Sistem Kehakiman dalam Negara Khilafah

Oleh: KH Hafidz Abdurrahman

Banyaknya penghakiman di dalam sistem kapitalisme, tidak lepas dari falsafah undang-undang yang dianutnya. Falsafah sistem hukum kapitalisme ini bersumber pada teori “iltizam”. Teori yang menjadi pijakan sistem undang-undang Perancis, Jerman, Itali, dan hampir semua negara Eropah. Dari teori ini, kemudian lahir undang-undang prosedur jenayah, dan undang-undang sivil, dan undang-undang yang lain.


Ini berbeza dengan Islam. Islam tidak mengenal teori iltizam. Hukum Islam yang diterapkan di tengah masyarakat juga satu. Keputusan penghakiman di dalam Islam juga bersifat mengikat, tidak boleh dibatalkan oleh siapapun. Kerana itu, Islam tidak mengenal mahkamah rayuan dan sebagainya.
Jika pun Islam mengenal tiga bentuk badan kehakiman, sesungguhnya hanya dalam pembahagian tugas dan fungsi. Kerana undang-undang yang diterapkan hanya satu. Para hakim ini diketuai oleh seorang Qâdhî, yang disebut Qâdhî Qudhât. Dia mestilah seorang lelaki, baligh, berakal, merdeka, Muslim, adil dan ahli fikih. Dia diberi hak untuk mengangkat, membina, dan bahkan memecat para Qâdhî sesuai dengan ketentuan pentadbiran. Sedangkan para pegawai ini diserahkan kepada pimpinan masing-masing badan kehakiman.

Khushumat

Adalah kehakiman yang dipimpin oleh Qâdhî Khushûmât yang menyelesaikan sengketa di tengah masyarakat, baik yang berkaitan dengan muamalah mahu pun ‘uqûbât [hukuman]. Kesalahan ini boleh melibatkan hak yang berkaitan dengan mu’amalah, separti hutang-piutang, jual-beli dan sebagainya.

Selain kesalahan dalam masalah hak yang berkaitan dengan muamalah, juga ‘uqûbât, seperti hukuman bagi pezina, orang yang murtad, penganut aliran sesat, penyebar fahaman-fahaman sesat dan menyesatkan, dan sebagainya. Mereka semua boleh diadili di kehakiman Khushûmât ini.

Kehakiman ini memperlukan mahkamah, atau majlis. Kerana ini melibatkan dua pihak, penuntut [mudda’i] dan tertuduh [mudda’i ‘alaih]. Di mahkamah inilah, semua bukti [bayyinah] diajukan dan dibuktikan, baik saksi, sumpah mahu pun dokumen. Hakim akan membuat keputusan sesuai dengan bukti-bukti yang diajukan dan dibuktikan di mahkamah kehakiman.

Qâdhî Khushûmât disyaratkan mestilah seorang Muslim, merdeka, baligh, berakal, adil, ahli fikih dan memahami bagaimana menurunkan hukum pada fakta. Meski pun di dalam satu mahkamah boleh ada lebih dari satu Qâdhî, tetapi yang berhak memutuskan perkara dalam satu majlis tetap hanya satu orang. Sedangkan yang lain berfungsi memberikan masukan atau pandangan. Walau bagaimanapun pendapat dan masukan mereka tidak mengikat.

Ketika Sayyidina ‘Ali menjadi khalifah, ada seorang Yahudi yang “memiliki” baju besi sang Khalifah. Kerana merasa baju besi itu adalah bajunya, maka Khalifah pun mengajukan kes ini ke mahkamah. Walaupun kes ini melibatkan Khalifah, tetapi Qadhi Suraikh yang bertugas memutuskan kes ini tidak berpihak kepada Khalifah. Justeru, sang Qadhi memenangkan orang Yahudi “pemilik” baju besi sang Khalifah. Kerana Sayyidina ‘Ali tidak boleh menghadirkan bukti dalam persidangan ini. Ini adalah salah satu contoh, bagaimana sistem kehakiman Islam memutuskan sengketa, meskipun melibatkan orang penting.

Hisbah

Adalah badan kehakiman yang dipimpin oleh Qâdhî Muhtasib untuk menyelesaikan pelanggaran yang boleh membahayakan hak masyarakat [jamaah]. Qâdhî Muhtasib ini bertugas untuk mengkaji semua masalah yang terkait dengan hak umum, tanpa adanya penuntut. Kecuali, kes hudûd [seperti perzinaan, menuduh berzina, mencuri, minum arak] dan jinâyât [seperti pembunuhan, mencederakan orang].

Tugas dan fungsi Qâdhî Muhtasib ini adalah menegakkan kemakrufan, dan mencegah kemungkaran. Dia boleh mencegah kemungkaran begitu sahaja, di mana pun tanpa memerlukan majlis. Dia boleh diberikan anggota polis yang bertugas untuk menjalankan keputusan dan perintahnya. Keputusannya bersifat mengikat, dan mesti dilaksanakan seketika itu juga.

Qâdhî Muhtasib boleh mengangkat beberapa wakil yang memenuhi syarat Muhtasib. Mereka boleh disebar ke beberapa pelosok atau tempat yang berbeza. Mereka mempunyai kekuasaan yang sama untuk melaksanakan tugas dan fungsi hisbah di tempat atau kawasan, tempat di mana mereka diangkat.

Pada zaman ‘Umar bin al-Khatthab ada seorang Qâdhî Muhtasib yang diangkat untuk mengawasi pasar. Tugas ini dipercayakan kepada seorang wanita, yang bernama as-Syifa. Bahkan, di zaman Khalifah al-Mu’tadzidz (279 H), Sanan bin Tsabit, yang merupakan Qâdhî Muhtasib, juga ditugaskan untuk menguji dan memilih doktor-doktor di seluruh Baghdad. Mereka memiki doktor berjumlah 860 orang. Qâdhî Muhtasib ini diberi kekuasaan, untuk melarang para doktor melakukan praktikal, kecuali setelah mendapatkan izin amalan dari Qadhi Hisbah [Ibn Abi Ushaibi’ah, ‘Uyun al-Anba’, Juz I/112].

Bahkan, para Qâdhî Muhtasib tidak gentar untuk melakukan pengawasan terhadap penyimpangan yang dilakukan oleh pegawai tinggi negara. Dalam kitab, Siyar al-Muluk, diceritakan, ketika penguasa Bani Saljuk sedang menogok minuman keras bersama pegawai kerajaan, maka mereka pun dihukum oleh Qadhi Hisbah sebanyak 40 kali cambukan, hingga tercabut giginya. Menariknya, pembantu itu adalah salah seorang komanden tentera. Ketika dicambuk, tidak satu pun anak buahnya membantunya, selain melihatnya.

Madzalim

Adalah kehakiman yang dipimpin oleh Qâdhî Madzâlim untuk menghilangkan kezaliman negara terhadap orang yang berada di bawah wilayah kekuasaannya, baik rakyat negara khilafah mahu pun bukan. Kezaliman tersebut dilakukan sendiri oleh khalifah, pegawai negara mahu pun pegawai yang lain.

Qâdhî Madzâlim diangkat oleh khalifah, mahu pun Qâdhî Qudhât. Mengenai tugas mengawasi, membina dan memecatnya boleh dilakukan oleh khalifah, Qâdhî Qudhât atau kepala Qâdhî Madzalim, jika mereka diberi kekuasaan oleh khalifah untuk melakukan tugas dan fungsi tersebut.
Tugas dan fungsi Qâdhî Madzalim adalah menghentikan kezaliman yang dilakukan oleh negara kepada rakyat. Jika ini terkait dengan dasar, maka Qâdhî Madzalim akan membatalkan dasar tersebut, separti cukai, hukuman tol, dan sebagainya. Jika ini terkait dengan sikap atau tindakan semena-mena, maka Qâdhî Madzalim juga akan menghentikan sikap dan tindakan tersebut. Qâdhî Madzalim berhak memberhentikan pegawai, pegawai negara, bahkan khalifah jika mesti diberhentikan, sebagaimana ketentuan hukum syara’. Termasuk, jika pengangkatan khalifah dianggap tidak sah, maka Qâdhî Madzalim boleh menghentikannya.

Selain itu, Qâdhî Madzalim juga mempunyai hak untuk menguji Undang-undang dasar, undnag-undang, dan peraturan pemerintah di bawahnya. Jika bertentangan dengan hukum syara’, atau tabanni yang diadopsi negara, mengadopsi sesuatu yang tidak boleh diadopsi, separti mazhab tertentu dalam akidah atau fikih, sehingga menjadikan negara menjadi negara mazhab, maka Qâdhî Madzalim juga boleh membatalkannya.

Kerana itu, Qâdhî Madzalim selain Muslim, merdeka, baligh, berakal, adil, dia juga mestilah seorang lelaki dan boleh berijtihad. Bukan hanya ahli fikih yang boleh menurunkan hukum pada faktanya. Itulah Qâdhî Madzalim.

Inilah sistem kehakiman dalam Islam, dengan ketiga-tiga badan kehakimannya. Islam tidak mengenal badan kehakiman komersial, kehakiman tata urus negara, kehakiman tentera, kehakiman sivil, kehakiman agama, dan sebagainya. Kerana, semua orang dalam Negara Khilafah mempunyai kedudukan yang sama di mata undang-undang. Di dalam Islam juga tidak ada undang-undang lain yang diterapkan, kecuali undang-undang Islam. Wallahu a’lam.

Sumber: Tabloid Mediaumat edisi 166
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment