Wahai Suami, Bertaqwalah kepada Allah dalam Urusan dengan Wanita!


Oleh H. Luthfi H

عن جَابِر، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَطَبَ النَّاسَ، فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ فِي النِّسَاءِ، فَإِنَّهُنَّ عَوَانٌ عِنْدَكُمْ، أَخَذْتُمُوهُنَّ بِأَمَانَةِ اللَّهِ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللَّهِ، وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ

“Daripada Jabir bahawa Rasulullah SAW berkutbah kepada manusia, baginda SAW bersabda: "Bertaqwalah kalian kepada Allah dalam urusan dengan wanita. Kerana mereka itu adalah “tawanan” kalian. Kalian mengambil mereka sebagai amanah dari Allah. Dan mereka halal bagi kalian dengan kalimah-kalimah Allah. Dan bagi mereka berhak rezeki mereka (nafkah atas mereka) dan pakaian yang sesuai dengan cara yang ma’ruf” [HR. Muslim].

إن الزوجة هي صاحبة لزوجها يصحب كل واحد منهما الآخر

“Sesungguhnya seorang isteri adalah sahabat bagi suaminya, yang akan saling “melengkapi dan menyempurnakan antara satu sama lain”

Seorang sahabat akan selalu menenangkan jiwa sahabat yang ada disampingnya kerana sememangnya ketenangan itu adalah inti dalam kehidupan berumahtangga.

Kehidupan berumahtangga dalam bingkai persahabatan ini akan wujud jika keduanya saling memberikan hak dan kewajipan masing-masing. Seorang suami akan memberikan hak nya kepada isteri, begitu juga isteri akan memberikan hak kepada suaminya –sesuai dengan tuntutan syarak.

فقد أوصى الله تعالى بحسن العشرة بين الزوجين حين قال (وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

“Sesungguhnya Allah SWT berwasiat kepada seorang lelaki untuk mempergauli isterinya dengan cara yang baik saat telah terjalin akad nikah diantara keduanya.”

Firman Allah SWT:

(وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ)

“Dan pergaulilah mereka (isteri-isterimu) dengan cara yang baik” [TMQ An Nisa (4):19].

Allah SWT memerintahkan hal tersebut agar perpaduan dan persahabatan diantara keduanya benar-benar terikat dengan sempurna. Oleh yang demikian, ketenangan jiwa dan keselamatan hidup akan wujud dengan nyata.

Suami dan isteri hendaklah melakukan kewajipan dengan penuh keikhlasan dan ketulusan agar perpaduan (mu'asyarah) diantara keduanya berjalan dengan sempurna. Isteri melakukan kewajipan bukan sekadar menunaikan hak-hak atas mahar dan nafkah yang diberikan oleh suami. Begitu juga dengan suami, menyayangi isteri dengan penuh ketulusan.

Kedua suami dan isteri tidak akan saling bermasam muka kecuali jika berlaku kekeliruan atau dosa. Kata-kata kesat, tidak sopan, dan tabiat-tabiat buruk yang lain juga tidak akan terkeluar dari mulut suami atau isteri.

وقد ضرب لنا رسول الله صلى الله عليه وسلم أروع الأمثلة في الحياة الزوجية

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh dan teladan yang terbaik dalam menjalani kehidupan berumahtangga dengan isteri baginda. Baginda SAW bergaul dan bergurau dengan mereka dengan penuh persahabatan dan lemah lembut. Malah baginda SAW sering memangku isterinya walau sekejap, sebelum tidur untuk bermesra dengannya”
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment