Melindungi Wanita Dari Jenayah

Oleh: Noor Afeefa (Anggota Lajnah Tsaqafiyah MHTI)

Jenayah terhadap wanita menjadi sesuatu yang menakutkan, bukan sahaja untuk wanita itu sendiri, tetapi juga untuk orang-orang yang telah diberi amanah menjaga wanita, seperti suami atau bapa. Mengapa tidak, liputan media tidak pernah berhenti menyiarkan berita-berita dari peristiwa yang amat menyedihkan ini. Mangsanya pun semakin tidak mengenal usia. Kini, anak-anak perempuan juga ramai yang menjadi sasaran.


Bukan sahaja di tempat-tempat awam atau kemudahan awam, seperti pengangkutan awam, jalan-jalan sesak atau halaman sunyi, jenayah ini juga sering berlaku di di tempat-tempat yang biasanya dianggap paling selamat, iaitu di rumah, malah di sekolah. Pelakunya juga bukan sahaja orang yang tidak dikenali oleh mangsa. Sebahagiannya adalah orang yang sangat dikenali dan rapat dengan mangsa, seperti yang dilakukan bapa terhadap anak perempuannya, kakak atau ipar, sehingga teman lelaki (teman rapat) mangsa. Peristiwa ini sering tidak pernah disangka oleh mangsa. Wanita pada umumnya baru tersedar ketika kejadian yang tidak diingini itu menimpa dirinya.

Jenayah terhadap wanita ada pelbagai bentuk. Antaranya, keganasan seksual, keganasan fizikal, pembunuhan, perampasan harta, penculikan, penjualan wanita untuk diambil bekerja yang tidak sesuai dengan keinginannya, perhambaan dan sebagainya. Dari semua jenis jenayah tersebut, kes keganasan seksual masih menunjukkan statistik yang sangat tinggi.

Keganasan seksual sahaja, menurut Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita, terdapat 15 bentuk seperti rogol, ugutan seksual termasuk ancaman atau cubaan rogol, penderaan seksual, eksploitasi seksual, perdagangan wanita untuk tujuan seks, pelacuran paksa, hamba seks, perkahwinan paksa, termasuk cerai gantung, dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan, seksualiti seolah-olah menjadi sisi atau perkara yang paling diingini oleh para jenayah. Mengapa aspek ini begitu mudah dipermainkan oleh orang yang tidak bertanggung jawab? Bukankah Allah SWT memang menciptakan wanita dengan tabiat dan kadar (ciri) tertentu. Jika mereka menderita, mesti ada yang salah dengan perlakuan terhadap makhluk Allah ini. Boleh jadi dari orang-orang di sekelilingnya, masyarakat, negara, atau bahkan dari wanita itu sendiri.

Kapitalisme Sumber Ketakutan

Banyaknya jenayah terhadap wanita di tempat umum mahupun khusus sebenarnya tidak dapat dipisahkan dari cengkaman kapitalisme-liberalisme yang berlaku di negara ini. Kehidupan kapitalistik telah melahirkan banyak kekacauan dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kapitalisme jelas melahirkan kemiskinan. Pendapatan seorang suami tidak lagi mencukupi keperluan hidup keluarganya. Akibatnya, wanita dipaksa secara sistemik untuk keluar rumah mencari nafkah, bahkan sehingga larut malam. Mereka tentu berisiko tinggi berhadapan dengan jenayah.

Kemiskinan juga melahirkan orang-orang berfikiran rosak yang mahukan kekayaan tanpa susah-payah bekerja. Wanita menjadi sasaran mudah jenayah kerana mereka pada umumnya lemah. Wanita juga memiliki nilai ‘tambahan’. Keindahan tubuhnya adalah kekayaan yang bernilai ekonomi. Inilah yang menimbullkan jenayah bermotif material terhadap wanita.

Berleluasanya jenayah seksual, tidak terlepas dari bercambahnya pornografi. Kini, kandungan bahan lucah begitu mudah berpindah dan ditemui di dunia maya, gerai di tepi jalan, media cetak, sehingga telefon mudah alih. Betapa mudahnya dorongan syahwat dibangkitkan. Boleh dibayangkan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak mempunyai saluran yang sah (iaitu isteri) apabila keinginan seksual itu tidak terbendung. Tidak jarang, keganasan seksual di rumah pun terjadi kerana keadaan seperti ini.

Sebaliknya, pemandangan menyayat hati juga datang dari wanita itu sendiri. Gaya hidup liberal telah menyeret mereka untuk berpenampilan mengundang keinginan seksual lawan jenis. Bukan sahaja aurat, gaya kewanitaannya pun semakin menambah ghairah laki-laki. Padahal sebuah kajian oleh Georgia Gwinnett College, AS, menunjukkan bahawa pada otak lelaki terjadi kesan seperti ketika seseorang meminum arak atau ubat-ubatan apabila melihat lekuk tubuh wanita yang ramping dan seksi.

Kecanggihan teknologi juga turut menyumbang. Dalam sistem kapitalis-liberalis ia telah dimanfaatkan secara mudah oleh penjenayah untuk melicinkan sasaran-sasaran jenayahnya. Mereka boleh menggunakan media sosial (seperti facebook atau lain-lain) untuk mencari sasaran. Berkenalan dengan mangsa sehingga berjanji untuk bertemu menjadi sangat mudah untuk dilakukan.

Negara dalam sistem kapitalis ternyata juga gagal dalam mencegah pelbagai jenayah yang sama daripada berlaku lagi. Produk hukum yang dilahirkan sama sekali tidak memberikan harapan keadilan untuk wanita. Tidak ada kesan serik terhadap hukuman yang dijatuhkan kepada penjenayah.

Kapitalisme-liberalisme semakin lengkap menjadi sumber ketakutan kerana sistem ini terbukti gagal dalam membina dan melahirkan orang-orang soleh dengan tahap iman yang kuat. Kalaupun ada, jumlahnya sangat sedikit. Lemahnya iman menyebabkan penjenayah tidak mampu menahan diri dari godaan. Berapa ramai orang yang kini lebih sibuk dengan urusan peribadi; sebahagian sibuk mengurus kemewahan dunia, sebahagian yang lain sibuk memikirkan kesukaran hidup. Semua itu menghakis iman. Masyarakat dengan tahap kemurungan yang tinggi tidak mampu untuk berfikir jernih. Tidak jarang pelampiasannya adalah aktiviti yang melanggar syariah, seperti melakukan jenayah (terhadap wanita). Demikanlah, jahatnya kapitalisme-liberalisme dalam merosakkan kehidupan manusia.

Tips Praktikal

Risiko hidup dalam sistem yang rosak mahu tidak mahu perlu ditanggung oleh semua pihak, termasuk wanita dan keluarga yang baik. Berikut adalah beberapa tips untuk melindungi wanita dari jenayah.

Pertama: Selalu memohon keselamatan kepada Allah SWT dalam setiap aktiviti apatah lagi jika terpaksa melakukan aktiviti dengan tahap risiko lebih tinggi.

Kedua: Memastikan semua anggota keluarga memahami dan melaksanakan hukum syariah. Hal ini penting kerana penjenayah boleh saja berasal dari orang-orang di sekeliling rumah, atau orang luar tetapi mendapatkan peluang dengan perantaraan orang dalam rumah.

Ketiga: Meningkatkan penyertaan keluarga. Ibubapa hendaklah lebih memberi perhatian dan menjaga anaknya. Demikian juga, suami terhadap isterinya. Mereka adalah orang-orang yang telah diamanahkan Allah SWT untuk menjaga wanita.

Keempat: Menegakkan hukum syariah di rumah. Misalnya, menjaga kehidupan khusus (rumah) hanya untuk mahram atau para wanita sahaja; tidak memberi kelonggaran terhadap tetamu untuk masuk ke dalam rumah, kecuali setelah memberi salam dan mendapatkan izin dari penghuni rumah. Isteri tidak boleh menerima tetamu secara sebarangan, melainkan dengan izin suaminya.

Kelima: Menjaga dan melaksanakan hukum syariah ketika keluar rumah. Di antaranya dengan menutup aurat dan berpakaian syar’i, tidak berdandan berlebihan (tabarruj), tidak berkhalwat, tidak berlemah lembut di hadapan lelaki sehingga menimbulkan niat dan pandangan buruk dari pihak lelaki; juga tidak melakukan perjalanan sendirian tanpa mahram, terutama jika melakukan perjalanan lebih dari sehari semalam.

Keenam: Tidak memberikan peluang bagi munculnya jenayah. Jenayah terjadi bukan hanya kerana niat pelaku, tetapi juga kerana ada kesempatan. Hendaklah wanita menjaga harga diri dan bersifat iffah, dengan tidak melakukan aktiviti yang mengundang niat jahat dari orang lain. Dia tidak boleh menampakkan daya tarikan secara sebarangan kepada orang lain, terutama terhadap lawan jenis. Dia juga perlu berusaha menjaga keselamatan diri (misalnya, tidak berjalan sendirian di malam hari, di tempat sunyi, atau menerima bantuan dari lelaki bukan mahram-nya).

Ketujuh: Bijak dalam menggunakan media sosial. Janganlah mudah berkenalan dengan orang yang tidak dikenali di media sosial. Menghadkan berinteraksi dengan lawan jenis di media sosial. Tidak menceritakan masalah peribadi dan tidak berkomunikasi secara intensif dengan lawan jenis. Seeloknya juga tidak meletakkan gambar diri (yang boleh menarik perhatian lawan jenis) di media seperti ini.

Kelapan: Berusaha menjadi wanita yang kuat dengan membekalkan diri dengan seni mempertahankan diri. Tidak ada salahnya wanita memiliki kemampuan mempertahankan diri, walaupun usia tidak lagi muda. Sekurang-kurangnya kemampuan ini akan menjadikan wanita lebih yakin, tidak mudah panik, berani untuk melawan bahkan berusaha melumpuhkan penjenayah.

Kesembilan: Tetap istiqamah dalam barisan orang-orang yang selalu menolong agama Allah SWT (dengan dakwah menegakkan syariah dan Khilafah). Sesungguhnya Allah SWT akan menolong orang-orang yang menolong agama-Nya (TQM Muhammad [47]: 7). Sikap ini juga secara tidak langsung sangat menyumbang dalam menghapuskan penyebab munculnya jenayah terhadap wanita.

Menumbangkan kapitalisme-liberalisme dan menegakkan sistem Khilafah yang menjalankan hukum syariah secara sempurna adalah bahagian yang paling penting dalam usaha untuk menjadi hamba yang dicintai Allah SWT. Mudah-mudahan perkara ini menjadi amal soleh yang akan melindungi wanita di dunia dan akhirat.

Demikianlah, beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jenayah terhadap wanita. Benar, bagi umat Islam, apa jua keadaan yang menimpa dirinya, susah ataupun senang, akan mampu menjadi wasilah menuju kemuliaan hidup. Berbahagialah mereka yang tetap berpegang teguh pada syariah dan berjuang menegakkannya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment