Khilafah: Negara Penjaga Keamanan

Keamanan dan kestabilan dalam negeri merupakan hal yang utama dan sangat penting. Perekonomian tidak akan berjalan baik jika keamanan dan kestabilan dalam sesebuah kacau-bilau. Terorisme dan tindakan jenayah lain, jika tidak mampu dicegah dan dibanteras, akan memberikan kesan buruk kepada keadaan mental masyarakat, yang kelak akan melemahkan kedudukan negara.

Oleh kerana itu, keamanan dalam negeri sangat dijaga oleh Khilafah. Untuk itu, Khilafah memiliki jabatan polis (syurthah) yang berfungsi untuk menjaga keamanan masyarakat. Jabatan polis ini akan dihantar oleh negara untuk mempatrol untuk memantau dan mengawasi setiap mukim, perkampungan, pasar, atau jalan raya, sehingga rakyat tidak perlu mengupah polis atau pegawai peribadi semata-mata untuk menjaga keselamatan dan keamanan hidupnya sendiri. Polis ini jugalah yang akan bertindak terhadap orang-orang yang murtad dan memerangi pemberontak golongan pemisah sehingga mereka kembali ke pangkuan negara.

Dari kes-kes seperti terorisme, rompakan, lanun, kecurian sehinggalah ke kes-kes yang meragut nyawa, Khilafah akan mengirim pasukan polis bahkan pasukan tentera untuk membanterasnya, ini kerana kes-kes seumpama ini sangat berbahaya jika tidak dibasmi.

Pada dasarnya, aktiviti tajassus (memata-matai) adalah haram. Namun, hal ini dikecualikan terhadap kafir harbi atau orang-orang yang berkomplot dengan kafir harbi. Tajassus boleh dilakukan oleh negara terhadap mereka untuk mencegah daripada terjadinya aktiviti-aktiviti keganasan terhadap umat Islam.

Pada era Khilafah Abbasiyah, Khalifah Al-Mu'tashim pernah mengirim pasukan dalam jumlah yang besar untuk memerangi kelompok Muhammad bin Utsman dan Samlaq, kelompok awam yang membuat onar di Bashrah. Mereka berhasil ditumpas hingga ke akar-akarnya, maka Bashrah pun bebas daripada keganasan mereka. Hal yang sama juga beliau lakukan terhadap kelompok Babak Al Kharami di wilayah Azerbaijan. Kelompok ini dimusnahkan dan Babak pun dijatuhkan hukuman mati.

Tidakkah anda ingin hidup di bawah naungan Khilafah, negara yang menjaga keamanan rakyatnya dengan bersungguh-sungguh, agar rakyatnya dapat hidup tenteram tanpa ancaman terhadap kehidupan dan harta mereka?
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment