Muqaddimah Dustur bab ”Nizham al-Ijtima’i” menyatakan : “Hukum asal seorang wanita dalam Islam adalah sebagai ibu bagi anak-anak dan pengurus rumah suaminya. Ia adalah kehormatan yang wajib dijaga.”

Ibu adalah pendidik utama dan pertama bagi para buah hatinya. Ibu adalah peletak dasar jiwa kepemimpinan pada anak. Ibu mempersiapkan anak menjadi generasi pejuang.

Berbahagialah para ibu Muslimah karana Allah SWT memuliakan mereka. Diriwayatkan bahawa Jahimah as-Salami pernah memohon izin kepada Rasulullah saw. untuk berjihad. Rasul saw. bertanya adakah beliau masih mempunyai ibu. Saat baginda mengetahui bahawa Jahimah as-Salami meninggalkan seorang ibu, Rasulullah saw bersabda, “Hendaklah engkau tetap berbakti kepada dia kerana syurga ada di bawah telapak kakinya.” [HR ath-Thabrani dan an-Nasa’i].

Sebagai seorang pengurus rumahtangga, wanita juga dimuliakan. Lihatlah bagaimana jawapan Rasulullah saw. sewaktu Asma’ binti Yazid meluahkan kebimbangannya tentang peranan isteri di rumah, samada ianya sama mulia dengan peranan lelaki? Rasulullah saw. bersabda, “Fahamilah, wahai wanita, dan ajarkanlah kepada para wanita di belakang kamu. Sesungguhnya amalan isteri bagi suaminya, meminta keredhaan suaminya dan mengikuti apa yang disepakati suaminya setara dengan amalan yang dikerjakan oleh kaum lelaki seluruhnya.”

Namun, tidak bemaksud peranan utama wanita sebagai ibu dan pengurus rumahtangga (ummun wa rabbah al-bayt) menjadikan dirinya tidak mempunyai kiprah dalam masyarakat. Allah SWT berfirman :

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُولَٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

"Kaum Mukmin dan Mukminat, sebahagian daripada mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka melakukan amar makruf nahi mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat serta mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana" [TMQ at-Taubah (9): 71].

Dalam ayat ini Allah SWT menggariskan bahawa wanita memiliki kewajipan yang sama dengan kaum lelaki dalam melakukan amar makruf nahi munkar di tengah masyarakat. Mereka tolong-menolong (ta’awun) dalam menegakkan aktiviti yang menjadi tunggak kehidupan bermasyarakat tersebut.

Allah SWT juga memerintahkan lelaki dan wanita untuk berdakwah, memuhasabah penguasa dan mengurus urusan umat. Bagi wanita, aktiviti ini wajib dilakukan di samping pelaksanaan aktiviti utamanya sebagai ibu dan pengatur rumahtangga.

Cara Islam Memelihara Peranan Wanita

Keupayaan wanita adalah menjadi ibu yang menyayangi dan selalu mendampingi anak-anaknya. wanita bahagia apabila dicintai dan sangat diperlukan oleh anak-anak. Wanita mendidik dan membentuk anak-anak untuk menghadapi kehidupan. Tanggungjawab mendidik anak-anak separti ini tidak dapat dilakukan separuh waktu atau secara sambilan. Ia memerlukan curahan waktu, fikiran, tenaga, usaha keras dan keadaan yang berpanjangan.

Bagi menyempurnakan fungsi keibuan (motherhood) ini, Islam telah menetapkan rantaian hukum-hukum praktik separti hukum terkait kehamilan, penyusuan, pengasuhan, perwalian dan nafkah. Islam membenarkan ibu yang sedang hamil untuk tidak berpuasa Ramadhan bagi menjamin bayinya membesar dengan sempurna. Ibu yang sedang menyusukan bayinya juga dibenarkan untuk tidak berpuasa - untuk menyempurnakan penyusuan selama dua tahun. Namun, mereka wajib menggantikan puasa tersebut.

Pengasuhan anak merupakan hak sekaligus kewajipan ibu sehingga anak menginjak usia tamyiz (sekitar 7-10 tahun). Dengan demikian anak mendapatkan kasih sayang dan pendidikan daripada ibunya sehingga dia mampu membesar dan berkembang secara sempurna. Bagi mendapatkan pengasuhan dan pendidkan anak secara optimum, para ibu dibebaskan dari berbagai kewajipan separti solat berjamaah di masjid, bekerja, berjihad dan hukum-hukum lain yang akan mengabaikan fungsi keibuannya. Disebabkan itu solat di rumah adalah lebih baik bagi wanita.

Mencari nafkah dibebankan kepada suami atau walinya, begitu juga bagi perlindungan dan keselamatannya. Islam menetapkan mekanisme yang menjamin seorang wanita, dalam keadaan apapun, untuk mendapat nafkah. Mekanisme ini dimulai dengan penetapan hukum perwalian lelaki terhadap wanita. Perwalian, tidak separti yang difahami oleh masyarakat saat ini, hanya sekadar hak untuk menikahkan, adalah kewajipan lelaki untuk melindungi, mendidik dan memberikan nafkah bagi wanita dan anak yang berada di bawah perwaliannya. Wanita yang belum bernikah, wali yang uatama bagi beliau adalah ayahnya. Bagi wanita yang sudah bernikah, tugas wali ini diambil alih oleh suaminya. Bila ayah atau suami tidak ada, perwalian akan berpindah kepada kerabat lelaki sebelah ayah sesuai dengan kedekatan hubungan kekerabatannya.

Bagi keadaan seorang isteri diceraikan sewaktu sedang hamil, ‘iddahnya ditentukan sehingga dia melahirkan. Ertinya, sepanjang tempoh kehamilan itu, dia tetap mendapatkan nafkah daripada suami. Apabila diceraikan saat menyusukan, ayah bayi tersebut wajib membayar upah penyusuan (TMQ al-Baqarah [2]: 233). Hal ini bertujuan agar ibu tidak perlu bekerja sewaktu sedang hamil dan menyusukan sehingga mengganggu hak anak mendapat penyusuan yang sempurna.

Terkait peranan wanita sebagai rabbah al-bayt, Islam telah menjadikan qawwam berada di tangan lelaki (suami). Makna qawwam bukanlah kepemimpinan yang berlaku separti atasan dan bawahan. Kata qawwam ini merupakan bentuk mubalaghah dari kata qa’im; maknanya adalah pemimpin, pengurus, dan pendidik bagi wanita (Tafsir Ibnu Katsir, jilid 2). Disebalik makna qawwam ini ada kewajiban untuk memenuhi keperluan para isteri dengan makruf, mengarahkan mereka pada kebaikan dan melindungi mereka.

Bagi menyempurnakan fungsi qawwam suami ini, isteri wajib taat dan sentiasa meminta izin suami apabila hendak keluar rumah. Izin dan taat ini bukanlah suatu bentuk penindasan terhadap wanita. Hal ini kerana Allah SWT memberikan posisi qawwam kepada lelaki. Namun, Allah SWT juga memerintahkan suami untuk memperlakukan isteri dengan sebaik-baiknya (Lihat: TMQ an-Nisa’ [4]: 19; al-Baqarah [2]: 228).

Rasulullah saw. juga pernah bersabda:

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي

"Orang yang paling baik di antara kalian adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isterinya. Sesungguhnya aku sendiri adalah orang yang paling baik di antara kalian dalam memperlakukan isteriku" [HR Ibnu Majah].

Berkaitan dengan perananwanita di kawasan umum, Islam juga telah menggariskan serangkaian hukum yang bertujuan demi menjaga dan melindungi kemuliaan wanita. Hukum jilbab, safar dan larangan khalwat hakikatnya adalah hukum-hukum untuk melindungi wanita dari berbagai fitnah swaktu beraktiviti di luar rumah, menjauhkan mereka daripada sebarang gangguan dan memastikan ta’awun yang berlaku antara lelaki dan wanita dalam ruang umum adalah ta’awun yang positif dan produktif.

Dengan demikian, Islam tidak hanya mengatur peranan wanita, bahkan juga menjamin peranan tersebut dapat terealisasi dengan sempurna melalui serangkaian hukum yang bersifat praktik. Keistimewaan separti ini tidak mungkin wujud kecuali dalam agama datang daripada Sang Pencipta manusia, Sebaik-baik Pembuat Hukum.

Ditulis oleh: Arini Retnaningsih (Lajnah Tsaqafiyah DPP MHTI)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment