Serukan Larangan Berhijab, PM Perancis Ciptakan 'Suasana Ketakutan'

PM Perancis Dikatakan Menimbulkan ‘Suasana Ketakutan’ Dengan Seruan Larangan Berhijab

Perdana Menteri Perancis, Manuel Valls telah mendapat kritikan daripada para Mahasiswa, senator dan anggota kerajaannya sendiri setelah menyatakan dalam sebuah wawancara bahawa pemakaian hijab mesti dilarang di universiti-universiti.

Para Mahasiswa di Universiti Paris 8 menuduh Valls sengaja berusaha untuk menimbulkan ketegangan anti-Muslim dan menggunakan perdebatan mengenai masalah hijab sebagai “tabir” bagi mengalihkan perhatian kerisauan masyarakat tentang pekerjaan, pendidikan dan ekonomi.

Valls membuat kenyataannya tentang hijab yang dilarang di sekolah-sekolah awam Perancis dalam sebuah wawancaranya dengan akhbar Liberation. Katanya, majoriti rakyat Perancis percaya bahawa Islam tidak bersesuaian dengan nilai-nilai sekular negara tersebut.

“Larangan ini mesti dilaksanakan,” kata Valls mengenai larangan berhijab di universiti.

Pada Mei 2015, Jawatankuasa Kebangsaan untuk Pendidikan dan Penyelidikan Universiti mengatakan bahawa, “Melarang Mahasiswa di universiti untuk berpakaian yang melambangkan tanda-tanda keyakinan agama adalah tidak memiliki asas dalam perundangan, dan mengungkapkan prinsip asas kebebasan universiti mengenai pengaruh politik, ekonomi atau negara.”

Bulan Disember yang lalu, Pusat Sekularisme – mempunyai hubungan langsung dengan Perdana Menteri dan sesiapa yang menyokong usaha pihak kerajaan untuk memastikan pemisahan antara gereja dan negara di Perancis- telah memutuskan bahawa tindakan meluluskan undang-undang larangan berhijab di universiti akan memberi ancaman kepada kemerdekaan/kebebasan mereka.

Organisasi tersebut juga mendedahkan bahawa, “Sebahagian besar respondan yang ditemuramah jelas menunjukkan tidak bersetuju jika undang-undang tersebut diluluskan, berdasarkan kepada prinsip universiti sebagai badan yang bebas serta fakta yang jelas bahawa akan terjadi percanggahan dengan nilai-nilai yang ada pada prinsip tersebut.”
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment