Tema Hari Wanita Sedunia ''Pledge for Parity'' Adalah Replika Strategi Kesetaraan Gender Yang Gagal

Tema Hari Wanita Sedunia anjuran WHO pada 8 Mac tahun ini ''Pledge for Parity'', menggesa para penyokong mengambil langkah-langkah praktikal untuk meningkatkan kesetaraan gender dalam komuniti mereka. Ini adalah kesinambungan dari kempen antarabangsa '' Planet 50:50 pada 2030 : Melangkah Menuju Kesetaraan Gender'', yang dilancarkan oleh organisasi ini dengan tujuan memperbaharui komitmen negara-negara untuk melaksanakan dasar-dasar kesetaraan gender di negara-negara mereka.


Kesetaraan gender adalah satu idea Barat yang lahir dari penindasan wanita oleh sistem masyarakat sekular yang telah berfungsi sebagai candu dalam perjuangan untuk menuntut hak-hak wanita. Program ini menyibukkan wanita dengan perjuangan sia-sia selama beberapa dekad, dengan janji-janji palsu yang hanya menyamakan peranan dan hak-hak mereka dengan lelaki, akan memberikan mereka penghormatan dan memperbaiki keadaan dan kehidupan mereka. Namun walaupun perjuangan kesetaraan gender ini telah berlangsung lebih daripada satu abad di Barat dan seluruh dunia, bahkan agenda ini diukir dalam pelbagai konvensyen antarabangsa dan perlembagaan pelbagai negara dari Barat ke Timur, berjuta-juta wanita di seluruh dunia masih mengalami pelbagai jenis eksploitasi dan keganasan, kemiskinan dan buta huruf, tanpa pendidikan dan perlindungan kesihatan, dan juga penindasan serta pembunuhan kejam oleh diktator jahat.

Konsep kesetaraan gender yang ditegakkan dalam undang-undang antarabangsa dan nasional, secara jelas telah gagal untuk mengelakkan 1 daripada 3 wanita menjadi mangsa keganasan di seluruh dunia, atau 3 wanita dibunuh setiap hari di Amerika Syarikat di tangan pasangannya atau bekas pasangannya, atau 1 daripada 10 wanita di Eropah mengalami keganasan seksual. Undang-undang ini dengan jelas gagal melindungi ribuan muslimah yang dibunuh oleh Basyar Asad atau perang yang dimulakan Barat di Iraq dan Afghanistan. Undang-undang ini juga gagal melindungi beribu-ribu pelarian wanita dari negara-negara konflik tersebut.

Undang-undang tersebut juga gagal melindungi wanita di Afrika Tengah dan Myanmar dari pembunuhan, atau lemas ketika melarikan diri dari penganiayaan di negara mereka. Juga gagal untuk melindungi kanak-kanak perempuan Palestin dari ditembak mati oleh tentera Yahudi, atau muslimah yang dipaksa untuk menanggalkan tudung mereka dan dipaksa untuk menjalani strerilisasi dan pengguguran di Asia Tengah dan Rejim China. Lebih dari itu, program kesetaraan gender tidak menawarkan apa-apa penyelesaian terhadap lebih dari 700 juta wanita di seluruh dunia yang kekurangan makanan, air, kebersihan, kesihatan dan pendidikan hari ini, atau 85 juta kanak-kanak perempuan yang tidak dapat bersekolah.

Seruan kesetaraan gender juga gagal untuk mengurangkan skala masalah-masalah ini, dan terbukti tidak relevan dalam kehidupan harian wanita-wanita ini. Hal ini kerana mempercayai bahawa kualiti hidup wanita dapat ditingkatkan dengan persamaan gender adalah berdasarkan kepada pandangan yang salah terhadap hakikat penyebab masalah wanita, kerana dilihat dari perspektif gender yang mengelirukan, dan tidak dengan pemahaman bahawa masalah ini adalah hasil daripada kesalahan dan bahaya sistem kapitalis, liberal dan nasionalis buatan manusia.

Bagaimana wanita boleh dihormati di bawah rejim kapitalis yang menjadikan wanita sebagai objek seks untuk mendapatkan keuntungan dengan perisai kebebasan? Bagaimanakah hak-hak ekonomi wanita boleh ditingkatkan di bawah sistem kapitalis yang mengutamakan pemilik modal daripada orang miskin, dan melaksanakan dasar-dasar pasaran bebas yang menjerut ekonomi negara dengan hutang yang akhirnya mengakibatkan negara mengurangkan perkhidmatan kepada rakyatnya. Dan bagaimana pemerkasaan politik wanita boleh wujud di bawah rejim pemaksa yang menutup hak politik dengan alasan keganasan?

Sesungguhnya, meningkatkan kehidupan muslimah di negara-negara Islam memerlukan perubahan sistem. Yang diperlukan adalah penegakan Khilafah yang mulia yang berdasarkan metod kenabian, yang akan meletakkan perlindungan dan penjagaan maruah wanita sebagai tonggak utama hukum-hukumnya. Pemimpinnya berfungsi sebagai wali dan penjaga hak-hak wanita. Sistem ekonominya telah terbukti memastikan keperluan asas setiap rakyat dipenuhi, juga memberikan pendidikan dan perkhidmatan kesihatan dengan kualiti terbaik.

Kami dengan ini menyeru kepada orang-orang yang ikhlas, yang mahu melihat peningkatan kualiti hidup wanita secara nyata untuk menyokong penegakan Khilafah yang genting ini, dan menolak konsep dan ilusi kesetaraan gender.

Dr. Nazreen Nawaz.
Pengarah Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment