Forum CSCK di Shah Alam

23 April 2016, Shah Alam - FORUM MUSLIMAH: ROADSHOW KEMPEN CELIK SYARIAH CINTA KHILAFAH di Shah Alam, Selangor.

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Shah Alam (MHTM SA) meneruskan lagi siri Jelajah “Roadshow Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah” (CSCK) dengan menganjurkan Forum Muslimah khusus buat warga Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Forum kali ini juga mengangkat tema 'Mencabar mitos-mitos palsu Syariah Islam’ bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan terhadap masyarakat khususnya para Muslimah terhadap serangan pemikiran barat yang sedang melanda umat Islam seterusnya menjelaskan jalan penyelesaian terhadap masalah tersebut.



Forum Muslimah kali ini menampilkan dua ahli panel jemputan iaitu Dr. Aeni Shuib daripada Lajnah I'lamiyah MHTM dan Ustazah Zakiah, Aktivis MHTM. Dr. Aeni selaku panel pertama terlebih dahulu membongkar tipu daya barat khususnya golongan femenisme dengan menjelaskan racun-racun pemikiran yang cuba disuntik ke dalam umat Islam. Seterusnya Dr. Aeni turut menjelaskan bagaimana Syariat Islam di serang dan sering dituduh menjadi punca wanita teraniaya sedangkan hakikat sebenar menunjukkan bahawa wanita sejahtera dengan penerapan Syariat Islam secara kaffah.



Ustazah Zakiah selaku panel kedua pula menjelaskan bagaimana Islam mengangkat dan memuliakan martabat wanita. Seterusnya beliau menjelaskan penyelesaian sebenar bagaimana mengatasi serangan-serangan pemikiran yang bertubi-tubi ini secara tuntas iaitu dengan penerapan Dyariat Islam secara kaffah di bawah naungan Khilafah Rasyidah.



Hadirin yang hadir turut diberi peluang untuk berinteraksi di dalam sesi soal jawab dan berpeluang membawa pulang hadiah istimewa setelah berjaya menjawab soalan kuiz dengan tepat. Forum diakhiri dengan bacaan doa yang meruntun serta menyentuh jiwa para hadirin. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua peserta yang hadir.






Semoga Siri Roadshow kali ini berjaya membawa misinya untuk menyedarkan para Muslimah di Malaysia terhadap agenda musuh-musuh Islam menyerang syariat Islam dan seterusnya melahirkan kecintaan dan kerinduan mereka terhadap penerapan Syariat Islam secara kaffah di bawah naungan Daulah Khilafah Rasyidah. Sesungguhnya Islam satu-satunya agama yang diredhai Allah dan membawa kesejahteraan kepada manusia.


=====================================
Sila kongsikan kepada saudara anda yang lain
=====================================

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, sila hantarkan mesej mengenai maklumat peribadi anda (nama, lokasi & nombor telefon) ke:

Facebook : mhtm1924
Twitter : muslimah_htm
Instagram: muslimah_htm
YouTube : Media MHTM
Email: media.mhtm@gmail.com

"Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah"
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment