Keunggulan Sistem Sosial Islam

Oleh: Noor Afeefa (Anggota Lajnah Tsaqofiyah MHTI)

Sistem Sosial Islam (An-Nizham al-Ijtima’i fi al-Islam) adalah sebahagian daripada sistem Islam secara keseluruhannya. Sistem ini datangnya dari Allah SWT yang menciptakan wanita. Oleh itu kita dapat dipastikan sistem sosial Islam akan memuliakan manusia, termasuk wanita. Ini kerana peraturan Allah mustahil menghinakan ciptaan-Nya. Islam memang diturunkan untuk memberi kebaikan bagi manusia (Lihat: TMQ al-Anbiya’ [29] : 107).

Landasan dan Prinsip

Sistem sosial Islam tegak berdasarkan keimanan kepada Allah SWT (akidah Islam). Konsekuesi iman (akidah) memerlukan penyerahan pengaturan kehidupan sosial manusia kepada Allah SWT semata-mata. Sikap pasrah terhadap peraturan Allah ini juga penting supaya manusia boleh mengetepikan hawa nafsu dan penilaian berdasarkan pemikiran manusia. Inilah keunikan sistem sosial Islam yang tidak dimiliki oleh sistem buatan manusia (sekular kapitalis).

Sistem sosial Islam mengatur hubungan lelaki dan wanita supaya mereka dapat menjalani kehidupan dengan harmoni dan mencapai tujuan-tujuan bermasyarakat. Sistem sosial Islam ditegakkan berdasarkan beberapa prinsip. Pertama: Islam memandang manusia sebagai makhluk Allah SWT yang memiliki potensi kehidupan tertentu. Sistem sosial Islam tidak mengekang keperluan fizikal mahupun naluri manusia. Walau bagaimanapun, sistem ini mengatur bagaimana memenuhi keperluan dan naluri tersebut supaya tidak merosakkan jamaah (masyarakat) malah membawa kemuliaan kepada masyarakat. Sebagai contoh, mensyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya pintu kepada hubungan lawan jenis yang bersifat khusus, dan sebagainya.

Islam juga memandang bahawa lelaki dan wanita diciptakan secara berpasangan dan untuk melengkapi antara satu sama lain (Lihat: TMQ adz Dzariyaat [51]: 49). Dengan prinsip ini, salah satu daripada mereka tidak boleh diukur lebih utama atau tidak. Kerana, yang paling utama adalah yang paling bertakwa dari keduanya, iaitu sejauh mana kepatuhannya kepada segala peraturan Allah SWT (TMQ al-Hujurat [49]: 13). Prinsip ini menunjukkan adanya keadilan bagi lelaki dan wanita.

Prinsip lain ialah apabila Allah SWT menciptakan bentuk dan fisiologi tubuh yang berbeza antara lelaki dan wanita, maka mereka akan mendapat tugas dan peranan dalam kehidupan yang berbeza pula. Pasti menjadi ketidakadilan jika mereka dibebani dengan tugas yang sama. Sebagai contoh, Islam membebankan kewajipan untuk memberi nafkah untuk lelaki dan tidak bagi wanita. Sebaliknya, Islam membebankan kewajipan mengasuh anak kepada wanita dan tidak kepada lelaki. Inilah prinsip yang paling memanusiakan manusia. Hubungan antara jenis manusia pun mesti dibina berdasarkan prinsip ini.

Sistem sosial Islam mengatur kedua-dua jenis manusia dengan kadarnya masing-masing dan dengan mengambil kira bagaimana sebuah masyarakat perlu berjalan secara dalam suasana harmoni, sementara kedua-dua jenis manusia ini telah Allah hadirkan dalam masyarakat. Oleh itu ketika Islam mengatur hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita, peraturan itu tidak boleh dipandang hanya dari sisi wanita, namun juga perlu memberi perhatian kepada aspek lain yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat. Memandang hukum/peraturan hanya pada sisi jenis kelamin saja boleh melahirkan pandangan keliru, seperti kesan mengutamakan salah satu jenis, sedangkan pada hakikatnya tidak. Dengan prinsip ini, Islam tidak pernah merendahkan wanita walaupun wanita diberi tugas atau beban tertentu yang berbeza dengan lelaki. Di sebalik beban tertentu tersebut sebenarnya wanita memiliki peranan yang sangat menentukan berjalannya roda kehidupan masyarakat.

Wanita Mulia, Masyarakat Terjaga

Sistem Sosial Islam adalah sangat terperinci mengatur hubungan antara lelaki dan wanita dalam kehidupan khusus atau umum. Dengan sistem ini, wanita mempunyai kedudukan mulia, sebagaimana Allah juga memuliakan lelaki. Kedudukan mulia tersebut tampak antara lain dari beberapa ketentuan berikut:

Pertama, Islam membebankan tugas utama kepada wanita sebagai ibu dan pengurus rumah tangga. Rasulullah saw. bersabda, “Wanita adalah pengurus rumah suaminya dan anak-anaknya serta bertanggung jawab atas kepemimpinannya" [HR Bukhari-Muslim].

Tugas ini tidak boleh dipandang sebelah mata sebagai tugas domestik rendahan. Sebab, tugas ini adalah sangat penting bahkan menentukan corak masyarakat. Keluhuran sebuah masyarakat ditentukan oleh generasi dan kehidupan keluarga. Wanita mempunyai tugas yang amat strategik ini. Begitulah Islam memuliakan wanita dengan tugas utamanya.

Kedua, dalam rumah tangga, wanita berhak memperoleh nafkah dari suaminya. Rasulullah saw. bersabda, “Bagi mereka (wanita) wajib atas kalian (suami) memberi mereka makan dan pakaian dengan cara yang makruf.”

Ketiga, wanita juga berhak memperoleh kehidupan tenteram dari suaminya (TMQ ar-Rum [31]: 21).

Keempat, Islam menjadikan hak hadanah (pengasuhan anak kecil) berada di tangan wanita ketika dia berpisah dari suaminya, kerana perceraian atau kematian. Dalam keadaan demikian, suami ataupun keluarga suami wajib memberi nafkah kepadanya (Lihat: TMQ al Baqarah [2]: 233).

Kelima, Islam memberikan keringanan kepada wanita untuk tidak menunaikan solat dan puasa pada bulan Ramadhan semasa haid atau nifas. Perkara ini pun tidak boleh dianggap bahawa wanita direndahkan kedudukannya kerana kurangnya hari-hari untuk beribadah. Namun, Allah SWT Maha Tahu keadaan yang berlaku pada makhluk-Nya sehingga dia dilarang beribadah pada masa-masa tertentu. Semua itu adalah kebaikan kerana berasal dari ketentuan-Nya (Lihat: TMQ al-A’raf [7]: 157).

Keenam, Islam menetapkan adanya dua kehidupan: kehidupan khusus di dalam rumah dan kehidupan umum di luar rumah. Dalam kehidupan umum Islam menetapkan pakaian khusus bagi wanita untuk menutupi tubuhnya selain muka dan tapak tangan. Semua itu untuk melindungi wanita dari kejahatan orang-orang yang hendak melanggar kehormatan wanita.

Ketujuh, Islam menjadikan wanita sebagai kehormatan yang wajib dijaga dengan set aturan, seperti melarang wanita bepergian sehari semalam kecuali bersama mahramnya, melarang khalwat, melarang tabarruj (menunjukkan perhiasan dan kecantikan kepada lelaki bukan mahramnya (TMQ an-Nur [24]:60), melarang ikhtilath (bercampur baur) dengan lelaki bukan mahramnya dan mewajibkan infishal (perpisahan jamaah lelaki dan wanita). Semua hukum tersebut akan menjaga wanita dari munculnya pandangan jinsiyyah (hasrat seksual) yang menjadi sumber kerosakan dalam masyarakat.

Kelapan, Islam meletakkan wanita pada kedudukan yang sesuai ketika memberikan kedudukan yang khusus bagi wanita dan membolehkan bekerjasama dengan lelaki dalam perkara lain, seperti untuk mengembangkan hartanya, terlibat dalam urusan pendidikan, kesihatan, peradilan, dan aktiviti politik tertentu. Ini kerana Allah—yang menciptakan wanita—lebih mengetahui apa yang sesuai dengan fitrah pembentukannya. Allah juga yang akan meminta pertanggungjawaban kepada wanita sesuai dengan apa yang Dia telah bebankan kepada wanita (TMQ Ali Imran [3]: 195).

Demikianlah, sistem sosial Islam akan melindungi wanita. Semua ketentuan tersebut juga akan membuat interaksi lelaki dengan wanita sebagai kerjasama yang efektif. Sebab, baik lelaki atau wanita memainkan peranannya sesuai mengikut keupayaannya. Mereka pun diatur dengan pelbagai peraturan yang dapat menghalang interaksi yang tidak baik dan memudaratkan manusia.

Ketika terbentuk kerjasama yang efektif antara lelaki dan wanita, maka struktur keluarga pun akan menjadi kuat. Peranan domestik dan awam dijalankan oleh semua pihak dengan baik juga. Masyarakat yang sihat dan berakhlak pun dengan sendirinya terwujud.

Wanita bukan hanya mendapatkan hak-haknya, kehormatannya pun terjaga. Dia tidak tertindas meski diberikan peranan berbeda dengan lelaki di masyarakat dan keluarga. Anak-anak juga akan mendapatkan hak-haknya. Tidak ada yang menelantarkan mereka, sama ada dalam pengasuhan, pendidikan mahupun nafkah.

Masyarakat secara umum malah akan memperoleh keuntungan dan keluhurannya. Kerosakan moral dapat diminimumkan. Keinginan seksual tidak dibiarkan muncul dan mencari pemenuhan tanpa kawalan. Ini tentu berbeza daripada keadaan masyarakat kapitalis yang penuh dengan ancaman terhadap wanita.

Dengan demikian, tampaklah keunggulan sistem sosial dalam Islam. Oleh kerana itu, tidak ada cara untuk mengembalikan kemuliaan wanita kecuali dengan menghadirkan semula sistem sosial Islam itu di tengah-tengah umat Islam. Sudah tentu, usaha mewujudkan sistem sosial Islam tersebut tidak dapat dipisahkan dari tegaknya sistem Khilafah Islam yang menjadi naungannya. Kerana itu seluruh umat islam wajib berjuang menegakkan Khilafah Islam. Melalui sistem sosialnya wanita mulia, keluhuran masyarakat pun terjaga. Rahmat Allah SWT pun pasti menaungi di tengah-tengah kehidupan fana ini. Tidakkah kita merindukannya? Masanya untuk bangkit, bergerak dan mencapai kemuliaan!
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment