Panama Papers: Kita TIDAK Bersama-sama di Dalamnya

Apabila anda memikirkan Panama, fikiran anda serta-merta berfikir tentang cerut, pantai dan Terusan Panama yang terkenal di dunia, yang mana menurut Persatuan Jurutera Awam Amerika dianggap sebagai salah satu keajaiban dunia moden dari segi kejuruteraan.


Walau bagaimanapun Panama telah mencetuskan berita sensasi bukan kerana kehandalannya dalam bidang kejuruteraan awam tetapi kehebatannya dalam kejuruteraan kewangan. Kebocoran berjuta-juta dokumen dari sebuah firma guaman Panama telah memberikan dunia sebuah paparan HD bagaimana orang kaya telah bergerak luar biasa jauhnya untuk melindungi kekayaan mereka daripada pihak berkuasa yang memungut cukai di dunia. Pendedahan tersebut terjadi berikutan kebocoran lebih 11 juta dokumen yang telah menitis ke seluruh dunia. Presiden, Perdana Menteri malah artis-artis Bollywood berprofil tinggi telah menggunakan entiti luar pesisir (offshore) untuk menutup hal ehwal kewangan mereka.

Walaupun rekod 11 juta yang mengungkapkan dengan jelas kepincangan sistem kewangan merupakan sesuatu yang mengejutkan, mengapa perlu ada orang yang terperanjat? Elit kapitalis tidak bermain mengikut peraturan yang sama seperti orang lain. Sebenarnya ini adalah satu pembohongan yang besar di tengah-tengah ideologi kapitalis yang berbangga dengan kepentingan diri sendirinya (self interest), tetapi tidak menghiraukan apa yang mereka lakukan kepada struktur masyarakat.

Struktur mana-mana masyarakat yang berjaya pastinya diikat oleh sebuah kontrak dalam kalangan rakyat bahawa wujud sebuah persaingan yang adil, di mana tiada siapa yang dapat mengatasi undang-undang dan semua orang berada dalam persaingan ini bersama-sama. Namun kegagalan si kaya untuk berkongsi secara saksama tersebut menjejaskan kontrak ini seluruhnya! Apa yang benar-benar mengejutkan adalah sebahagian besar dari apa yang berlaku di Panama mungkin sesuatu yang sememangnya sah. Ini merupakan kaedah lama yang berguna untuk mengelak cukai (tax avoidance) daripada melarikan diri daripada membayar cukai (tax evasion). Apa yang para elit telah lakukan selama beberapa dekad yang lalu adalah dengan melegalisasi polisi yang membuat mereka menjadi lebih kaya (entiti luar pesisir) sementara menentang dengan keras polisi yang membuat mereka lebih miskin (menidakkan hak-hak rakyat biasa). Perbezaan di antara golongan elit dengan seluruh masyarakat lainnya bukanlah kerana mereka mampu membayar para akauntan dan para peguam yang hebat atau kerana mereka tidak bermain dengan peraturan yang sama, tetapi kerana mereka boleh menulis sendiri peraturan mereka.

Para elit, dengan alasan kegawatan ekonomi, telah mengenakan penjimatan besar-besaran beberapa tahun kebelakangan ini ke atas seluruh masyarakat yang mana telah memberi kesan yang tidak seimbang kepada mereka yang miskin, yang tiada tempat berteduh (homeless) dan yang kurang upaya. Serangan ke atas sistem pencen, serangan ke atas faedah, serangan ke atas teras perkhidmatan awam di seluruh dunia telah membuatkan mereka yang paling lemah dalam masyarakat terpukul. Semua penjimatan besar-besaran ini dijustifikasikan demi menjimatkan wang, namun pada masa yang sama golongan elit ini menyembunyikan aset mereka di luar negara, mewujudkan berjuta-juta entiti luar pesisir dan mengelakkan cukai pada skala industri.

Polisi para elit kapitalis ini ke atas kekayaan bukan sahaja mementingkan diri sendiri (self interest), walaupun ini sudah kelihatan cukup buruk – ia juga bukan sahaja memberikan perlindungan politik kepada lokasi luar pesisir seperti British Virgin Islands dan ini juga kelihatan cukup buruk. Ia juga bukan sahaja membuka lompang bernilai berbilion-bilion dolar untuk mereka yang kaya raya, dan ini juga kelihatan cukup buruk. Tidak! jenayah sebenar polisi tersebut adalah mempertahankan sebuah ideologi yang menginstitusikan ketidaksaksamaan di kalangan rakyatnya, yang melindungi orang kaya walau dalam keadaan apa pun di mana institusi ini mempunyai satu undang-undang untuk golongan elit dan satu undang-undang bagi rakyat biasa.

Kita tahu kita hidup dalam sebuah sistem yang berat sebelah di mana mereka yang tersangat kaya membayar kadar cukai yang lebih rendah daripada setiausaha mereka. Kita tahu ia adalah satu sistem yang berat sebelah di mana bank diselamatkan (bailed out) manakala mereka yang miskin menghadapi pemotongan perbelanjaan. Kita tahu ia adalah satu sistem berat sebelah apabila menurut Oxfam, 62 orang yang paling kaya di dunia kini memiliki kekayaan lebih daripada separuh penduduk dunia.

Kapitalisme sebagai sebuah sistem yang gagal untuk memahami manusia, gagal untuk memahami masyarakat dan gagal untuk memahami masalah utama ekonomi. Lihat sahaja realiti suram hari ini di mana 2.4 bilion orang hidup dengan pendapatan kurang daripada USD 2 sehari. Terdapat lebih banyak bilangan telefon bimbit di dunia daripada bilangan tandas dan 780 juta orang tidak mempunyai akses kepada air minuman yang bersih.

Walaupun begitu, beberapa orang berpendapat bahawa penambahbaikan sedang dibuat, tetapi persoalannya adalah untuk siapa? Seorang wartawan pemenang hadiah Pulitzer, David Cay Johnston membuat kajian berdasarkan data pendapatan daripada 45 tahun yang lepas. Setelah penyelarasan inflasi, beliau mendapati bahawa 10% rakyat Amerika teratas telah melihat pendapatan naik sebanyak USD 116 ribu di mana 1% teratas daripada 1% teratas pendapatannya meningkat naik dengan melampau sehingga USD 18 juta. Untuk 90% terbawah angkanya sangat memilukan iaitu USD 59. Dan jika anda berfikir keadaannya semakin baik bacalah buku terlaris Thomas Piketty yang bertajuk ‘Modal di abad ke-21’. Analisis beliau adalah bahawa masalah ketidaksaksamaan masyarakat telah menjadi semakin buruk berbanding semasa kapitalisme tradisional dilaksanakan dengan kejam suatu ketika dulu.

Apa yang jelas adalah bahawa ekonomi Islam menentang kapitalisme, tetapi dalam bentuk apakah secara spesifiknya? Islam melihat bahawa masalah utama ekonomi ialah bagaimana harta kekayaan diedarkan lebih cepat untuk mereka yang ramai bukan hanya untuk mereka yang sedikit. Firman Allah SWT,

“supaya harta itu tidak hanya berlegar di kalangan golongan kaya di antara kamu” [TMQ al-Hasyr (59):7].

Ekonomi perlu ditadbir untuk kebanyakan mereka yang lemah, bukan untuk sebilangan kecil mereka yang kuat. Sesebuah masyarakat yang hanya memberikan peluang kepada si kaya untuk menikmati sekolah terbaik, hospital terbaik ataupun keselamatan terbaik sudah pastinya bukan sebuah masyarakat yang baik. Itulah sebabnya Islam percaya sistem itu tidak patut berat sebelah, modal tidak boleh disimpan, pada masa yang sama perdagangan yang sah mesti dikembangkan.

ekonomi Islam akan menghapuskan cukai ke atas pendapatan dan perbelanjaan dan menggantikan mereka dengan levi berdasarkan harta danekonomi Islam akan menghilangkan para kartel, monopoli dan tanah feudalekonomi Islam akan menghapuskan sistem kewangan yang dipacu oleh ekonomi kasino dan menggalakkan ekonomi yang sebenar berdasarkan kejuruteraan dan pembuatanekonomi Islam akan menarik balik modal di luar negara di dalam syarikat luar pesisir dan menggalakkan pelaburan dalam ekonomi sebenar untuk meningkatkan sektor swasta

Walau bagaimanapun untuk melaksanakan prinsip ekonomi ini memerlukan sebuah entiti politik Islam yang benar-benar komited untuk membantu golongan miskin, mereka yang tiada tempat tinggal dan mereka yang ditindas.

Adalah diharapkan, seperti mana Pentagon Paper hampir 50 tahun lalu yang mendedahkan pembohongan perang Vietnam, Panama Paper ini akan mendedahkan pembohongan sistem yang korup atau tanggapan naif bahawa pengukuhan politik boleh diperbaharui dari dalam. Kapitalisme berakar umbi daripada prinsip tertuanya – bukan Magna Carta, perisytiharan Kemerdekaan Amerika atau institusi politik dihormati – tetapi nilai yang ekstrem terhadap kepentingan material untuk diri sendiri. Ini adalah kepentingan diri yang meletakkan pengelakan cukai lebih penting daripada menjaga ehwal orang kurang upaya, kepentingan diri yang meletakkan keuntungan lebih tinggi daripada golongan miskin dan kepentingan diri yang akhirnya meletakkan penimbunan kekayaan lebih tinggi daripada teras kemanusiaan kita.

Tidak hairanlah bahawa bukan sahaja umat Islam, malah ramai mereka yang lain kini mempersoalkan nilai sistem sedia ada dan penerapannya yang menjijikkan dalam dunia hari ini? Apa yang tidak layak dipertahankan dari segi moral adalah bukan sahaja polisi yang membolehkan mereka mengelak cukai atau yang membolehkan rasuah secara besar-besaran tetapi nilai mementingkan diri sendiri (self interest) yang begitu ekstrem yang terdapat di lubuk hati ideologi kapitalis.

Terjemahan: www.hizb.org.uk
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment