Selama Manakah Najib Boleh Bertahan?


Firma perkhidmatan kewangan Kumpulan Nomura yang berpengkalan di Jepun dengan nada yakin mengatakan kegagalan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dan pembangkang menarik sokongan rakyat membuktikan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak masih kukuh.

Kumpulan itu dalam kenyataan melalui laman webnya www.nomuranow.com pada 5 April lalu berdasarkan laporan akhbar tempatan memberitahu, inisiatif mengumpul sejuta tandatangan bagi mendesak Najib berundur daripada jawatan Perdana Menteri menunjukkan kepincangan strategi pakatan tersebut.

Firma itu turut menyatakan banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memberitahu, tiada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengarahkan Najib untuk meletak jawatan.

“Kami percaya Najib tidak akan akur dengan tuntutan sedemikian seperti yang dilihat dalam perkembangan politik tahun lalu,” kata firma itu dalam kenyataan dalam laman web rasminya.

Keengganan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur bukanlah sesuatu yang susah untuk difahami, walaupun pelbagai desakan dilakukan termasuk Deklarasi Rakyat, perhimpunan selamatkan Malaysia, pelbagai ceramah, serangan melalui media sosial dan macam-macam lagi.

Dalam keadaan orang yang paling berkuasa terpalit dengan pelbagai skandal dan sedang berhadapan dengan kemarahan rakyat, setiap orang boleh membayangkan apa akan jadi jika orang tersebut berundur ataupun berjaya dijatuhkan. Apakah semua pihak akan membiarkannya berundur begitu sahaja seperti orang yang tidak bersalah!?

Lihatlah apa yang berlaku di seluruh dunia, baik di dunia Islam mahupun bukan, yang mana pemerintahnya berjaya dijatuhkan seperti di negeri-negeri Arab mahupun negeri-ngeri berjiran dengan Malaysia seperti Thailand dan Filipina. Lihatlah apa yang berlaku kepada pemimpin yang telah ditolak oleh rakyat, apakah setelah jawatan mereka terlucut, mereka “dibebaskan” begitu sahaja?

Bagi pemerintah yang tamakkan kuasa dan harta, jawatan adalah segala-gala baginya. Dengan jawatan itulah dia dapat mengaut segala kekayaan negara untuk dimasukkan ke kantungnya. Dengan jawatan itulah, dia dapat menangkap dan memenjarakan siapa sahaja yang tidak disukainya dan dengan jawatan itulah, dia boleh membayar ramai orang untuk menjilatnya.

Jadi, tidak hairanlah jika ramai orang yang masih mengampu dan memberikan sokongan kepada orang yang berkuasa, walaupun ternyata dia adalah seorang yang zalim lagi korup, kerana wang adalah segala-galanya. Ramai orang boleh “dibeli” dengan wang, kerana politik kapitalisme-demokrasi menghasilkan ramai orang yang tidak bermaruah yang boleh dibeli dengan mudah. Atas dasar inilah, orang yang paling berkuasa masih boleh berkuasa, selagi dia boleh membeli dan selagi ada orang yang boleh dibeli!

Namun demikian, bagaimana berkuasa, kaya, zalim dan korup sekalipun seseorang pemerintah itu, tempoh kekuasaannya akan berakhir juga. Firaun malah mengaku dirinya Tuhan dan merupakan orang yang paling berkuasa di zamannya, namun dia tetap ditenggelamkan dengan mudah oleh Allah SWT. Inilah yang selalu dilupai oleh orang yang berkuasa, dia lupa bahawa ada Dzat Yang Maha Kuasa yang sedang memerhatikannya dan boleh merentap kekuasaannya dalam sekelip mata!

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment