Wanita dalam Khilafah Adalah Begitu Berharga

Kapitalisme telah memaksa kaum wanita untuk bersaing dengan lelaki dan menilai wanita berdasarkan kemampuannya menghasilkan manfaat dan keuntungan. Bahkan peranan mereka sebagai ibu dan pengatur rumah tangga dianggap sebagai peranan yang remeh. Walhal disebalik kejayaan seseorang, pasti ada peranan ibu yang hebat. Oleh kerana itu, mengembalikan peranan utama wanita sebagai ibu dan pengatur rumah tangga sejatinya adalah mengembalikan kejayaan generasi.


Feminisme pada hari ini sering memaparkan kekeliruan tentang penglibatan wanita dalam kehidupan umum di mana kebanyakan wanita lebih mengutamakan untuk mengejar material duniawi dan pengiktirafan diri. Hal ini terkesan pada pengabaian peranan domestik wanita. Dalam perspektif Islam, peranan wanita dalam kehidupan umum adalah mencerdaskan dirinya dengan tsaqafah Islam dan ilmu pengetahuan, mendidik masyarakat dengan Islam, memperjuangkan tegaknya syariat Islam dan Khilafah, dan juga memuhasabah pemerintah. Hal inilah yang sepatutnya menjadi fokus wanita agar tidak jatuh dalam peranangkap liberalisme demokrasi.

Allah SWT ada berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya Aku tidak mengutusmu (Muhammad) kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam”. Ayat ini merupakan jaminan bahawa syariat Islam diturunkan oleh Dzat Yang Maha Mengetahui dan pasti akan menyejahterakan.Sejarah pun mencatat bahawa syariat Islam pernah diterapkan dan mampu betul-betul menyejahterakan masyarakat.

Begitu juga Islam mengatur wanita sesuai dengan kemampuan yang dimilikinya sebagai modal utama dalam mencetak generasi cemerlang untuk menegakkan syariat Islam dalam naungan Daulah Khilafah Islamiyah. Demikianlah kaum wanita menjadi aset yang sangat berharga dalam Islam. Justeru sangat penting agar kaum wanita kembali kepada Islam. Bersama menegakkan Khilafah Islam yang akan memberikan kemuliaan kepada wanita, dengan memberikan hak dan kewajibannya sesuai dengan syariat islam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment