Fikratul Ummah [Edisi Khas Kempen CSCK]

MUQADDIMATUL KALAM

Oleh: Afiqah Hazwani (Ketua Editor FU)

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh….

Akhir-akhir ini, masyarakat dihujani dengan pelbagai tohmahan negatif terhadap Syariah dan Khilafah. Bukan sahaja daripada golongan kafir Barat yang sejak dahulu lagi sememangnya memusuhi Islam, tetapi umat Islam sendiri yang mengaku Allah sebagai Rabb mereka dan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruhNya turut sama mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang jelas menunjukkan mereka tidak bersetuju dengan syariat yang diturunkan Allah.

Oleh itu, bersempena dengan kempen Celik Syariah Cinta Khilafah yang dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, FU kali ini membawakan beberapa artikel yang akan meluruskan kesalahfahaman dalam kalangan masyarakat tentang Syariah dan Khilafah, menjawab mitos-mitos tentang Syariah dan Khilafah yang dilontarkan oleh golongan feminis-liberal, menjelaskan definisi Syariah dan Khilafah menurut Islam serta mengupas tentang sejarah Islam dalam menerapkan Syariah dan Khilafah. Semua ini akan dijelaskan dengan terperinci dalam FU kali ini berdasarkan rujukan dari kitab-kitab yang sohih dan sumber yang dipercayai.

Akhir kalam, semoga dengan pencerahan ini kami amat mengharapkan agar umat Islam terutamanya golongan wanita dapat menyedari akan bahayanya pemikiran-pemikiran yang menentang Syariah dan Khilafah. Sesungguhnya kita sebagai umat Islam seharusnya berpegang teguh dengan syariat Allah SWT yang diturunkan kepada kita kerana dengan itulah kita akan dapat menggapai redha-Nya di dunia dan akhirat. Fikirkan sejenak, seandainya kita menjadi sebahagian daripada kelompok yang menentang Allah dan Rasul, bagaimanakah kedudukan kita di sisi Allah di akhirat kelak? Nauzubillahiminzalik. Wallahu’alam..


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment