Pertemuan Ankara Akan Menyerupai Pengalaman Pihak Berkuasa Palestin ke Bumi Syam

Lima tahun telah berlalu sejak bermulanya revolusi rakyat Syam melawan rejim zalim penguasa. Musuh-musuh Islam mengerahkan semua tenaga dan kekuatan yang dimilikinya. Termasuk dengan memanfaatkan ejen-ejen Amerika yang berakar di negara-negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Turki.

Mereka berjaya membawa puak-puak militan untuk menerima projek gencatan senjata yang disarankannya. Mereka juga berjaya meraih sokongan daripada puak-puak tersebut untuk mengadakan perundingan yang telah memasuki jalan pemulihan rejim , dalam bentuk pertemuan di Ankara. Pertemuan ini bertujuan untuk menyatukan semua puak di bawah tentara nasional Syria yang dikendalikan oleh dewan tentera bersatu.

Pertemuan Ankara berlangsung di depan mata para penguasa Turki, ejen Amerika. Sehingga ia perlu berlangsung sesuai dengan jalan politik Amerika yang menentang tindakan ketenteraan apa cara pun untuk menggulingkan rejim di Syria. Mereka berharap hasil dari pertemuan ini mampu mengikuti langkah Organisasi Pembebasan Palestin yang juga telah melalui jalan perundingan pada dekad lalu dan pada akhirnya rundingan tersebut menjadi perjanjian keamanan dengan entiti Yahudi dalam menghadapi kaum Muslim. Padahal itulah organisasi yang pada awalnya berdiri dengan membawa slogan “Pembebasan Palestin” !

Wahai rakyat Syam, Amerika saat ini sedang memanfaatkan semua kaki tangan dan kroni-kroninya untuk menyelesaikan masalah di negeri anda. Wahai para pemimpin puak, satukan tekad anda untuk menolak setiap persidangan Amerika dan konspirasinya. Wahai para mujahid, anda perlu tetap teguh, bersabar dan bertahan demi melawan setiap kekuatan negara-negara kuasa besar yang menjerumuskan perjuangan suci anda ke dalam gencatan senjata dan rundingan yang sia-sia.

Hendaklah anda semua bersatu dalam projek kenabian “Khilafah Rasyidah ‘ala minhājin nubuwah”. Satu-satunya jalan yang akan membebaskan anda dari dominasi kotor masyarakat antarabangsa.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment