Forum Muslim Roadshow CSCK di Johor

16 April 2016, Senai: FORUM MUSLIMAH – ROADSHOW KEMPEN CELIK SYARIAH CINTA KHILAFAH di Senai, Johor.


Forum Muslimah anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia Johor Bahru (MHTM JB) sempena siri Jelajah “Roadshow Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah” (CSCK) telah berjaya di adakan di Hotel Ab Inn Senai, Johor.

Forum yang mengangkat tema 'Mencabar mitos-mitos palsu Syariah Islam' yang diperjuangkan oleh golongan feminis telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari para Muslimah. Seramai 80 orang peserta yang datang dari sekitar Johor Bahru, Senai, Pontian, Rengit, Tampoi, Skudai dan Pasir Gudang.





Forum ini dimulakan dengan bacaan quran oleh qariah, Ustazah Saerah Abu dari Pekan Nanas yang membacakan surah an-Nisa ayat 26-32 dan terjemahan oleh Puan Nabila Azwar. Seterusnya forum dimulakan dengan menampilkan dua ahli panel jemputan iaitu Ustazah Maryam Ismail daripada Lajnah Tsaqafiyyah MHTM dan Ustazah Iman Farhana, Aktivis MHTM.






Kedua- dua ahli panel berjaya mengetengahkan kerosakan agenda perjuangan kelompok Feminis dan menjelaskan kefahaman yang sebenar terhadap Syariah Islam yang hakikatnya sangat bercanggah dengan agenda 'syariah' yang dibawa oleh kelompok feminis-liberal. Para panel memberi penekanan bahawa penerapan Islam secara Kaffah (menyeluruh) tidak dapat dilaksanakan hanya peringkat individu atau sekelompok masyarakat sahaja tetapi perlu dalam bingkai Negara Khilafah Islamiyyah yang mampu membentengi para Muslimah di semua peringkat daripada terjebak dengan perjuangan yang salah ini. Peranan individu, masyarakat dan negara adalah penting dan saling berkesinambungan dalam penerapan hukum Islam yang pastinya menjamin kemaslahatan seluruh alam.




Muslimah yang hadir turut diberi peluang untuk berinteraksi semasa sesi soal jawab yang bertubi-tubi menanyakan soalan terkait isu feminisme. Selain itu, para tetamu juga berpeluang mengikuti pameran yang disediakan dan ramai yang mengambil kesempatan untuk mengunjungi pameran semasa rehat. Bagi tetamu yang ada anak kecil mereka tidak perlu risau kerana kids korner disediakan dengan aktiviti menarik kerana anak-anak adalah bakal generasi pelapis, sejak dini didedahkan dengan aktiviti bermanfaat. Sesi kemuncak diteruskan dengan acara Seruan MHTMJB yang dibacakan dengan penuh semangat oleh Ustazah Iman Farhana. Para hadirin begitu bersemangat dengan menyahut seruan dengan lafaz takbir 'Allahuakbar!' hingga dewan bergema dengan laungan semangat para hadirin. Sesi seruan diikuti pula dengan sesi tandatangan sebagai sokongan perjuangan HT untuk menerapkan Islam secara kaffah dalam kehidupan. Forum diakhiri dengan bacaan doa yang meruntun serta menyentuh jiwa para hadirin yang dibacakan oleh Ustazah Nurul Ilmi. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua peserta yang hadir.




Siri Roadshow ini akan dilaksanakan di seluruh Malaysia secara berterusan sempena Kempen CSCK sebagai satu momentum bersepadu MHTM dalam menyedarkan para Muslimah di Malaysia tentang syariat Islam dan seterusnya memupuk kecintaan dan kerinduan Muslimah terhadap penerapan syariat Islam secara menyeluruh di dalam kehidupan mereka yang hanya boleh dilaksanakan di bawah naungan Daulah Khilafah Islamiyyah sebagai mana yang di janjikan oleh Baginda SAW,

".....akan Kembali Kekhilafahan atas Manhaj Kenabian..." [HR Ahmad].

Wallahu alam







=====================================
Sila kongsikan kepada saudara anda yang lain
=====================================

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, sila hantarkan mesej mengenai maklumat peribadi anda (nama, lokasi & nombor telefon) ke:

Facebook : mhtm1924
Twitter : muslimah_htm
Instagram: muslimah_htm
YouTube : Media MHTM
Email: media.mhtm@gmail.com

"Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah"
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment