Benarkah Islam Rahmatan Lil 'Alamin Itu Tidak Perlukan Syariah dan Khilafah

Oleh Choirul Anam

Ramai yang mengatakan bahawa Islam adalah agama rahmatan lil ‘alamin, oleh sebab itu adalah penting untuk melaksanakan kerahmatan Islam, iaitu menciptakan kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat, dan umat Islam tidak perlu terjebak dalam perjuangan penerapan syariah Islam atau Khilafah Islam. Kemudian mereka menguatkan pendapat mereka dengan memetik firman Allah SWT dalam Surah al-Anbiya ayat 107, “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”.

Menurutnya, Islam akan menyebarkan rahmat untuk alam semesta jika umat Islam menciptakan suasana yang penuh dengan kedamaian, toleransi, bersikap moderat, menjaga kerukunan antara umat beragama, tidak merasa benar sendiri, menjauhi hal-hal yang dapat menimbulkan konflik seperti keinginan untuk mensyariatkan syariah Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Menurutnya, keadaan seperti itu tidak mencerminkan Islam sebagai rahmatan lil ‘alamin.

Perbuatan ini sangat dibenci oleh Islam. Jangankan kepada manusia, yang memang telah ditakdirkan ada yang muslim dan ada yang non-Muslim, berlaku sewenang-wenangnya kepada binatang saja dilarang dengan tegas oleh Islam. Lalu mereka memetik hadis Nabi: “Siapa yang dengan sewenang-wenang membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah akan meminta pertanggungjawaban kepadanya” [HR Al Hakim].

Sungguhnya Islam itu begitu indah kan? Dengan haiwan saja tidak boleh memperlakukan sewenang-wenangnya, apatah lagi dengan sesama manusia. Bayangkan jika manusia memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran Islam, maka dunia ini akan menjadi sangat indah dan damai.

*****

Jika diteliti dengan jujur dan cermat, pernyataan di atas sebahagiannya memang ada benarnya, tetapi sebahagian yang lainnya hanya ilusi akal manusia yang betentangan dengan Islam itu sendiri. Namun, sayangnya pernyataan tersebut dibungkus dalam satu wadah, sehingga seakan-akan pernyataan tersebut merupakan satu kesatuan pemahaman yang utuh. Disebabkan itu, banyak orang yang terpesona dengan pernyataan tersebut. Seterusnya, ramailah yang mempromosikan,tanpa memahami hakikat yang sebenarnya.

Memang benar 100%, bahawa Islam adalah ajaran daripada Allah SWT dan sebagai rahmat lil alamin. Namun demikian, benarkah ayat ini mesti ditafsirkan bahawa umat Islam patut menjauhi dan meninggalkan penerapan syariah Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara atau Khilafah? Berikut adalah penafsiran ayat tersebut, iaitu bahawa Islam merupakan rahmat bagi seluruh alam, oleh para ahli tafsir yang muktabar.

Syeikh Muhammad Ali As Shabuniy dalam tafsirnya Shafwatut Tafaasiir Juz II/253 saat menafsirkan surah Al-Anbiya ayat 107, beliau menyatakan: bahawa Allah SWT tidak mengutus Nabi Muhammad SAW kecuali sebagai rahmat bagi seluruh makhluk-Nya. Dalam suatu hadis yang diriwayatkan Ibnu Asakir, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda: ”Sesungguhnya aku hanyalah rahmat dan petunjuk”. Dalam ayat tersebut Allah SWT tidak mengatakan rahmatan lil mukminin, tetapi rahmatan lil alamin, kerana Allah SWT menyayangi seluruh makhluk-Nya. Ertinya, Rasulullah SAW diutuskan untuk membawa kepada mereka kebahagiaan yang besar dan keselamatan dari puncak kesengsaraan.

Seluruh manusia dapat mengambil kebaikan yang banyak daripadanya, kebaikan dunia mahupun kebaikan akhirat. Kerana Rasulullah SAW mengajarkan kepada mereka ilmu setelah kebodohan mereka dan memberikan petunjuk setelah kesesatan mereka. Maka beliau merupakan rahmat bagi seluruh alam. Bahkan orang-orang yang kafir terhadap kerasulan beliau pun masih mendapatkan rahmat kerana diakhirkan azab buat mereka, tidak seperti kaum terdahulu yang diseksa atau diazab terus di dunia serta tidak menerima petunjuk dan peringatan Rasul mereka.

Sedangkan Imam Ibnu Katsir, menjelaskan maksud “rahmatan lil alamin”, dalam surah Al-Anbiya 107, sebagai berikut: Di sini Allah SWT berfirman kepada kita bahawa Dia telah menciptakan Muhammad SAW sebagai rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil ‘alamin). Ertinya, Dia mengutus baginda sebagai rahmat untuk semua orang. Barangsiapa menerima rahmat ini dan berterima kasih atas berkah ini, dia akan bahagia di dunia dan akhirat. Namun, barangsiapa menolak dan mengingkarinya, dunia dan akhirat akan terlepas darinya, sebagaimana yang Allah SWT telah sampaikan: “Tidakkah kamu perhatikan orang-orang yang telah menukar nikmat Allah (perintah-perintah dan ajaran-ajaran Allah) dengan kekafiran dan menjatuhkan kaumnya ke lembah kebinasaan? Iaitu neraka jahannam; mereka masuk kedalamnya; dan itulah seburuk-buruk tempat kediaman.” [TMQ Ibrahim: 28-29].

Dan Allah juga befirman dalam Al-Quran: “Katakanlah: “Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang mukmin. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka (tidak memberi petunjuk bagi mereka). Mereka itu adalah (seperti) yang dipanggil dari tempat yang jauh” [TMQ Fushshilat: 44].

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih-nya: Ibnu Abi‚ Umar telah menceritakan kepada kami, Marwan Al-Fayari menceritakan kepada kami, dari Yazid bin Kisan, dari Ibnu Abi Hazim bahawa Abu Hurairah RA berkata, bahawa telah dikatakan, “Wahai Rasulullah, berdoalah menentang kaum Musyrikin.” Beliau berkata: “Aku tidak dikirim sebagai kutukan, melainkan sebagai rahmat.” [HR Muslim]

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa ‘Amr bin Abi Qurrah Al-Kindi berkata: “Hudzaifah RA ada di Al Mada’in. Hudzaifah datang kepada Salman RA dan Salman berkata: ‘Ya Hudzaifah, Rasulullah SAW. kadang-kadang marah dan berbicara dalam keadaan demikian, dan kadang-kadang senang dan berbicara dalam keadaan demikian. Saya tahu bahawa Rasulullah SAW. telah menyapa kami dan berkata: “Sebahagian umatku telah aku cerca atau aku maki ketika aku marah, kerana aku adalah salah seorang daripadaketurunan Adam, dan aku boleh menjadi marah seperti dirimu. Tetapi Allah SWT telah mengutus aku sebagai rahmat untuk seluruh alam, sehingga aku akan membuat itu (marahku) sebagai berkah buatnya di hari kebangkitan.” [HR Ahmad]

Kisah ini juga diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Ahmad bin Yunus, dari Ya’idah. Ditanyakan: Apakah bentuk rahmat yang diperoleh bagi mereka yang kafir terhadap baginda SAW?. Jawapannya adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Ja’far, dari Ibn ‘Abbas mengenai ayat ini: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, kecuali untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” [TMQ Al-Anbiya: 107]. Dia berkata, “Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, rahmat akan ditetapkan ke atasnya di dunia dan akhirat. Barangsiapa tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dilindungi dari apa yang telah menimpa bangsa-bangsa terdahulu (kemusnahan), seperti gempa bumi dan hujan batu.”

*****

Dari penjelasan para ahli tafsir tersebut, jelas bahawa makna yang sebenarnya dari pernyataan
“Islam sebagai rahmat bagi alam” sangat jelas. Dengan melihat penjelasan para ahli tafsir tersebut, tidak sedikit pun mengandungi bahawa Islam rahmatan lil ‘alamin itu dapat diertikan bahawa tidak perlu menerapkan syariah Islam secara formal dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara atau Khilafah. Kesimpulan ini merupakan kesimpulan yang sama sekali tidak bertentangan dengan pernyataan “Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam”.

Bahkan, kesimpulan ini seperti kesimpulan orang yang melihat ayam bakar yang sangat sedap, lalu tidak ada angin dan tidak ada hujan, tiba-tiba dia menyimpulkan bahawa “Kerana ayam bakar itu sedap sekali, maka kita tidak perlu makan ayam bakar. Diambil substansinya saja”. Apakah terdapat hubungan antara pernyataan dan kesimpulannya?

Jika memang Islam itu rahmatan lil alamin yang akan membawa kebaikan bagi alam, dan seluruh manusia baik muslim dan non muslim, juga haiwan dan mahkluk-makhluk lain, sewajarnya Islam itu diterapkan dalam semua aspek kehidupan, sehingga kerahmatan itu benar-benar terealisasi. Islam perlu diterapkan dalam kehidupan individual, sehingga kehidupan individu tersebut dipenuhi dengan rahmat.

Islam perlu diterapkan dalam kehidupan keluarga, sehingga keluarga tersebut dipenuhi dengan rahmat. Islam juga perlu diterapkan dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, sehingga masyarakat dan negara tersebut dipenuhi dengan rahmat. Bukankah begitu? Bukankah perkara yang baik perlu diterapkan, bukan ditentang? Jika begitu, apalah gunanya mengatakan Islam itu rahmat, tetapi penerapannya ditentang?

Namun, dalam hal ini, banyak pihak yang tidak konsisten dengan pandangannya. Ramai yang mengatakan Islam itu rahmatan lil alamin, tetapi begitu khuatir jika Islam diterapkan. Sebenarnya, sedar atau tidak, mereka telah membayangkan di benak mereka bahawa jika syariah Islam dan Khilafah diterapkan akan membawa bencana dan malapetaka yang tidak terperi.

Mereka begitu takut, bahawa Islam tidak akan mampu melindungi masyarakat, terutamanya warga non muslim. Mereka sangat ragu dengan kemampuan Islam dalam memberikan kebahagiaan, ketenteraman dan kemajuan bagi masyarakat yang plural, multi-etnik dan multi-agama. Bukan hanya itu, malah mereka memposisikan diri mereka di barisan paling hadapan sekali untuk menghalang perjuangan penegakan syariah dan Khilafah. Apa sebenarnya yang berlaku?

Itu dari satu sisi. Sementara pada sisi yang lain, ayat “Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” tidak ada kaitannya dengan toleransi atau kerukunan hidup beragama. Sebab, terkait kerukunan dan toleransi, sesungguhnya Islam telah menjelaskan dengan sangat terperinci dalam syariah Islam, tetapi bukan dengan ayat ini.

Islam mendorong umat Islam untuk berdakwah kepada non-Muslim agar mereka memeluk Islam, kerana dakwah ini adalah bentuk kecintaan yang sangat mendalam kepada sesama manusia, sehingga manusia boleh terlepas dari azab Allah di akhirat nanti. Namun, dakwah ini memang tidak boleh dilakukan dengan paksaan. Dalam hal ini Allah berfirman: “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam). Sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Oleh kerana itu, siapa saja yang mengingkari thâghût dan mengimani Allah, sesungguhnya ia telah berpegang pada tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” [TMQ al-Baqarah (2): 256].

Saat syariah Islam diterapkan oleh Khilafah, warga non-Muslim dinamakan sebagai ahlu zimmah. Mereka memiliki hak dan kewajipan yang sama dengan warganegara yang lain. Meskipun memang ada kewajipan-kewajipan yang khusus, sebagai kesan dan akibat dari perbezaan agama ini. Contohnya jihad hanya wajib bagi warga muslim, sementara jizyah hanya wajib bagi warga non-Muslim.

Namun, secara umum, mereka mendapat jaminan keamanan, perlindungan dan pelayanan yang sama dengan warga lain, yang beragama Islam. Harta dan darah mereka dilindungi sebagaimana darah dan harta kaum Muslim dilindungi. Bahkan Rasulullah SAW menyatakan dalam banyak hadis, bahawa siapa yang menyakiti warga zimmi tidak ada bezanya seperti menyakiti Rasulullah SAW. dan tak akan pernah mencium bau surga. Diriwayatkan Al-Khathib dari Ibnu Mas’ud, bahawa Rasulullah SAW. pernah bersabda: “Siapa saja yang menyakiti zimmi maka aku berperkara dengan dia. Siapa saja yang berperkara dengan aku, maka aku akan memperkarakan dia pada Hari Kiamat” (As-Suyuthi, Al-Jâmi‘ ash-Shaghîr).

Berkenaan kemampuan Islam dalam melindungi warganegaranya, termasuk kepada ahlu zimmah, sungguh tidak perlu ragu-ragi lagi. Siapa saja yang sangsi akan kemampuan Islam, sebenarnya dia tidak yakin dengan Islam itu sendiri.

Bahkan, jika diimbau sejarah, saat syariah Islam diterapkan secara kaffah, warga ahlu zimmah mendapat keamanan dan pelayanan yang baik dari Khilafah Islam. Perkara ini sebagaimana yang dikatakan Dr. William Draper, seorang sejarawan American English dan seorang saintis, “During the period of the Caliphs the learned men of the Christians and the Jews were not only held in great esteem but were appointed to posts of great responsibility, and were promoted to the high ranking job in the government....He (Caliph Haroon Rasheed) never considered to which country a learned person belonged nor his faith and belief, but only his excellence in the field of learning.” (Selama masa kekhilafahan, orang-orang terdidik dari kalangan Kristian dan Yahudi, bukan hanya mendapat penghargaan yang besar, malah menunjukkann mereka telah ditawarkan dengan jawatan pekerjaan kelas atasan dalam pentadbiran kerajaan.... Dia (Khalifah Harun Arrasyid) tidak pernah melihat asal usul bangsa mereka, juga keimanan dan kepercayaan mereka, tetapi hanya melihat keistimewaan mereka dalam bidang keilmuan). Saya juga telah membahas perkara ini dalam tulisan-tulisan yang lain.

Jadi, syariah Islam tidak akan menzalimi mereka, apatah lagi membantai mereka. Tetapi sebaliknya, mereka justeru akan mendapat keamanan dan pelayanan yang sewajarnya. Hal ini bukanlah kerana umat Islam dianggap sebagai orang yang bertoleransi, tetapi memang itulah ajaran Islam yang sebenar. Itulah syariah Islam yang memang membawa keadilan, dalam erti yang sebenar-benarnya. Namun, jika mereka melanggar aturan yang telah ditetapkan, mereka akan mendapat hukuman, sebagaimana yang telah ditetapkan hukum syarak.

Oleh itu, Islam dan umatnya tidak perlu diajari tentang toleransi daripara pendeta atau para falsafah barat. Sebaliknya, merekalah yang seharusnya belajar dari Islam. Islam telah menjelaskan hal ini dengan sangat mendalam, sehingga seharusnya umat Islam tidak perlu bingung dan khuatir terhadap perkara ini.

Banyak fakta menunjukkan bahawa non-Muslim akan dilindungi dan dilayani dalam Khilafah yang menerapkan syariah, tetapi sebaliknya saat syariah tidak diterapkan dalam bingkai Khilafah, baik Muslim mahupun non-Muslim, tidak mendapat pelayanan yang sepatutnya dari pemerintah.

Kemudian tentang larangan melakukan sesuatu perbuatan dengan sewenang-wenangnya, itu memang ajaran Islam yang lurus. Umat Islam memang dilarang berperilaku bebas kepada siapa pun. Malah dengan haiwan sekalipun, kita tidak boleh sewenag-wenangnya membuat kejahatan kepada mereka. Al-Imam al-Hakim telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Siapa yang sewenang-wenangnya membunuh burung, atau haiwan lain yang lebih kecil daripadanya, maka Allah akan meminta pertanggungjawapan kepadanya”. Memang benar, bahawa burung tersebut mempunyai hak untuk disembelih dan dimakan, bukan dibunuh sesuka hati dan dianiaya. Tetapi, hadis ini sekali lagi bukanlah dalil atau perdebatan terhadap isu ketidakperluan penerapan syariah Islam dalam bingkai Khilafah.

Kemudian terkait permasalahan potensi konflik jika Islam diterapkan, itu masalah lain. Manusia itu memang berpotensi untuk mempunyai konflik, disebabkan berbagai perkara, baik urusan makanan, wanita, pegawai, dan semua hal yang lain. Oleh sebab itu, bukan permasalahan syariah sahaja yang berpotensi untuk mendorong berlakunya konflik. Perang dunia I dan perang dunia II yang telah mengorbankan berpuluh juta umat manusia, adakah disebabkan penerapan syariah Islam? Bom nuklear yang dijatuhkan oleh Amerika di Jepun, adakah disebabkan oleh penerapan syariah Islam? Serangan Amerika di Iraq dan Afghanistan, adakah disebabkan oleh syariah Islam? Sejujurnya, semua konflik yang menyebabkan kehancuran itu adalah disebabkan oleh nafsu manusia, sudah pasti kerana mereka tidak mahu tunduk dengan Islam dan syariahnya.

Semua konflik yang ada berpunca dari permasalahan yang tidak wajar berlaku, seandainya mereka faham syariah dan mahu menerapkannya.

Konflik itu memang ada dan berlaku di mana pun, justeru Islam dan syariahnya datang dalam rangka mengatasi atau meminimumkan konflik-konflik yang tidak sepatutnya berlaku. Lihatlah, kota Madinah yang selama beratus-ratus tahun dilanda konflik, namun konflik itu berubah menjadi satu kesatuan apabila Rasulullah SAW menerapkan Islam di sana.

Oleh itu, syariah dan Khilafah ini mesti disampaikan dengan jelas dan mudah kepada semua masyarakat, baik muslim mahupun non-muslim. Jika mereka tidak faham, akan berlaku masalah untuk menerapkan syariah Allah. Tetapi, jika mereka faham tentang keadilan Islam, Insya Allah mereka boleh menerima sebagaimana penerimaan warga Kristian Palestin, sewaktu didakwahi oleh umat Islam pada zaman Umar bin Khattab.

Meskipun demikian, sudah pasti ada pihak yang telah faham, tetapi tetap menolak dan menghalang penerapan syariah. Namun seiring dengan pemahaman masyarakat tentang Islam dan syariahnya yang agung, orang-orang seperti ini biasanya pengaruhnya dalam masyarakat akan semakin menghilang, sebagaimana Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW dahulu.

Jadi, untuk memahamakan umat tentang syariah dan Khilafah memerlukan proses, dan proses inilah yang dinamakan dakwah.

Komentar:

Dari penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa Islam memang ajaran Allah SWT yang akan meynebarkan rahmat bagi seluruh alam. Disebabkan itu, Islam wajib diterapkan dengan benar dalam segenap aspek kehidupan, baik dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat dan negara. Penerapan Islam secara total (kaffah) ini, insya Allah akan membawa rahmat, mewujudkan kesejahteraan, keamanan, ketenteraman, dan keharmonian.

Semua warganegara, baik muslim mahupun non-Muslim akan merasakan rahmat itu di dunia. Namun, di akhirat nanti, manusia akan bertanggungjawab terhadap keputusan dan amal yang mereka lakukan di dunia. Seorang muslim yang beramal soleh akan mendapat jannah (syurga), sementara orang-orang kafir akan diazab oleh Allah SWT dengan azab yang sangat pedih.

Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam ini, sama sekali tidak boleh difahami bahawa Islam tidak perlu diterapkan. Justeru sebaliknya, kerahmatan Islam akan terealisasi dengan penerapan Islam secara kaffah dalam bingkai Khilafah Islamiyah. Mahukan kerahmatan Islam, tetapi menolak penerapan syariahnya, ini tidak ubah seperti mahukan kecerdasan akal tetapi menolak untuk belajar.

Wallahu a’lam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment