Pemuda Muslim di Asia Tenggara: Pergolakan Identiti di Era Kapitalisme Digital

Dengan lebih daripada 60% penduduk di bawah 40 tahun, kawasan ASEAN adalah pasaran yang sangat menarik bagi pelaburan asing, seperti kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia - Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam forum The First ASEAN Malaysia Young Entrepreneurs pada Januari 2015 yang lalu. Beliau menegaskan ASEAN adalah youthful market kerana negara-negara yang memiliki limpahan penduduk yang berusia muda.

Ucapan Menteri Malaysia itu bukanlah kenyataan kosong. Negeri-negeri Muslim Asia Tenggara menyimpan potensi luar biasa akan jumlah kaum mudanya. Di Malaysia kaum mudanya mencapai 43 peratus daripada jumlah penduduknya atau sebesar 13 juta orang. Sementara di Indonesia - negara Muslim terbesar - untuk data tahun 2010 saja sudah mencapai 158 juta orang atau 66.5 peratus dari jumlah keseluruhan penduduknya, bahkan Indonesia diramal akan mencapai puncak bonus demografi ini pada 2020-2030 iaitu komposisi penduduk usia produktif yang besar hingga mencapai 70 peratus.

Dengan populasi ASEAN dalam julat 628 juta dan kira-kira 40 peratus daripada populasi merupakan generasi muda yang akrab digital, potensi luar biasa ini tentu saja dilihat sebagai pasaran yang sangat menggiurkan oleh para pelaku ekonomi kapitalis. Selain itu generasi muda sekarang digelar sebagai generasi millenium kerana mereka lahir membesar dalam persekitaran serba digital - yang menjadikan mereka sebagai pasaran yang sangat besar bagi perdagangan dalam talian terutama setelah ditubuhkannya Masyarakat Ekonomi ASEAN sejak Disember 2015 lalu.

Pendigitalan Pasar Bebas

Melalui Masyarakat Ekonomi ASEAN, Kapitalisme Timur (China dan Jepun) bersama Kapitalisme Barat (Amerika dan Eropah) berlumba-lumba menguasai ekonomi ASEAN dan mensasarkan kaum mudanya sebagai pasaran. Mereka sentiasa peka dalam memanfaatkan segala sarana dan menangkap peluang pasaran, salah satunya adalah melakukan pendigitalan melalui teknologi maklumat yang saat ini kian dikenali dengan istilah ekonomi digital - cara baru untuk menembusi pasaran secara online dengan melewati batas-batas negara.

Dengan statistik pengguna internet di Asia Tenggara sebanyak 252 juta dan pengguna media sosial 232 juta memungkinkan transaksi perdagangan bebas secara besar-besaran tidak hanya berlaku secara langsung tetapi juga secara online melalui media sosial. Fungsi media sosial yang sebelum ini hanya menjadi arena komunikasi maya, saat ini juga menjadi arena jual beli pelbagai keperluan baik barang mahupun jasa, tidak hairan jika transaksi e-dagang melalui aplikasi hari ini kian menjadi terkenal. Persoalannya ialah siapakah pelanggan utamanya? Tidak lain adalah golongan muda kerana mereka adalah kumpulan yang paling celik teknologi dan mempunyai akses terhadap cepatnya arus maklumat di internet.

Beberapa mesyuarat peringkat tinggi sebelum dan sesudah pelancaran MEA menjadi indikasi kuat daripada persaingan kekuatan Kapitalisme Barat dan Timur dalam melakukan pendigitalan pasaran bebas ASEAN, contoh yang paling menonjol adalah mesyuarat ASEAN-US Summit Februari 2016 di California di mana para pemimpin negeri Muslim ASEAN dipertemukan Obama dengan tiga Ketua Pegawai Eksekutif gergasi ekonomi digital di AS, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft; Satya Nadella, Ketua Pegawai Eksekutif IBM; Ginni Rometty, dan Ketua Pegawai Eksekutif CISCO; Chuck Robbins yang mempromosikan kepentingan kerjasama ekonomi digital dengan negeri-negeri Muslim. Sementara di sisi lain Kapitalisme Timur khususnya China juga secara agresif menyapu bersih projek infrastruktur di Asia Tenggara khususnya Indonesia di mana pada sela-sela Persidangan Asia Afrika tahun lalu China bersetuju akan melabur dalam pembinaan 24 pelabuhan, 15 bandar udara, pembangunan jalan sepanjang 1,000 kilometer (km), pembangunan jalan kereta api sepanjang 8,700 km, serta pembangunan loji elektrik berkapasiti 35,000 megawatt (MW).

Kesimpulannya, melalui pendigitalan pasaran bebas, lebih daripada 160 juta golongan muda Muslim di Asia Tenggara terus dikepung oleh kekuatan Kapitalisme Barat dan Timur. Dua kekuatan Kapitalis itu seolah sedang bersaing, namun yang terjadi sebenarnya mereka saling melengkapi dalam hegemoni pasaran bebas agar kawasan ASEAN semakin mempunyai sambungan baik secara online mahupun infrastruktur fizikalnya sehingga mereka akan semakin mampu memenangi hati, fikiran dan tempat daripada pihak para pemuda Muslim di kawasan ini.

Sekularisasi Digital Kaum Muda

"Setiap 60 saat, terdapat kira-kira 700,000 carian di Google, 695,000 status baru di Facebook, 98,000 status twitter, 1,500 tulisan blog, 600 lebih video dimuat naik ke Youtube, dan statistik mengejutkan lainnya" - Go-Globe.com

Maklumat mengalir dengan sangat deras di era serba internet seperti sekarang. Begitu banyak yang dapat kita lihat, baca, dan dengar di internet. Statistik ketersediaan maklumat sangat mengejutkan, setiap harinya kita banyak menerima aliran maklumat yang sayangnya sebahagian besar belum tentu bermanfaat dan relevan dengan keperluan kita. Arus ini seperti gaung kebisingan dalam keamatan (intensiti) tinggi yang akan menyapu bersih hati dan fikiran golongan muda Muslim, sehingga dapat melumpuhkan "saraf berfikir dan bertindak" menyibukkan mereka dengan hanya sekadar like, share, atau komen ringkas yang tidak berisi dalam merespon sesuatu isu. Padahal potensi generasi muda jauh lebih besar dari itu.

Lebih dahsyat lagi, kebanjiran maklumat akibat agenda dari perancangan Barat ini telah menyingkirkan kedudukan tsaqofah Islam sebagai “maklumat mulia dan penting” bagi generasi muda lalu menggantikannya dengan nilai sekular dan tsaqofah barat. Pada masa yang sama arus Tsunami maklumat ini juga telah menyamakan kedudukan ilmu yang bermanfaat dengan gosip murahan, iklan produk dan maklumat gaya hidup yang tidak berharga lain.

Inilah arus sekularisasi digital yang berlindung di bawah payung ekonomi digital dan semakin mendapat tempat semasa MEA berlaku di Asia Tenggara. Arus ini bahkan dibantu oleh penguasa Muslim sendiri dengan komited dalam penyebaran nilai-nilai Barat melalui media digital. Hal ini jelas seperti dalam kunjungan Presiden Indonesia - Jokowi ke Silicon Valley Februari 2016 lalu, Jokowi memuji peranan penting Twitter dalam demokrasi digital. Kepada Ketua Pegawai Eksekutif Twitter Jokowi mengatakan, "Saya sambut baik peranan Twitter sebagai salah satu sarana media penting dunia yang menyebarkan pelbagai nilai positif bagi masyarakat seperti nilai demokrasi dan good governance". Sementara di pejabat Facebook, Jokowi mengajak CEO Facebook, Mark Zuckerberg, untuk menyokong program ‘Empowering Leaders of Peace through Digital Platform’ yang digagas oleh Jokowi.

Arus yang lebih ekstrim bahayanya adalah promosi nilai-nilai kebebasan seperti LGBT oleh para raksasa digital yang jelas memberi kesan yang merosakkan pada generasi muda Muslim kerana akan membawa generasi umat manusia pada ambang kepupusan, menyebarkan wabak penyakit dan mengakibatkan pengurangan penduduk manusia. Promosi gaya hidup merosakkan seperti ini terus disokong oleh kekuatan arus maklumat dan ekonomi digital seperti Facebook, Google, Instagram, Apple, Microsoft, dan deretan korporat kapitalis lain.

Penyebaran nilai-nilai sekular secara digital ini semakin utuh sejak MEA dikuatkuasakan, dan kebimbangan ini juga dirasai oleh Zulkifli Hasan - ketua MPR di Indonesia - yang diungkapkan kepada media Februari 2016 lalu bahawa berlakunya Masyarakat Ekonomi Asean (MEA) akan membawa kesan yang sangat luas bagi bangsa Indonesia. Bukan hanya dalam bidang ekonomi saja, tetapi juga sektor politik, sosial dan budaya. "Kerana itu, bangsa Indonesia harus sangat hati-hati terhadap kemungkinan masuknya nilai-nilai dari luar, yang akan turut menyerbu Indonesia, berserta bebasnya faktor-faktor ekonomi yang masuk ke Indonesia," ujarnya.

Kebimbangan ini wajar kerana saat ini arus sekularisasi digital telah bersimbiosis dengan rejim perdagangan bebas di mana kedua-duanya sama-sama menggilai pertumbuhan ekonomi yang akan melayan generasi muda Muslim tidak lebih seperti mesin ekonomi penghasil wang, melumpuhkan saraf berfikir dan idealisme mereka dan membuat mereka menjauh dari agama mereka. Simbiosis ini juga berpadu dengan program deradikalisasi intensif yang fokus pada anak-anak dan kaum muda Muslim ditambah kurikulum pendidikan sekular dan sekolah, peraturan madrasah serta budaya liberal yang mengagung-agungkan budaya Barat sekaligus mengikis nilai-nilai Islam. Krisis identiti dan krisis iman akhirnya dikembang biakkan dalam kalangan banyak anak muda Muslim, menjadikan mereka terpikat dengan gaya hidup dan sistem liberal Barat sehingga membentuk pemikiran, kecenderungan, aspirasi, dan kesetiaan mereka kepadanya.

Pemuda Muslim dan Celik Ideologi

Cabaran sekularisasi digital yang mengakibatkan krisis identiti dan krisis iman kepada berjuta-juta pemuda Muslim di dunia Islam termasuk Asia Tenggara harus dijawab daripada hal yang paling mendasar, iaitu bagaimana membina identiti yang kuat dalam diri pemuda Muslim. Kita maklum bahawa Barat selalu ingin merebut sokongan pemuda Muslim, jikapun mereka gagal sekurang-kurangnya mereka telah melumpuhkan idealisme golongan muda hingga membuang masa dan masa muda mereka dengan banyak hal yang merosakkan.

Perlu dilakukan usaha "dakwah digital" yang intensif dalam kalangan kaum muda untuk membina identiti kaum muda agar kembali mengarahkan perhatian terbesarnya hanya kepada Islam dan umat Islam. Dakwah di abad maklumat ini memerlukan kekuatan sudut pandang dan celik maklumat. Celik maklumat yang dilandasi oleh ideologi Islam akan membekali golongan muda dalam mencerna banyak maklumat dan menilai banyak peristiwa dari kaca mata Aqidah Islam. Arahkan pemuda Muslim agar fokus pada penggunaan maklumat yang penting dan agung iaitu tsaqofah Islam, seterusnya adalah ilmu yang bermanfaat, serta fakta permasalahan umat Islam. Dakwah digital ini juga perlu disasarkan untuk membina pola fikir dan pola sikap generasi muda Muslim dengan Islam sehingga terbentuklah keperibadian Muslim yang kuat dan khas.

Politik media dalam Islam akan selaras dengan dakwah Islam, kemajuan teknologi akan dimanfaatkan untuk sebesar-besarnya matlamat dakwah. Inilah ciri khas ideologi Islam yang tidak akan membiarkan kekuatan ekonomi korporat memanfaatkan teknologi demi semata mengeksploitasi pasaran namun mengabaikan terwujudnya masyarakat yang sihat serta generasi muda yang mempunyai keperibadian yang kuat dan berintegriti. Politik media dalam Islam akan mengguna pakai strategi informasi yang spesifik untuk memaparkan Islam dengan pemaparan yang kuat dan membekas sehingga mampu menggerakkan akal manusia agar mengarahkan pandangannya pada Islam serta mempelajari dan memikirkan saranan Islam. Strategi ini akan membina kesedaran politik yang kuat kepada pemuda Muslim sehingga mampu memahami percaturan politik yang sebenarnya yang menimpa dirinya, persekitarannya dan umat Islam dengan kekuatan identiti Islam.

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir oleh
Fika Komara
Anggota Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment