Bahagian Media Lajnah I'lamiyah MHTM Ziarah ke Syarikat Akhbar

20 April 2016, Kuala Lumpur: Pada hari ini, Bahagian Media dari Lajnah I'lamiyah MHTM menziarahi beberapa syarikat akhbar seperti Sinar Harian, Berita Harian, Utusan, Kosmo, Bernama dan Harakah Online. Selain untuk membina ukhwah, kunjungan ini juga bertujuan untuk mewar-warkan Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah yang sedang berlangsung, sekaligus menyampaikan jemputan rasmi kepada rakan-rakan media ke Persidangan Meja Bulat yang akan diadakan pada 7 Mei 2016. Semoga dengan terjalinnya ukhwah ini akan terbentuknya kesatuan dalam kalangan pihak media untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menyebarkan kebenaran dan dakwah Islam.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment