Bahaya Feminisme dan Liberalisme

Setelah Perang Dunia II, penjajahan tidak lagi secara fizikal , tetapi melalui pemikiran, iaitu menyebarkan idea sekularisme dan liberalisme. Idea ini melandasi seluruh aspek kehidupan. Untuk mengukuhkan penjajahannya maka idea tersebut dijadikan Konvensyen Antarabangsa. Melalui PBB, Konvensyen tersebut berhasil mengikat negara-negara anggota PBB. Konvensyen yang dimaksudkan antara lain adalah Konvensyen PBB yang berkaitan dengan hak asasi manusia dan tentang perempuan yang bertujuan memajukan perempuan; Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Perempuan (CEDAW); Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (1948); Perjanjian Antarabangsa tentang hak-hak sivil dan politik (1966); Persidangan Antarabangsa Populasi dan Pembangunan (International Conference Population and Development – ICPD) di Cairo tahun 1994 dan Persidangan PBB tentang perempuan; Konvensyen PBB tentang hak-hak politik perempuan yang telah diratifikasi dengan Undang-Undang no. 68 tahun 1958 dan Undang-Undang no. 39 tahun 1999 tentang Hak Asasi Manusia dengan bab khusus tentang hak-hak golongan perempuan.


Selama puluhan tahun terakhir PBB telah banyak menyelenggarakan Persidangan untuk kemajuan wanita (baca: kebebasan wanita dari hukum Islam), bermula dari yang pertama di bandar Mexico pada tahun 1975 hingga yang keempat tahun 1995.

Persidangan PBB keempat kalinya tentang perempuan 1995 di Beijing sangat besar pengaruhnya terhadap derasnya arus liberalisasi melalui idea feminisme. Pelaksanaan hasil Persidangan tersebut dilaksanakan oleh para feminis, baik melalui badan pemerintah (semisal Kumpulan Pengarusutamaan Gender DEPAG, Jabatan Pemberdayaan Perempuan) mahupun melalui organisasi-organisasi bukan kerajaan (NGO).

Misalnya di Indonesia CLDKHI merupakan hasil pelaksanaan Konvensyen tersebut oleh Kumpulan Pengarusutamaan Gender yang diketuai Musdah Mulia. Dalam menentukan isi CLDKHI (Menangkis Draf Kompilasi Undang-Undang Islam), mereka merujuk pada “kitab suci”-nya, iaitu Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Perempuan (CEDAW); Deklarasi Universal hak asasi manusia (1948) serta Perjanjian Antarabangsa tentang hak-hak sivil dan politik (1966).

Pemerintah mesti melaksanakan norma-norma dan instrumen-instrumen Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang terkait dengan kekerasan dan perlakuan diskriminasi terhadap perempuan. Pemerintah juga mesti melaksanakan CEDAW. Pemerintah Indonesia telah meratifikasi isi CEDAW (Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Againts Women) ini dengan dikeluarkannya Undang-Undang no. 7 tahun 1984. Disebabkan itu, Pemerintah telah mengesahkan undang-undang no 23 Tahun 2004 tentang PKDRT (Penghapusan Keganasan Dalam Rumah Tangga), Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak dan usaha melegalisasi pengguguran melalui pindaan Undang-Undang Kesihatan.

Sosialisasi idea Gender Eguality atau Keadilan dan Kesetaraan Gender sangat berleluasa baik melalui swasta semisal, organisasi masyarakat, Lembaga Pendidikan mahupun Pemerintah. Bidang garapan yang dipengaruhinya bermula dari dasar sehinggalah kepada hal-hal yang teknikal. Wilayah kerjanya juga bermula dari peringkat nasional sehingga ke perkampungan, bahkan rukun tetangga dan institusi paling kecil, iaitu keluarga.

Idea ini dimasukkan dalam 12 bidang kritikal yang ada, iaitu:perempuan dan kemiskinan; pendidikan dan latihan bagi perempuan; perempuan dan kesihatan; kekerasan terhadap perempuan; perempuan dan konflik bersenjata; perempuan dan ekonomi; perempuan dalam pengambilan kekuasaan; mekanisme institusi untuk kemajuan perempuan; hak asasi perempuan; perempuan dan media; perempuan dan persekitaran serta kanak-kanak perempuan.

Sosialisasi feminisme juga berlaku melalui lembaga pendidikan dan media, baik melalui lembaga pendidikan formal (misal: masuk salah satu mata pelajaran sampai pada kurikulum berasaskan gender) mahupun melalui pendidikan non-formal (misal: seminar-seminar, diskusi dan training). Media cetak juga tak ketinggalan misalnya jurnal, majalah dan buku; juga media elektronik seperti, internet, televisyen dan radio.

Serangan Terhadap Islam

Agar idea Keadilan dan Kesetaraan Gender (KKG) diadopsi masyarakat, maka idea ini dibungkus dengan ilmu pengetahuan dan kemanusiaan. Dalam penyajiannya mereka ’melogikkan’ liberalisasi hukum Islam. Inilah racun-racun yang mereka sebar dan dibungkus dengan madu untuk menyerang Islam.

Dalam laporan tentang pelaksanaan Konvensyen, para feminis menyebutkan bahawa kekerasan dan adanya diskriminasi terhadap perempuan merupakan Hak Asasi Manusia yang merupakan baton untuk mencapai keadilan dan kesetaraan gender. Mereka menggambarkan bahawa kekerasan terhadap perempuan adalah manifestasi dari hubungan kekuasaan antara lelaki dan perempuan yang tidak seimbang sepanjang sejarah sehingga menyebabkan dominasi dan diskriminasi terhadap perempuan serta menghalangi kemajuan perempuan.

Dalam mencari penyebab timbulnya kekerasan dan diskriminasi terhadap perempuan, mereka melihat adanya pola-pola budaya; khususnya efek yang merugikan dari amalan-amalan tradisionil atau adat serta semua tindakan ekstrimis yang berkaitan dengan ras, jenis kelamin, bahasa atau agama yang telah mengabadikan kedudukan perempuan lebih rendah dalam keluarga, kelompok kerja dan masyarakat (kepemimpinan ada pada pihak lelaki).

Mereka mengemukakan fakta kepemimpinan dalam masyarakat yang menerapkan ajaran Islam ada pada pihak lelaki. Dari sinilah mereka mula menggugat hukum Islam dan berusaha mengubahnya dengan dalih ketidaksetaraan gender. Menurut mereka, mesti ada penyusunan dan interpretasi semula hukum-hukum Islam yang dinilai sebagai ketidakadilan gender.

Inilah logik yang dibangun kaum feminis. Kerananya, mereka memposisikan Islam sebagai Hak Asasi Manusia bagi tercapainya Keadilan dan Kesetaraan Gender. Mereka menyimpulkan bahawa Islam menghambat kemajuan wanita. Kerana itulah mereka berusaha mengubah hukum Islam. Mereka juga menanamkan keraguan kepada umat Islam terhadap kebenaran ajarannya, khususnya dengan mempersoalkan keadilan Islam dalam memperlakukan perempuan. Mereka mengatakan, hukum-hukum agama (Islam) telah memasung kebebasan perempuan, membuat perempuan tidak maju kerana hanya beraktiviti pada sektor domestik (rumah tangga). Disebabkan kedudukan yang lebih rendah inilah perempuan rentan mengalami kekerasan. Dari sudut pandang inilah mereka membahas bagaimana upasa menyelesaikan masalah kekerasan dan diskriminasi terhadap perempuan.

Bermula dari landasan ideologi liberalis, kaum feminis mengusung idea semangat pembebasan perempuan dan kesetaraannya dengan lelaki (idea keadilan dan kesetaraan gender). Agenda gerakan feminisme ini hakikatnya adalah agenda liberalisasi hukum Islam. Agenda yang sama juga diusung kaum liberal. Di dalam bukunya, Fakta dan Data Yahudi di Indonesia, Ridwan Saidi menulis bahawa Lutfi asy-Syaukani memperkenalkan empat agenda JIL (Jaringan Islam Liberal), salah satunya adalah emansipasi (feminisme). Ertinya, salah satu upaya liberalisasi di Dunia Islam adalah melalui gerakan feminis ini

Bahaya bagi Perempuan dan Umat

Nyatalah bahawa propaganda liberalisme dan feminisme tidak lebih merupakan alat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam dan umatnya. Feminisme mengajak kaum Muslim beramai-ramai meninggalkan aturan agama yang dianggap sebagai penghalang kemandirian dan kebebasan perempuan.

Idea ini hanya akan membawa kerosakan pada tatanan individu, keluarga dan masyarakat yang telah mapan dengan nilai-nilai Islam. Idea ini hanya akan menularkan kerosakan masyarakat Barat yang kapitalis dan sekular.

Khatimah

Demikianlah para feminis mempropa-gandakan idea -idea sesatnya secara berleluasa. Mereka berupaya menyeret sedikit demi sedikit kaum Muslimah untuk meninggalkan kewajiban utamanya sebagai ummu wa rabah al-bayt (sebagai ibu dan pengatur rumah tangga), lalu menjadi feminis sejati yang betul-betul membebaskan diri dari hukum Islam dengan sukarela.

Oleh kerana itu, marilah kita bersatu berjuang melawan idea liberal dan idea gender equality serta menjelaskan konspirasi di sebalik idea -idea ersebut di bawah payung PBB, yang bersifat Antarabangsa . Namun, kita tidak akan boleh menghapus idea feminisme mahupun liberalisme sampai ke akar-akarnya, kecuali kita memiliki kepemimpinan politik secara Antarabangsa , iaitu Khilafah ’ala Minhaj an-Nubuwah.

Wallâhu a’lam bi ash-shawâb.

Oleh: Rahma Qomariyah, S.Pd; DPP Hizbut Tahrir Indonesia

Sumber: Majalah al-Waie (Nisa)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment