Mulia Ada Pada Pemuliaan Kita Kepada Allah

Terdapat ramai orang yang mengejar kemuliaan, tetapi sebenarnya yang diperoleh adalah penghinaan. Hal ini kerana mereka salah mentakrifkan kemuliaan atau tidak tahu alamat kemuliaan yang dikejarnya. Mulia ada di barat, tetapi dia mengejarnya ke arah timur.


Terdapat ramai orang yang mencari bahagia, namun ternyata yang ditemuinya adalah derita. Sebabnya ialah kerana mereka tidak pernah tahu wajah bahagia atau tidak pernah mencari dan menduduki tempat yang bahagia itu sendiri.

Berikut adalah dialog ringkas seorang pelajar agama dengan gurunya yang sesuai untuk dijadikan renungan. Seseorang berkata kepada Imam Ahmad bin Hanbal, "Berikan saya nasihat, wahai Imam." Imam berkata, "Muliakanlah urusan Allah di mana sahaja kamu berada, maka Allah akan memuliakanmu."

Rupa-rupanya, mulia itu ada jika kita memuliakan dan taat dalam menjalankan perintah-perintah Allah. Bahagia pun ada di sana. Jangan mengejar mulia dan bahagia dengan melawan Allah, kerana Allahlah yang berhak dan berkuasa mengirimkan kemuliaan dan kebahagiaan kepada kita.

-AIM, Pengasuh Pondok Pesantren Alif Laam Miim Surabaya.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment