Profil Keluarga Penegak Syariah dan Khilafah

Islam mewajibkan setiap Muslim, lelaki mahu pun wanita, untuk menjadikan akidah Islam sebagai landasan kehidupan, termasuklah dalam kehidupan berumah tangga. Menjadikan akidah Islam sebagai asas rumah tangga bererti meletakkan akidah sebagai penentu tujuan hidup dalam berumah tangga.


Salah satu bukti kepatuhan kepada akidah Islam, adalah dengan menjalankan perintah dakwah seperti yang telah diperintahkan Allah s.w.t kepada suami dan isteri. Firman-Nya,

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh melaksanakan yang makruf, mencegah daripada yang munkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [TMQ At-Taubah (9): 71].

Jadi jelaslah bahawa dakwah memang wajib dilakukan oleh setiap muslim lelaki mahu pun wanita, suami mahu pun isteri. Demikianlah yang dicontohkan oleh keluarga Nabi s.a.w dan para sahabat.

Rasulullah s.a.w adalah seorang suami yang sering bergurau, berbuat makruf dan lembut terhadap isterinya. Sedangkan ibunda Khadijah adalah pendokong utama dakwah Nabi s.a.w, menjadi orang yang pertama beriman dan membelanjakan hampir keseluruhan hartanya untuk dakwah Nabi s.a.w. Inilah amalan keluarga sakinah yang dicontohkan oleh Rasulullah.

Sejarah Islam juga mengingatkan kepada Yasir bin Amir bin Malik. Dia bersama isterinya Sumayyah bin Khubath r.a dan anaknya Amar bin Yasir, termasuk tujuh orang pertama yang memeluk Islam. Semasa hidupnya Sumayyah dikenali sebagai seorang isteri yang baik, berbakti dan taat kepada suaminya. Beliau bersama suaminya ketika suka dan duka. Dengan penuh keikhlasan mereka mempertaruhkan nyawa demi melawan musuh-musuh Islam.

Profil keluarga seperti inilah menggabungkan peranan ayah/ibu dan anak, peranan suami dan isteri dengan perjuangan Islam. Jika kita ingin memiliki keluarga seperti keluarga mereka maka kita mestilah menjadi “keluarga sakinah penegak syariah dan Khilafah”.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment