Jabatan Perindustrian Negara Khilafah

Negara Khilafah adalah negara yang berkewajipan melaksanakan misi untuk menyebarkan dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan metod (tharîqah) dakwah dan jihad. Dengan misi utamanya ini Khilafah harus sentiasa dalam keadaan bersiap siaga untuk melakukan jihad. Untuk itu, Khilafah memerlukan kilang-kilang yang memproduksi industri-industri berat dan ringan yang menyokong misi tersebut selain untuk menjauhkan Khilafah daripada ketergantungan yang akan melemahkan posisi Khilafah di mata negara-negara lain.


Jadi bagaimanakah Khilafah akan mempersiapkan segala-galanya? Siapakah yang akan ditugaskan untuk mengurusi bidang perindustrian ini? Apakah dasar-dasar yang terlibat?

Telaah Kitab kali ini akan membahaskan Rancangan Undang-Undang Dasar (Masyrû’ Dustûr) Negara Islam: Pasal 74, yang menyatakan, “Jabatan Perindustrian adalah jabatan yang menguruskan seluruh urusan yang berhubungan dengan industri, baik industri berat seperti industri mesin dan peralatan, industri automotif dan pengangkutan, industri bahan mentah dan industri elektonik; termasuklah industri ringan, baik industri itu temasuk kepemilikan umum atau yang termasuk kepemilikan individu, tetapi memiliki hubungan dengan industri ketenteraan; dan segala jenis industri, semuanya wajib dijalankan berasaskan politik perang” (Hizbut Tahrir, Masyrû’ Dustûr Dawlah al-Khilâfah, hlm. 20-21).

Jabatan Perindustrian

Untuk memenuhi semua keperluan yang membantu merealisasikan misi Khilafah, iaitu memikul dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia dengan metod (tharîqah) dakwah dan jihad, Khilafah membentuk struktur tersendiri untuk tugas ini, iaitu Jabatan Perindustrian. Jabatan Perindustrian inilah yang akan menguruskan seluruh urusan yang berhubungan dengan industri, baik industri berat seperti industri mesin dan peralatan, industri automotif dan pengangkutan, industri bahan mentah dan industri elektonik; termasuklah industri ringan sama ada kilang-kilangnya temasuk dalam kepemilikan umum atau kilang-kilang yang termasuk dalam kepemilikan individu, tetapi kilang-kilang tersebut memiliki hubungan dengan industri ketenteraan, iaitu memproduksi sesuatu yang berkaitan dengan peralatan perang (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 235; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 149).

Asas Politik Perindustrian

Semua industri tersebut dengan berbagai jenis bentuk dan produknya perlu dijalankan berasaskan politik perang (as-siyâsah al-harbiyah). Sebab, jihad dan perang memerlukan pasukan tentera. Pasukan tentera—agar mampu berperang—harus memiliki persenjataan. Untuk itu, supaya keperluanya mencukupi dan seterusnya berada pada tahap yang optimum, wajib ada industri persenjataan di dalam negeri, khususnya industri peralatan perang, kerana hubungannya yang begitu kuat dengan aktiviti jihad (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 235; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 149).

Agar Khilafah mampu menjadi negara maju, memiliki kawalan dan kekuasaan ke atas semua masalah perang dan ketenteraan, serta jauh daripada pengaruh negara lain dalam masalah tersebut, maka Khilafah wajib mendirikan industri persenjataannya sendiri, dan mampu mengembangkan persenjataan sendiri. Dengan begitu Khilafah akan sentiasa boleh berdikari sendiri untuk mengukuhkan kekuatannya. Khilafah juga mesti sanggup memiliki dan menguasai persenjataan yang paling canggih hatta yang paling kuat, apapun bentuk kecanggihan dan kehebatanan berkaitan kemajuan perkembangan persenjataan tersebut. Dengan demikian, semua bentuk dan tahap kecanggihan persenjataan yang diperlukan negara dapat dikuasai sepenuhnya, hingga akhirnya dapat menggentarkan musuh-musuh negara, baik musuh yang nyata mahupun musuh dalam selimut (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 235; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fi al-Islâm, hlm. 149). Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-Quran [TMQ al-Anfâl (8): 60], yang memerintahkan agar mempersiapkan sebanyak mungkin peralatan (persenjataan) untuk melakukan jihad. Dengan demikian, semua musuh, baik yang memusuhi dengan terang-terangan mahupun yang sembunyi-sembunyi akan menjadi gentar dan ketakutan (Ar-Razi, Mafâtih al-Ghayb, 15/192).

Dengan semua itu, Khilafah akan dapat mengendalikan dan memenuhi kehendaknya sendiri; Khilafah akan sanggup memproduksi sendiri persenjataan yang diperlukan; Khilafah akan sanggup mengembangkan dan terus mengembangkan semua bentuk persenjataan hingga mampu menguasai persenjataan yang paling canggih dan paling kuat sekalipun. Dan akhirnya, Khilafah akan dapat secara nyata menggentarkan musuh-musuhnya, baik yang nyata atau musuh dalam selimut. Atas dasar inilah, Khilafah wajib mendirikan industri-industri persenjataan sendiri (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 236; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 150).

Menjauhi Ketergantungan

Agar Khilafah dapat secara nyata menggentarkan musuh-musuhnya, baik yang nyata termasuklah musuh dalam selimut), Khilafah tidak boleh mengharapkan persenjataannya dengan membeli dari negara-negara lain. Sebab, hal itu dapat menjadikan negara-negara pembekal senjata itu akan mengawal serta mengendalikan keperluan dan persenjataan negara, termasuk menentukan adanya peperangan atau tidak (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 236; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 150).

Selalunya negara-negara yang menjual persenjataan ke negara lain tidak akan menjual semua persenjataannya, khususnya persenjataan canggih. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali disertai dengan syarat-syarat tertentu, termasuk tatacara penggunaan persenjataan yang mereka jual. Negara tersebut juga tidak akan menjual persenjataan kecuali dalam jumlah yang sesuai menurut pandangannya, bukan menurut permintaan negara yang ingin membeli persenjataan tersebut. Hal-hal seperti itulah yang memungkinkan negara pembekal senjata mengendalikan kehendak negara pembeli persenjataan, apalagi ketika negara pembeli itu sedang berada dalam situasi perang, tentu negara tersebut akan memerlukan tambahan persenjataan, alat ganti, peluru/bahan peledak, dan sebagainya (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 236; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 150).

Semua itu akan menjadikan ketergantungan negara pembeli terhadap negara pembekal persenjataan semakin bertambah dan ketundukan negara tersebut pada kehendak negara pembekal juga semakin besar. Hal inilah yang membuat posisi negara pembekal semakin kuat sehingga dapat mengendalikan negara pembeli dan mengendalikan kehendaknya, khususnya ketika negara tengah berada di dalam situasi perang, serta dalam keadaan yang sangat memerlukan persenjataan dan peralatan ganti. Dengan semua itu, negara pembeli itu telah menggadaikan dirinya sendiri, kehendaknya, peperangannya dan institusi negaranya kepada negara yang membekalkan persenjataan (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 236; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 106; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 150).

Wajib Berdikari

Supaya Khilafah dapat menghindari daripada ketergantungan, Khilafah wajib membangunkan sendiri semua industri persenjataannya, dan segala hal yang diperlukan, baik peralatan mahupun alat-alat gantinya. Semua itu tidak akan tercapai kecuali Khilafah melaksanakan (dasar pembangunan) industri berat. Untuk langkah pertamanya, Khilafah mesti membangunkan kilang-kilang yang menghasilkan industri-industri berat, baik industri pertahanan mahupun industri non-pertahanan (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 237; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 107; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 151).

Khilafah juga wajib memiliki pengilang-pengilang yang akan memproduksi persenjataan nuklear, kapal angkasa, pelbagai jenis peluru berpandu, satelit-satelit, pesawat, kereta kebal, artileri, kapal perang, kenderaan perisai dan anti peluru dengan berbagai macamnya, serta berbagai persenjataan baik senjata berat mahupun senjata ringan. Khilafah wajib memiliki pengilang-pengilang yang akan memproduksi berbagai peralatan, mesin-mesin dengan berbagai jenisnya, bahan peledak dan industri elektronik. Khilafah pun wajib memiliki industri yang berkaitan dengan kepemilikan umum dan industri-industri ringan yang mempunyai kaitan dengan industri pertahanan perang. Semua itu merupakan bentuk-bentuk persiapan yang wajib dipenuhi oleh kaum Muslimin, sebagaimana diperintahkan al-Quran [TMQ al-Anfâl (8): 60].

Kaedah fikih juga mengatakan,

مَالاَ يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ

“Suatu kewajiban yang tidak sempurna pelaksanaannya kecuali dengan sesuatu yang lain maka sesuatu itu menjadi wajib”.

Khilafah adalah negara yang memikul misi dakwah Islam dengan metod (tharîqah) dakwah dan jihad. Kerana itu Khilafah akan menjadi negara yang terus-menerus dalam keadaan bersiap siaga untuk melaksanakan jihad. Keadaan negara yang demikian itu mewajibkan semua industri yang ada di dalam negara Khilafah, baik industri berat mahupun industri ringan, dibangun dengan berdasarkan kepada politik perang (as-siyâsah al-harbiyah).

Dengan demikian, jika diperlukan usaha untuk mengubah industri-industri itu menjadi industri-industri militer (pertahanan perang) dalam segala bentuknya, maka hal itu akan mudah dilakukan bila-bila masa pun Khilafah menginginkan.Oleh kerana itu seluruh industri yang dibangun di dalam Negara Khilafah mesti dibangunkan dengan berasaskan kepada politik perang dan pertahanan. Maknanya, semua industri, baik industri ringan mahupun industri berat yang ada dalam Negara Khilafah mesti dibangunkan di atas asas politik perang dan pertahanan. Hal tersebut bertujuan untuk memudahkan usaha mengubah produksinya menjadi industri yang memproduksi produk-produk militer (pertahanan perang) bila-bila masa negara Khilafah memerlukan (Hizbut Tahrir, Muqaddimah ad-Dustûr, hlm. 237; Hizbut Tahrir, Ajhizah Dawlah al-Khilâfah, hlm. 108; Zallum, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, hlm. 151).

WalLâhu a’lam bish-shawâb.

-Muhammad Bajuri
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment