Seminar CSCK di Pulau Pinang

Seminar – 23 April 2016, Pulau Pinang - SEMINAR: ROADSHOW CELIK SYARIAH CINTA KHILAFAH di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Sempena Roadshow Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah (CSCK) yang diadakan diseluruh negara. Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Khilafah Centre telah mengadakan Seminar Roadshow pada hari Sabtu bersamaan 23 April 2016.


Seminar yang diadakan di Khilafah Centre Penang (KCP) ini dimulai dengan bacaan ayat suci al-Quran yang dipetik daripada surah An-Nisa ayat 26-34. Majlis menampilkan dua orang ahli panel yang didatangkan khusus dari negeri Perak. Pembentangan pertama telah mendedahkan serangan- serangan golongan feminis dan liberal ke atas wanita dan syariah. Panel pertama yang dikenal sebagai Ustazah Roshayati Johari iaitu merupakan Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Manjung , menegaskan bahawa golongan yang aktif mempromosikan idea feminisme di Malaysia adalah SIS (Sisters In Islam) . Tambahan beliau lagi, SIS yang kononnya ingin menuntut keadilan kepada wanita agar diberikan layanan yang setaraf dengan lelaki hakikatnya telah menyerang hukum-hukum Syariah Islam.


Seminar diteruskan dengan pembentangan panel kedua iaitu Puan Nor Nadzri yang merupakan pimpinan pusat Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia. Dalam penyampaiannya, beliau telah menjawab tuduhan-tuduhan keji yang dilemparkan oleh golongan feminis-liberal ke atas wanita dan Syariah sekaligus mengakhiri serangan terhadap Syariah. Beliau menyatakan bahawa wanita Islam sentiasa dimuliakan dalam sistem Islam, sehingga mereka merasa aman tinggal di dalamnya tanpa mempersoalkan hak-hak mereka. Peserta yang hadir begitu fokus dengan penyampaian yang diberikan, mereka teliti mendengar sambil mencatat input yang diperoleh. Banyak contoh -contoh muslimah yang berjaya dalam pelbagai bidang dikongsikan ketika Syariah Islam diterapkan dalam Daulah Islam. Sistem Islam iaitu sistem Khilafah diterangkan secara terperinci yang menunjukkan bagaimana sistem Khilafah menjamin hak hak wanita. Sebelum mengakhiri pembentangan, beliau mengajak peserta yang hadir sama-sama menyokong usaha murni Hizbut Tahrir untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan visi menegakkan Khilafah.

Seminar diwarnai dengan soalan kuiz dan sesi soal jawab. Antara persoalan yang dilontarkan adalah bagaimana Khilafah mengatasi golongan feminisme dan bagaimana mendidik anak untuk mentaati Syariat Islam. Majlis diakhiri dengan bacaan doa yang meruntun hati dengan harapan agar Allah mengembalikan kekuasaan kepada kaum muslimin agar dengannya Syariah Islam dapat diterapkan. Sebelum bersurai para peserta bergambar bersama dengan para panel sebagai kenangan. Alhamdulillah, sampai berjumpa lagi di seminar akan datang. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

=====================================
Sila kongsikan kepada saudara anda yang lain
=====================================

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, sila hantarkan mesej mengenai maklumat peribadi anda (nama, lokasi & nombor telefon) ke:

Facebook : mhtm1924
Twitter : muslimah_htm
Instagram: muslimah_htm
YouTube : Media MHTM
Email: media.mhtm@gmail.com

"Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah"
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment