Amrah binti Abdurrahman, Ulama Wanita Cerdas Murid Aisyah

Tidak ramai ulama ahli hadis daripada kalangan wanita. Salah seorang yang paling menonjol dari segi aspek keilmuan iaitu di bidang hadis adalah Amrah binti Abdurrahman.

Nama lengkapnya ialah Amrah binti Abdurrahman bin S'ad bin Zurarah bin 'Udus al-Ansariyyah al-Najjariyyah. Selain sebagai ahli hadis, Amrah juga adalah seorang ahli fikih. Amrah adalah salah seorang generasi tabiin wanita yang paling cemerlang.

Beliau dianggap sebagai generasi penerus gurunya, Aisyah RA dalam menyampaikan hadis-hadis Rasulullah SAW. Para ulama hadis menyebut ada tiga perawi yang paling utama yang mengambil hadis daripada jalur Aisyah RA.

Dua orang daripadanya adalah lelaki iaitu al-Qasim bin Muhammad dan Urwah bin al-Zubair, sementara seorang lagi adalah wanita iaitu Amrah binti Abdurrahman. Kecerdasannya hampir sebanding seperti gurunya, Aisyah RA. Setiap hari beliau selalu menggunakan masanya untuk belajar secara langsung di kediaman Ummahatul Mukminin itu.

Kemampuannya sebagai perawi dan ulama hadis sudah tidak diragui lagi. Maka ramai di kalangan murid-muridnya yang mengambil jalur periwayatan hadis daripada Amrah yang kebanyakannya hadis-hadis daripada Aisyah RA.

Selain Aisyah, Amrah juga meriwayatkan hadis daripada Ummi Salamah, Rafi' bin Khadij, saudara sebelah ibunya, Ummu Hisham binti Harithah bin Nu'man, Habibah binti Sahl dan Ummu Habibah Hamnah bin Jahsh.

Anaknya, Abu Rijal Muhammadin bin Abdurrahman juga berkembang menjadi ulama hadis generasi berikutnya. Dia banyak mengambil hadis daripada ibunya. Selain itu cucu Amrah, Harithah dan Malik dan anak saudaranya, al-Qadi Abu Bakr bin Hazm juga mengambil hadis daripada Amrah.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment