Open Circle siri ke-4 di Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi


3 April 2016, Bangi : Open Circle Muslimah siri ke-4 sempena Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah , bertempat di Khilafah Centre, Bandar Baru Bangi. Dalam siri ke-4 ini Ustazah Husna Suriani (Ahli Lajnah Muballighah MHTM) telah membawa tajuk "Jaminan Kedudukan dan Hak-Hak Wanita dalam Syariat Islam".

Beliau berkata, "Islam tidak memandang sama sekali masalah kesetaraan gender ketika ia datang dengan membawa taklif syarak Yang dibebankan kepada kaum wanita dan lelaki, dan ketika menjelaskan hukum-hukum syarak yang memberikan penyelesaian kepada aktiviti masing-masing, tetapi memandang lealki dan wanita sebagai manusia. Justeru, kesetaraan gender tidak perlu dibahas kerana istilah ini datangnya dari Barat. Bukan dari Islam."


Maka sangat jelas bahawa perjuangan berasaskan gender ini merupakan agenda Barat dan jauh bertentangan dengan ketetapan Allah terhadap lelaki dan wanita sebagaimana dalam ayat berikut yang bermaksud,

“Sesungguhnya lelaki dan perempuan yang muslim, lelaki dan perempuan yang mukmin, lelaki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar” [TMQ al-Ahzab (33): 35].



Amat disayangkan, pada hari ini perjuangan feminis-liberalis telah mencabut fitrah wanita. Bahkan fahaman yang tumbuh dari aliran pemikiran sekular ini telah menafikan hak-hak wanita dalam Islam, menyebabkan mereka jauh dari pemahaman Islam yang hakiki.

MHTM Cawangan Bangi mengucapkan terima kasih kepada para peserta yang hadir. Semoga para peserta mendapat pencerahan dan bersama-sama berjuang mengembalikan sistem Islam kaffah agar hak-hak Islami wanita kembali terjamin.

Ayuh sertai kami dalam siri ke-5 yang akan datang !

----------------------------

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA sila hubungi kami di

Facebook: mhtm1924
Email: media.mhtm@gmail.com

Sila nyatakan Nama, No telefon, Email dan Alamat.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment