Cara Mendirikan Daulah Khilafah

Sesungguhnya kekuatan fikrah (pemikiran) Islam yang bersatu dengan thariqahnya (method) cukup untuk mendirikan Daulah Islam dan mewujudkan kehidupan yang Islami. Jika pemikiran ini telah meresap ke dalam hati, menusuk ke dalam jiwa, dan menyatu di dalam tubuh kaum Muslim, maka Islam akan dilaksanakan dalam kehidupan.

Kaedah satu-satunya untuk mendirikan Daulah Islam hanya dengan mengemban dakwah Islam dan melakukan usaha untuk meneruskan kehidupan yang Islami. Hal itu menuntut adanya usaha menjadikan negeri-negeri Islam menjadi satu penyatuan, kerana kaum Muslim adalah umat yang satu, yang disatukan oleh akidah yang satu, yang mengeluarkan peraturan-peraturan Islam. Kerana itu, seluruh negeri-negeri Islam perlu dijadikan sebagai negeri yang satu dan dakwah harus dipikul di seluruh negeri tersebut sehingga berpengaruh di tengah masyarakatnya.

Jika anda meletakkan api di bawah periuk itu sehingga boleh memanaskan air ke tahap mendidih, kemudian air yang menggelegak ini berubah menjadi wap yang akhirnya melahirkan gerakan yang menggalakkan sehingga mendorong periuk tertutup untuk terbuka. Demikian pula halnya dengan masyarakat, jika di tengah mereka diletakkan mabda’ Islam maka bahang daripada mabda' tersebut akan menghasilkan pergolakan, kemudian berubah menjadi wap, lalu bahang tersebut akan berubah menjadi sesuatu yang mampu mendorong masyarakat untuk bergerak dan melakukannya. Sebab itu, dakwah perlu disebarluaskan ke seluruh Dunia Islam untuk digunakan dalam usaha meneruskan kehidupan Islam.

Hanya sahaja, tujuan menyebarkan dakwah itu adalah untuk "membakar" masyarakat sehingga akan mengubah rasa beku yang ada, menjadi panas yang membara. Tidak mungkin mengubah tenaga haba menjadi gerakan, kecuali jika dakwah yang bersifat pelaksanaan dalam bentuk politik tertumpu pada aktiviti-aktiviti nyata yang dilakukan di satu wilayah atau beberapa wilayah yang menjadi pusat bermulanya aktiviti dakwah. Kemudian dakwah bertolak ke seluruh bahagian Dunia Islam lain dan selepas itu satu wilayah atau beberapa wilayah dijadikan central point (titik pusat), tempat yang di dalamnya boleh didirikan Daulah Islam. Daripada titik itulah terjadi perkembangan dalam pembentukan Daulah Islam yang besar, yang akan mengemban risalah Islam ke seluruh dunia seperti yang pernah Rasul SAW lakukan, iaitu baginda menyampaikan dakwahnya kepada seluruh umat manusia.

Langkah-langkah dakwah Nabi SAW sangat praktikal. Beliau mengajak penduduk Mekah dan seluruh bangsa Arab pada musim haji, dakwahnya kemudian tersebar ke seluruh penjuru Jazirah; seakan-akan baginda mencipta bara di bawah masyarakat Jazirah Arab, yang mampu membangkitkan panas di seluruh bangsa Arab.

Demikianlah gambaran dakwah yang sampai ke seluruh Arab dengan terjadinya geseran antara Rasul SAW dan kaum Quraisy sedemikian rupa dengan pertentangan yang sangat keras sehingga gemanya memenuhi pendengaran bangsa Arab. Ledakan pertentangan itu membangkitkan mereka untuk mengkaji dan bertanya. Hanya sahaja, walaupun dakwah disebarluaskan ke seluruh Arab, pusat dakwah sendiri masih terhad di Mekah. Kemudian Nabi SAW melebarkan sayap dakwahnya ke Madinah sehingga terbentuk Daulah Islam di Hijaz. Ketika itu api dakwah dan kemenangan Rasul SAW berjaya memanaskan bangsa Arab dan memunculkan gerakan (perluasan). Lalu berimanlah seluruhnya hingga Daulah Islam merangkumi seluruh wilayah Jazirah Arab dan ke seluruh alam.

Oleh kerana itu, wajib bagi kita menjadi pengemban dakwah Islam dan berjuang untuk meneruskan kehidupan Islam sebagai thariqah untuk mendirikan Daulah Islam. Kita juga perlu menggabungkan seluruh negeri-negeri Islam menjadi satu negara yang mempunyai matlamat dakwah. Hanya sahaja, kita wajib menghadkan kawasan tumpuan aktiviti dengan satu atau beberapa kawasan sebagai tempat bagi kita untuk membina masyarakat dengan Islam. Dengan begitu, Islam betul-betul hidup dalam diri mereka dan mereka hidup dengan dan demi Islam. Di wilayah itu pula kita membentuk kesedaran umum atas dasar Islam dan pendapat umum untuk Islam.

Pada masa itu dakwah telah berjalan, daripada tahap pemikiran yang sudah terbentuk dalam benak menuju kewujudannya di tengah-tengah masyarakat, daripada gerakan yang bersifat tempatan menuju sebuah negara. Apabila pusingan-pusingan pergerakan ini telah dicapai, lantas beralih daripada titik awal ke titik tolak dan akhirnya menuju titik pusat, tempat tertumpunya unsur-unsur negara mahupun kekuatan dakwah dalam sebuah negara yang sempurna. Pada masa itu pula, tahap praktikal dakwah yang diwajibkan syariah pada negara tersebut dan kaum Muslim yang hidup di dalam wilayah-wilayah yang belum tercakup oleh kuasa negara itu mula dilaksanakan.

Bagaimanapun kewajipan negara adalah menjalankan pemerintahan sesuai dengan peraturan yang telah Allah turunkan secara menyeluruh. Kemudian negara menyatukan wilayah-wilayah lain atau menyatukan Daulah Islam dengan wilayah-wilayah baru sebagai sebahagian daripada politik luar negeri Daulah Islam. Setelah itu, negara menetapkan penyebaran dakwah dan pelbagai tuntutan untuk meneruskan kehidupan yang Islami di seluruh wilayah Islam, terutama wilayah-wilayah yang berjiran dengannya. Kemudian negara akan menghapuskan undang-undang busuk yang telah ditetapkan oleh penjajah antara wilayah-wilayah tersebut dan menjadikan para penguasa negeri-negeri yang tunduk kepadanya sebagai penjaga batas-batas politik tersebut.

Oleh kerana itu, wajib bagi negara tersebut untuk membatalkan batas-batas itu, walaupun wilayah yang berjiran dengannya belum membatalkannya dan dengan demikian dapat dihentikan semua pelintas-batas menyalahi undang-undang, cukai sempadan (kastam) dan membuka pintu-pintunya untuk penduduk wilayah yang Islam. Dengan demikian, seluruh masyarakat yang tinggal di wilayah-wilayah Islam merasakan bahawa negara ini adalah Daulah Islam dan mereka menyaksikan secara langsung penerapan dan pelaksanaan Islam.

Bagaimanapun kewajipan kaum Muslim adalah berusaha keras untuk menjadikan negeri mereka yang tidak menerapkan Islam dan dianggap sebagai negara kufur menjadi sebahagian Daulah Islam. Hal tersebut dilakukan dengan cara penyatuan wilayah tersebut ke dalam Daulah Islam melalui dakwah Islam. Sehingga sampai giliran negara itu mempunyai kewibawaan dan kedudukan yang membolehkannya untuk mengemban dakwah dan menyelamatkan dunia daripada kejahatan. [Gus Uwik]

Nota kaki:
Pelintas-batas adalah penduduk yang tinggal dalam wilayah perbatasan negara serta memiliki kad pengenalan yang dikeluarkan oleh jabatan yang berkuasa dan melakukan perjalanan lintas batas di daerah perbatasan melalui Pos Pengawas Lintas Batas.

Sumber : http://hizbut-tahrir.or.id/2008/03/20/cara-mendirikan-daulah-islam/

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment