Seminar Roadshow Celik Syariah Cinta Khilafah

17 April 2016, Sandakan : SEMINAR - ROADSHOW CELIK SYARIAH CINTA KHILAFAH di Sandakan, Sabah.


Alhamdulillah, Seminar Roadshow Celik Syariah Cinta Khilafah sekali lagi telah berjaya diadakan di Sandakan pula. Seminar yang diadakan di Dewan Styles Hotel ini mendatangkan dua orang ahli panel, iaitu Ustazah Ummu Huda (Aktivis MHTM) dan Ustazah Aisyah Rahmat (Ahli Lajnah Muballighah MHTM). Dalam seminar tersebut, Ustazah Ummu Huda menerangkan tentang sejarah kewujudan fahaman feminisme dan serangan-serangannya terhadap Syariah Islam. Dalam masa yang sama juga beliau turut menjelaskan realiti tentang kebatilan idea feminisme ini. Pada akhir pembentangan, beliau menegaskan bahawa hanya Islamlah satu-satunya ideologi yang dapat menyelamatkan wanita dari ketidakadilan dan kezaliman, dan hanya Syariah Islam Kaffah yang dapat membebaskan wanita daripada kesengsaraan dan kegelapan.






Manakala ahli panel kedua, Ustazah Aishah Rahmat pula menjelaskan penyelesaian bagi mengakhiri serangan-serangan feminisme tersebut. Beliau menyatakan bahawa satu-satunya cara untuk menentang fahaman femenisme ini adalah hanya dengan penerapan Syariah dalam konteks negara Khilafah. Beliau juga memberikan bukti tentang bagaimana syariah Islam dan negara khilafah telah mewujudkan kesajahteraan dan kemuliaan seorang wanita. Khilafahlah satu-satunya sistem yang akan menjauhkan wanita dari kemiskinan, eksploitasi, ketidakadilan dan lain-lain. Pada akhir pembentangan, beliau telah menjelaskan tentang peranan Hizbut Tahrir sebagai sebuah parti politik global yang sedang berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan semula kehidupan Islam kaffah dengan Syariah dan Khilafah. Hizbut Tahrir memiliki gambaran yang sangat jelas tentang khilafah dan memiliki konsep politik yang mampu menyelesaikan permasalahan umat Islam. Seterusnya beliau menyeru agar kaum muslimah turut bersama-sama dengan Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dan aktiviti politik Islamnya demi menegakkan Syariah Islam kaffah dengan khilafah.






Semoga para peserta yang hadir ke seminar ini mendapat pencerahan yang jelas terkait agenda ynag dibawa dalam Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah. Bagi muslimah yang tidak dapat hadir, teruskan menyokong dan menyertai aktiviti-aktiviti kempen ini di kawasan anda.

=====================================
Sila kongsikan kepada saudara anda yang lain
=====================================

Jika anda berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA, sila hantarkan mesej mengenai maklumat peribadi anda (nama, lokasi & nombor telefon) ke:

Facebook : mhtm1924
Twitter : muslimah_htm
Instagram: muslimah_htm
YouTube : Media MHTM
Email: media.mhtm@gmail.com

"Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah dengan Syariah dan Khilafah"
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment