Syariah dan Khilafah Menjaga Kemuliaan Akal

Bagi manusia, akal adalah salah satu komponen terpenting dalam kehidupan. Para ulama telah menggambarkan pentingnya akal melalui beberapa pesannya.

Ibrahim bin Hisan pernah bekata: “Seorang pemuda akan boleh hidup di tengah manusia kerana akalnya, kerana di atas dasar akallah ilmu dan eksperimennya berjalan. Pemberian Allah yang paling utama kepada seseorang adalah akalnya, tidak ada satu perkara pun yang boleh menandinginya. Jika Allah telah menyempurnakan akal seseorang (dengan Islam) maka sempurnalah akhlak dan segala keperluannya” (Adabud Dunya wad Din hal 5)


Ibn Jauzi berkomentar: “Akal adalah simpanan terbaik dan bekal untuk menghadapi perang melawan bala’“ [Ibn Jauzi. Shaid al-Khathir, 78]

Maka, apakah yang akan terjadi jika akal manusia dirosakkan? Padahal, sejelas-jelasnya telah terjadi usaha merosakkan akal manusia telah secara meluas pada saat ini. Dan semua itu dilakukan secara terang-terangan dalam sistem sekular kapitalis di negeri ini. Luasnya peredaran pendapat-pendapat fahaman kufur, penyalahgunaan dadah sehinggalah kecanduan pornografi menunjukkan bahawa akal manusia dalam sistem kapitalisme begitu terancam.

Sementara itu, Allah SWT menciptakan akal –di antaranya- agar manusia dapat beribadah kepada-Nya,mentaati semua perintah-Nya, dan menjauhi semua larangan-Nya. Oleh kerana itu, segala hal yang dapat menyebabkan hilangnya fungsi akal tanpa ada alasan syarie menjadi haram hukumnya dalam Islam.

Allah SWT pun telah menurunkan hukum-hukumnya agar akal manusia senantiasa terjaga. Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamr, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beruntung” [TMQ Al-Maaidah : 90].

“Setiap yang memabukkan adalah khamr. Dan setiap yang memabukkan hukumnya haram” [Diriwayatkan oleh Muslim, At-Tirmidzi, Abu Daawud, An-Nasaa’i, dan yang lainnya].

Khamr (minuman keras) dan dadah adalah zat yang dapat menghilangkan akal. Ia juga menjadi pintu kejahatan, sebagaimana sabda Rasulullah Saw:

“Janganlah kalian minum khamr, kerana ia pembuka semua pintu kejelekan/kejahatan” [Diriwayatkan oleh Ibnu Maajah, Al-Haakim, Al-Baihaqi, dan yang lainnya; shahih].

Islam juga melarang keras peredaran pornografi, bukan saja boleh merosakkan akal namun juga membahayakan akhlak dan kehormatan.

Syariah Islam juga menjaga akal dengan menetapkan hukuman bagi semua pelaku kejahatan yang mengancam akal. Dari Anas bin Malik, sesungguhnya pernah dihadapkan kepada Nabi SAW seorang lelaki yang telah minum khamr. Lalu orang tersebut dipukul dengan dua pelepah kurma sebanyak 40 kali. Anas berkata, "Cara seperti itu dilakukan juga oleh Abu Bakar". Tetapi (pada zaman 'Umar) setelah 'Umar meminta pendapat para sahabat yang lain, maka 'Abdur Rahman (bin 'Auf) berkata, "Hukumlah (hukuman) yang paling ringan ialah 80 kali. Lalu 'Umar pun memerintahkan untuk hukuman peminum khamr supaya dihukum dera 80 kali" [HR Muslim juz 3, hal. 1330]

Hadis tersebut menunjukkan ditetapkannya hukuman bagi peminum khamr. Dan hukuman dera tersebut tidak kurang dari 40 kali. Namun tidak ada riwayat yang menerangkan bahawa Nabi SAW membatasi 40 kali, sehingga Khalifah ‘Umar memukul dengan 80 kali. Ada pun alat yang dipakai untuk memukul, ada yang dengan pelepah kurma, ada yang dengan selipar, ada yang dengan pakaian dan ada yang dengan tangan. Oleh kerana itu boleh difahami, alat apa pun yang akan digunakan untuk memukul diserahkan kepada Hakim.

Berbeza dengan peminum khamr, maka pengguna, pembuat, pengedar atau bahkan bandar dadah dijatuhi hukuman ta’zir (iaitu jenis hukuman yang diserahkan kepada hakim (qadhi). Jenis hukumanya bergantung kepada kadar kejahatannya, boleh saja kurungan, denda, cambuk bahkan hukuman mati.

Dengan hukuman seperti ini para peminum (dan pembuat atau penjual) khamr, dan juga para penyalahguna dadah akan terhalang. Di samping itu, hukuman seperti ini juga akan mencegah tindakan yang serupa daripada berulang baik oleh si pelaku mahu pun orang lain.

Syariah Islam juga mengatur penataan media penerangan bagi umat. Asas akidah Islam akan menjadikan media komunikasi dan informasi bertanggungjawab dalam menjaga ketakwaan seluruh anggota masyarakat. Oleh kerana itu, tidak ada tempat bagi pornografi yang boleh merosak akal manusia. Begitulah keagungan Syariah Islam dalam menjaga akal manusia.

Persoalnnya, adakah hukum-hukum itu boleh dilaksanakan sepenuhnya dalam sistem sekular kapitalis pada hari ini. Buktinya sudah jelas di depan mata. Perosakan akal kian meluas. Pelakunya bukan sahaja orang awam, bahkan melibatkan tokoh dan pegawai pemerintah. Maka, sungguh tidak ada harapan sistem ini mampu menyelamatkan.

Sejatinya, hanya Khilafah Islam satu-satunya sistem kenegaraan yang mampu menerapkan Syariah Islam. Dengannya terjaminlah pelaksanaan seluruh hukum-hukum termasuk untuk menjaga akal manusia. Oleh kerana itu, hanya Syariah dan Khilafah yang akan menjaga akal manusia. Atau dengan kata lain, melalui Syariah dan Khilafah terwujudlah rahmat bagi seluruh alam. 

Oleh: Noor Afeefa (Ahli Lajnah Tsaqafiyyah MHTI).
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment