Demokrasi Saji Kehidupan yang Menjijikkan

Jijik dan menjengkelkan apabila membaca kisah seorang pelajar asal Malaysia, Hazim Ismail yang begitu gembira dengan keputusan Lembaga Imigresen dan Pelarian Kanada yang menganugerahkannya status pelarian setelah dia mengakui dirinya seorang gay dan ateis. “Saya rasa sangat-sangat dihargai dan dicintai,” Hazim dipetik sebagai berkata oleh CBC.

Dari sudut yang lain, kita dapat lihat bagaimana Kanada dengan mudahnya memberi perlindungan kepada seseorang di negaranya, bukan semata-mata kerana negara tersebut mengiktiraf homoseksual, tetapi kerana pelaku homoseksual dan ateis itu berasal dari keluarga Islam! Inilah apa yang cuba ditunjukkan oleh Kanada. Andai sahaja pelarian Muslim dari Syria atau Afghanistan atau Myanmar menuntut perlindungan yang sama, apakah akan diberi dengan semudah itu oleh Kanada?

Justeru, tidak menghairankan apabila Kanada memberikan perlindungan kepada pelajar dari Malaysia itu. Sistem pemerintahan di Kanada tidak jauh berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh Britain dan juga Malaysia iaitu demokrasi berparlimen dengan segala konsep kebebasannya. Inilah sistem kufur yang dengannya golongan pelaku seks bebas dan seks menyimpang seperti LGBT dibenarkan menganut cara hidup jijik mereka sebebasnya, sesuai dengan ajaran demokrasi.

Antara persoalan yang perlu kita fikirkan bersama ialah, bagaimana seorang pemuda yang berasal dari keluarga Islam seperti Hazim, boleh berubah dengan begitu mudah kepada kehidupan sesat seperti itu? Sudahlah menjadi ateis, gay lagi! Apakah yang mendorongnya menjadi seperti itu?

Selain kesalahan dirinya sendiri, kita tidak boleh nafikan bahawa lingkungan kehidupan (masyarakat dan negara) yang dia hidup di dalamnya turut berperanan dalam merubah persepsi dan dirinya. Di samping lemahnya ketakwaan individu, masyarakat yang rosak dan ditambah dengan negara yang membenarkan segala jenis maksiat asalkan tidak mengancam negara, semua ini akan mendorong seseorang menjadi jahat. Keadaan ini diparahkan lagi apabila tidak ada hukuman daripada negara terhadap pelaku maksiat, malah negara turut membenarkan seseorang Muslim menukar agama tanpa dihukum!

Kes Hazim ini bukanlah kes dan kejadian yang baru. Homoseksualiti dan ateisme berlaku di sekeliling kita dari semasa ke semasa. Sistem demokrasi membenarkan hal seperti ini atas nama hak asasi manusia. Bagi demokrasi, ‘kebebasan’ adalah suatu yang suci yang dimiliki oleh individu tanpa dapat diganggu gugat oleh orang lain. Seseorang itu bebas untuk mempercayai Tuhan atau tidak, untuk melakukan perzinaan, untuk menjadi gay, lesbian, transgender dan sebagainya.

Dalam demokrasi, Tuhan tidak ada peranan dalam mengatur kehidupan manusia. ‘Peranan’ Tuhan hanya wujud apabila seseorang individu ingin melakukan ibadah kepadaNya, tidak lebih dari itu. Demokrasi memberikan kuasa mutlak kepada manusia untuk mempercayai Tuhan atau tidak, untuk memerintah dengan hukum sendiri, berekonomi, bersosial, bersukan, berpesta, bermaksiat dan sebagainya, mengikut akal masing-masing. Tuhan atau agama tidak boleh masuk campur dalam semua urusan ini.

Itulah wajah buruk demokrasi. Sistem kufur ini telah menyebabkan bukan sahaja negara dan masyarakat menjadi rosak, ia turut merosakkan ramai individu di dalamnya. Jadi, tidak hairanlah kalau muncul individu seperti Hazim dalam suasana dan sistem seperti ini. Kita telah menyaksikan bagaimana sistem ciptaan manusia ini telah menjadikan manusia seperti binatang malahan lebih buruk dari itu, hasil konsep kebebasan dan hak asasi manusia yang dibawanya.

Tidak ada cara lain bagi menyelamatkan umat Islam dan negara kaum Muslimin, kecuali dengan mencampakkan sistem dan cara hidup rosak yang ada sekarang dan sebagai alternatifnya, kembali kepada sistem dan cara hidup Islam, satu-satunya cara hidup yang berkat dan dirahmati oleh Allah SWT.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment