Kewajipan Mengangkat Khalifah

مَنْ خَلَعَ يَدًا مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لاَ حُجَّةَ لَهُ وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ فِي عُنُقِهِ بَيْعَةٌ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Sesiapa saja yang melepaskan tangan daripada ketaatan, nescaya ia akan menemui Allah kelak pada Hari Kiamat tanpa memiliki hujah, dan siapa saja yang mati, sementara tidak ada bai’at di bahunya, maka ia mati seperti kematian jahiliah” [HR Muslim].

Sanad Hadis

Sanad hadis adalah rangkaian para perawi, iaitu orang-orang yang meriwayatkan hadis, yang dijadikan sandaran oleh orang yang membukukan hadis atau orang yang mengeluarkan hadis (mukharrij).

Hadis ini dan yang semakna dengannya diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada empat sanad yang semuanya berakhir pada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab. Masing-masing sanad tersebut adalah:

Sanad pertama: Daripada Ubaidullah bin Muadz al-‘Anbari, daripada Muadz al-‘Anbari, daripada ‘Ashim iaitu Ibn Muhamamd bin Zaid, daripada Zaid bin Muhammad, daripada Nafi’, daripada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab.

Sanad kedua: Daripada Ibn Numair, daripada Yahya bin Abdullah bin Bukair, daripada Laits, daripada Ubaidullah bin Abi Ja’far, daripada Bukair bin Abdullah bin al-Asyaj, daripada Nafi’, dari Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab.


Hadis dalam makna hadis itu, juga diriwayatkan Imam Muslim melalui dua sanad, iaitu:

Sanad pertama: Daripada Umar bin Ali, daripada Ibn Mahdi, daripada Hisyam bin Saad, daripada Zaid bin Aslam, daripada Aslam, daripada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab.

Sanad kedua: Daripada Muhammad bin Umar bin Jabalah, daripada Bisyir bin Umar, daripada Hisyam bin Saad, daripada Zaid bin Aslam, daripada Aslam, daripada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab.

Adapun al-Baihaqi mengeluarkan hadis riwayat Ibn Umar tersebut dengan sanad: daripada Syaiban bin Furwakh daripada Abu al-Husain bin Bisyran di Baghdad, daripada Abu Ja’far Muhammad bin Amru ar-Razaz, daripada Isa bin Abdillah ath-Thuyalisi, daripada Muhammad bin Sabiq, daripada Ashim bin Muhammad bin Zaid, daripada Nafi‘ dan daripada Salim; keduanya daripada Abdullah bin ‘Umar bin al-Khaththab.

Imam ath-Thabrani meriwayatkannya daripada Husain bin Ishaq at-Tastari, daripada Yahya al-Hamani, daripada Abu Bakr bin Iyasy, daripada Ashim daripada Abi Shalih, daripada Muawiyah.

Hadis Muawiyah dengan lafaz berbeza namun saling menjelaskan dengan hadis tersebut diriwayatkan ath-Thabrani daripada Muhammad bin Abdullah al-Hadhrami, daripada Abbas bin al-Husain al-Qunthuri, daripada Aswad bin Amir, daripada Abu Bakar bin Iyash, daripada al-A’masy, daripada Abi Shalih, daripada Muawiyah. 

Abbas terkenal dikalangan ramai ulama hadis. Dia seorang yang tsiqah (terpercaya), termasuk salah seorang rawi dalam Shahîh al-Bukhâri.

Imam Ahmad meriwayatkan hadis dari Muawiyah ini dengan sanad: daripada Aswad bin Amir, daripada Abu Bakar, daripad Ashim, daripada Abi Shalih, daripada Muawiyah.

Faedah

Pertama: Berita dalam hadis ini mengandungi thalab (tuntutan). Adanya lafaz laqiyallâh yawm al-qiyâmah lâ hujjat[an] lahu (dia akan menjumpai Allah pada Hari Kiamat dalam keadaan tidak memiliki hujah) merupakan qarînah (indikasi) yang tegas, yang menunjukkan bahawa melepaskan tangan daripada ketaatan kepada Imam/Khalifah merupakan kemaksiatan/keharaman. Kemaksiatan ini terkait jika ada Imam (Khalifah).

Kedua: Lafaz selanjutnya: man mâta wa laysa fî ‘unuqihi bay’ah mâta mîtat[an] jâhiliyyat[an] (siapa saja yang mati, sedangkan tidak ada bai’at dibahunya, maka matinya seperti mati jahiliah) berkaitan dengan keadaan tidak ada Imam/Khalifah. Dua riwayat Muawiyah di atas saling menjelaskan. Lafaz laysa fî ‘unuqihi bay’ah (tidak ada baiat dibahunya) boleh diertikan laysa ‘alayhi imâm (tidak ada Imam/Khalifah atasnya).

Ketiga: Lafaz man mâta wa laysa fî ‘unuqihi bay’ah mâta mîtat[an] jâhiliyyat[an] juga bermakna thalab (tuntutan). Lafaz mâta mîtat[an] jâhiliyyat[an] merupakan qarînah (indikasi) yang tegas, yang menyatakan wajibnya ada bai’at dibahu setiap Muslim. Bai’at sendiri hanya diberikan kepada Khalifah (Imam), tidak kepada yang lain. Jadi, yang diwajibkan adalah adanya bai’at kepada Khalifah dibahu setiap Muslim, bukan agar setiap Muslim membai’at Khalifah secara langsung. Dengan kata lain, yang wajib adalah adanya Imam/Khalifah yang dibai’at oleh kaum Muslim. Dengan adanya Khalifah itu akan terealisasi adanya bai’at dibahu setiap Muslim.

Dengan demikian, hadis ini merupakan dalil tentang wajibnya kaum Muslim mengangkat Khalifah/Imam, dibahu setiap Muslim. Sebab, yang dicela Rasul SAW. adalah kosongnya bahu seorang Muslim daripada bai’at kepada Imam/Khalifah sampai ia meninggal.

Kerana sampai saat ini kewajipan membai’at atau mengangkat Imam/Khalifah ini belum terealisasi, maka kewajipan ini tetap menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim sampai Imamah/Khilafah terwujud. Sudahkah kita berupaya melaksanakan kewajipan agung ini?

Wallâh a‘lam bi ash-shawâb.

Oleh: Yahya Abdurrahman

Rujukan:

[1] Shahîh Muslim, III/1478, hadis no. 1851, ed. Muhammad Fuad Abdul Baqi, Dar Ihya’ at-Turats al-‘Arabi, Beirut. Tt.
[2] Al-Baihaqi (384-458 H), Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa bin Bakar, Sunan al-Bayhaqi al-Kubra, VIII/156, ed, Muhammad Abdul Qadir ‘Atha, Maktabah Dar al-Baz, Mekah al-Mukarramah. 1414 H / 1994 M.
[3] Ath-Thabrani (260-360 H), Sulaiman bin Ahmad bin Ayub Abu al-Qasim, Mu’jâm al-Kabîr, IXX/334, hadis no. 769, ed. Hamdi bin Abdul Majid as-Salafi, Maktabah al-‘Ulum wa al-Hukm, Moushul, cet. ii. 1404 H/1983 M.
[4] Ath-Thabrani, Mu’jam al-Awsâth, VI/70, Dar al-Haramain, Kaero. 1415 H.
[5] Beliau adalah Abbas bin al-Husain al-Qunthuri, Abu al-Fadhl al-Baghdadi, dan kadang disebut al-Bashri. Beliau meriwayatkan hadis daripada Yahya bin Adam, Mubasyar bin Ismail, Sa’id bin Maslamah al-Umawi, dan Abiy Usamah (Hammad) bin Usamah. Yang meriwayatkan hadis daripadanya adalah: Al-Bukhari, Hasan bin Ali al-Ma’mari, Muhammad bin Ubaid al-Qunthuri, Abdullah bin Ahmad. Ahmad bin Hanbal berkata: ia tsiqah (terpercaya). Abu Hatim menilainya majhûl. Ibn Hibban dan Ibn Hajar menilainya tsiqah. Menurut Ibn Hibban dan Abu Abdillah bin Mandah, beliau wafat tahun 240 H. (Lihat: Ibn Hajar al-‘Ashqalani, Tahdzîb at-Tahdzîb, V/102, Dar al-Fikr, Beirut, cet I. 1404 H/ 1984 M; Ibn Hajar al-‘Ashqalani, Taqrîb at-Tahdzîb, I/292, ed. Muhammad ‘Awamah, Dar ar-Rasyid, Suria, cet I. 1406 H/1986 M; Yusuf bin az-Zaki bin Abdurrahman Abu al-Hajaj al-Mazi (654–752), Tahdzîb al-Kamâl, XIV/207, ed. Dr. Basyar Awad Ma’ruf, Muassasah ar-Risalah, Beirut, cet. I. 1400 H/1980 M.
[6] Qadhi Taqiyyuddin an-Nabhani, Nizhâm al-Hukm fî al-Islâm, diperluas dan dirinci oleh Syaikh Abd al-Qadim Zallum, hlm. 34-35, min mansyurat Hizb at-Tahrir, cet VI (mu’tamadah). 2002.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment