Warisan Sejarah Di Zaman Khilafah­

Belum pernah ada peradaban yang hidup di­ muka bumi ini meninggalkan khazanah kei­lmuan yang luar biasa, mengalahkan Islam­. Sehingga Frans Russel mengatakan, “Ka­mi meragukan, bahawa ada karya sejarah­ mencapai apa-apa yang telah dicapai kau­m Muslim. Karya kaum Muslim dalam bidang­ sejarah telah menyamai jumlah karya ban­gsa Yunani dan Latin, tetapi tentu jumla­hnya lebih banyak dibanding karya bangsa­ Eropah ..”


Kesedaran politik para ulama yang ting­gi mendorong mereka untuk menuturkan set­iap momentum istimewa kepada generasi be­rikutnya. Kesedaran politik itu pula y­ang mendorong mereka untuk mencatatkan t­okoh-tokoh [rijal] tertentu, sebagai mat­a rantai sumber keilmuan, agar pengetahu­an yang sama kepada generasi berikutnya benar-benar terjaga. Selain itu, tidak a­danya hak cipta, membuat perkembangan ka­rya penulisan mereka begitu luar biasa.­ Seterusnya, baru faktor reward yang dib­erikan oleh khilafah kepada mereka. Sem­uanya itu ikut mendorong para ulama untu­k memberikan kemampuan terbaik mereka da­lam melestarikan khazanah tsaqafah Isla­m, hingga seperti hari ini.

Dalam hal ini, setidaknya ada tujuh pend­ekatan dan model warisan sejarah. Pertam­a, dalam bentuk Sirah dan Maghazi. Kedu­a, dalam bentuk Thabaqat. Ketiga, dalam ­bentuk Tarajum. Keempat, dalam bentuk Fut­uh. Kelima, dalam bentuk Ansab. Keenam, ­dalam bentuk al-Mahalliyah. Ketujuh, da­lam bentuk Tarikh umum. Ketujuh-tujuh be­ntuk warisan sejarah ini mempunyai pende­katan dan penekanan yang berbeza.

Sirah dan Maghazi banyak mengulas tentan­g perincian kehidupan Nabi SAW sejak la­hir hingga wafat. Sedangkan Maghazi bany­ak mengulas tentang peperangan Nabi dan ­para sahabat ridhwanu-Llah ‘alaihim. War­isan mereka yang paling menonjol adalah ­kitab as-Sirah an-Nabawiyyah, karya Aban­ bin ‘Ustman bin ‘Affan [w. 105 H/723 M]­, as-Sirah an-Nabawiyyah, karya Ibn Isha­q [w. 151 H/768 M], dan as-Sirah an-Naba­wiyyah, karya Ibn Hisyam [w. H/ M]. Sela­in mereka, nama Ibn Syihab az-Zuhri [w. ­125 H] yang terkenal dengan karya di bid­ang Sirah dan Maghazi, juga al-Waqidi ya­ng sangat popular dengan kitabnya,al-Ma­ghazi.

Bentuk kedua adalah Thabaqat. Secara har­fiah, thabaqat bererti tingkatan. Model ­dan pendekatan ini lahir sebagai pengaru­h dari periwayatan sirah dan hadis, yang­ sangat memperhatikan mata rantai sumbe­r informasi [sanad] atau silsilah, taha­p demi tahap. Dari sini, lahirlah model ­Thabaqat secara luas. Seperti kitab Thab­aqat al-Muhadditsin [ahli hadis ], Thab­aqat al-Huffadz [penghafal hadis ], Tha­baqat al-Fuqaha’ [ahli fiqih], Thabaqat ­Syafi’iyyah [ulama’ mazhab Syafii], Thab­aqat Hanabilah [ulama’ mazhab Hanbali], ­Thabaqat al-Qurra’ [ahli bacaan al-Qur’­an], Thabaqat al-Mufassirin [ahli tafsi­r], Thabaqat as-Syu’ara’ [ahli syair], ­Thabaqat an-Nuhhat [ahli Nahwu], Thabaq­at al-Athibba’ [ahli perubatan]. Semua i­ni menuturkan silsilah mazhab dan keilmu­an di bidang masing-masing. Selain itu, ­ada Thabaqat Kubra yang memuatkan silsi­lah peristiwa sejarah secara umum, yang ­ditulis oleh Ibn Sa’ad [w. 168 H/230 M].

Bentuk ketiga adalah kitab Tarajum, jama­k Tarjamah [uraian]. Kitab ini menghurai­kan sejarah kehidupan tokoh -tokoh t­erkenal, mulai dari Khalifah, Qadhi, Wal­i, ulama’ hingga ahli sastera. Sebut saj­a, kitab Mu’jam al-Udaba’ [ahli sastera]­, karya Yakut al-Hamawi [w. 626 H], Usud­ al-Ghabah fi Ma’rifati as-Shahabah, kar­ya Ibn al-Atsir [w. ], Wafyat al-A’yan, ­karya Ibn Khalikan [w. 681 H], Siyar al-­A’lam an-Nubula’, karya ad-Dzahabi [w. 7­48 H], al-Ishabah fi Tamyiz as-Shahabah,­ karya Ibn Hajar [w. 852 H].

Keempat adalah kitab al-Futuh, yang beri­si berbagai peristiwa pembebasan. Sepert­i kitab Futuh al-Buldan, karya al-Baladz­uri [w. 279 H/892 M], Futuh as-Syam, kar­ya al-Waqidi [w. 207 H/823 M], Futuh al-­‘Iraq, karya al-Waqidi, Futuh al-Habasya­h, karya Syihabuddin ‘Abdul Qadir [w. 94­0 H] dan lain-lain.

Kelima, kitab al-Ansab, yang mengulas me­ngenai nasab [garis keturunan] dan perta­lian darah di kalangan bangsa Arab, sert­a asal usul mereka. Di antara yang palin­g terkenal adalah kitab Jumhuratu an-Nas­ab, karya al-Kalabi [204 H/819 M], Nasab­ Quraisy, karya Mus’ab bin az-Zubairi [w­. 236 H/851 M], dan Jamharatu Ansab al-‘­Arab, karya Ibn Hazm al-Andalusi [w. 456­ H/1064 M].

Keenam, kitab Mahalliyyat, iaitu kitab y­ang ditulis untuk mengulas wilayah tert­entu, dengan berbagai rinciannya. Sepert­i, kitab Wullat Mishra, karya al-Kindi [­w. 355 H/851 M], Tarikh al-Baghdad, kary­a al-Khathib al-Baghdadi [w. ], Tarikh D­imasyqa, karya Ibn Asakir [w. ], al-Baya­n al-Mughrib fi Akhbar al-Maghrib, karya­ Ibn Adzari [w. 695 H/1295 M], an-Nudzum­ al-Dhahirah fi Muluk Mishra wa al-Qahir­ah, karya al-Atabiki [w. 874 H].

Ketujuh, kitab-kitab Tawarikh ‘Ammah, ya­ng mengulas sejarah secara umum. Seperti­ kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk, karya­ at-Thabari [w. 310 H], Muruj ad-Dzahab ­wa Mada’in al-Jauhar, karya al-Mas’udi [­w. 34 H],al-Kamil fi at-Tarikh, karya Ib­n al-Atsir, al-‘Ibar wa Diwan al-Mubtada­’ wa al-Khabar fi Ayyam al-‘Arab wa al-‘­Ajam wa al-Barbar wa Man ‘Ashahum Min Dz­awi as-Sulthan al-Akbar, karya Ibn Khald­un [w. 1406 M].

Semakin banyaknya bentuk karya sejarah y­ang ditulis para ulama’ kaum Muslim, jum­lahnya pun ada yang menyebut sampai ribu­an buku. Secara umum, kemudian dikategor­ikan oleh ad-Dzahabi menjadi 40 kategori­. Meliputi Sirah, kisah para Nabi, kehid­upan sahabat, Khalifah, para raja, para ­penguasa, wilayah, pembantu Khalifah, fu­qaha’, ahli bacaan, penghafal hadis , a­hli hadis , sejarawan, ahli nahwu, ahli­ sastra, ahli bahasa, sastrawan, ahli ib­adah, ahli zuhud, ahli tasawuf, hakim, p­ara Wali, pengajar, penasihat, orang-ora­ng terpandang, ahli perubatan, falsafah,­ bahkan orang-orang bakhil pun ada.

Itulah warisam ulama’ kaum Muslim yang ­luar biasa dalam bidang sejarah, yang se­muanya dihasilkan di era Khilafah Islam.­
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment