Laporan Persidangan Meja Bulat Celik Syariah Cinta Khilafah 2016


Assalamualaikum wbt. Telah berlangsung acara Persidangan Meja Bulat CSCK 2016 di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur.


Ketibaan para peserta yang terdiri daripada ahli politik, wakil-wakil NGO (Non-Government Organization), wakil media tempatan, ahli akademik, ahli jawatankuasa surau dan masjid, serta ketua Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia bagi setiap kawasan.



Bacaan ayat suci al-Quran Surah An-Nisa’ ayat 26 hingga ayat 33 yang dialunkan oleh Pn Aini Nasuha Abdul Wahab
Kata-kata Aluan oleh Pengarah Persidangan Meja Bulat CSCK 2016, Dr. Aslam Diyana Selamat (AJK Pusat MHTM)


"Di Sebalik Serangan Terhadap Wanita dan Syariah" yang disampaikan oleh Puan Shifa Buhari (Ahli Lajnah Fa’aliyat Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia)
Diskusi diteruskan dengan persoalan mengenai hukum merancang keluarga dalam Islam yang mana salah satu puncanya kerana faktor masalah ekonomi keluarga.

Ustazah Ummu Athiyah menjawab persoalan berkenaan bahawa merancang keluarga dalam Islam.
Para peserta turut berkongsi pendapat dan pengalaman dalam isu yang diangkat.

Dr. Maiyazurah

Pn. Norwani, seorang ahli politik tempatan

Diskusi diteruskan dengan perkongsian dari Ustazah Nur Ain. Beliau memberi buah fikirannya dalam pembinaan institusi keluarga dalam mendepani cabaran pemikiran liberal dari Barat
Isu perbincangan yang diangkat oleh peserta persidangan seterusnya adalah terkait peranan baitul mal, zakat pendidikan dan cukai pendapatan dalam Islam.
Ustazah Ummu Hajar menjelaskan bahawa baitul mal adalah tanggungjawab negara di mana negara wajib menguruskan baitul mal dan pendidikan adalah percuma dalam Islam.
"Wanita dan Peradaban" yang disampaikan oleh Pn Ummu Maryam Abdul Basir (Ketua MHTM Cawangan Shah Alam)
Dr. Reha mengulas tentang persoalan adakah politik wanita mampu mengubah nasib wanita
"Mencabar Mitos-Mitos Pembohongan Feminisme dalam Memperkasakan Wanita" yang disampaikan oleh Dr. Ummu Sumayyah Amar (Ketua Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia)
Pn Rahmah Nadzri (AJK Pusat MHTM)


Saudari Fatihah, Pelajar Kolej dan Cikgu Iman, Johor
Dr Ainul @Aeni Shuib, Shah Alam

Para peserta saling menjalinkan silaturrahim. Manakala sebahagiannya menggunakan waktu rehat untuk meneliti buku program yang disediakan. Turut disediakan adalah ruang pameran dan jualan cenderahati serta buku. Wartawan dari Bahagian Media MHTM turut mengambil kesempatan ini untuk mewawancara peserta.






"Mengakiri Serangan Tehadap Syariat, Menerapkan Islam Kaffah dengan Khilafah" yang disampaikan oleh Ustazah Ummu Hajar (Ahli Lajnah Mubalighah MHTM)
Diskusi diteruskan dengan kepedulian para peserta terhadap serangan idea feminisme dan liberalisme dalam sistem pendidikan dan kesannya terhadap anak-anak. Alhamdulillah para peserta yang juga terdiri daripada golongan pendidik juga bersetuju bahawa pentingnya pendidikan Islam yang benar, mendidik dan membentuk keperibadian generasi dengan syaksiyah Islamiyah. Memahami bahawa kejayaan dalam mendidik bukan dengan meletakkan harapan kepada pihak sekolah dan pendidik sahaja. Para peserta turut berkongsi idea bahawa seorang ibu adalah berperanan sebagai madrasah utama dan pertama bagi anaknya. Justeru dia sendiri mestilah mempersiapkan dirinya dengan ilmu-ilmu khususnya dengan ilmu Islam. Bukanlah kepada anak-anak sahaja.

Selain itu, sistem pendidikan sekular kapitalis pada hari ini juga dilihat membebankan ibu bapa, khususnya kaum ibu. Selain daripada kos yang tinggi dalam mendapatkan pendidikan berkualiti dan terjamin, sistem pendidikan hari ini dilihat gagal membentuk generasi Rabbani dengan penerapan silibus-silibus yang tidak diajar bersesuaian dengan Islam, ancaman gejala sosial dan sebagainya. Walhal, dalam sistem Islam, wajib bagi pemerintah menyediakan sistem pendidikan yang percuma kepada semua rakyatnya, bahkan silibus-silibus juga diajar berasaskan akidah. Penekanan aspek akidah amat ditekankan dalam pendidikan awal manakala ilmu lain seperti sains dan teknologi, pengetahuan lainnya diajar pada peringkat seterusnya. Justeru, mewujudkan sistem pendidikan Islam yang hakiki adalah aspek yang penting dalam membentuk generasi yang bebas dari biusan ideologi kufur.






Sebagai penutup diskusi, Dr Ummu Sumayyah menggulung acara hari ini dengan mengingatkan para intelektual dan ilmuan Islam yang memiliki pengaruh dalam masyarkat, bahawa mereka memiliki tanggungjawab keimanan untuk menyuarakan Islam dan melakukan amar ma’aruf dan nahi munkar. Dan untuk menegakkan syariah Islam di atas manhaj kenabian merupakan agenda bersama seluruh umat Islam, bukan hanya Hizbut Tahrir. Beliau menambah, para intelektual dan ilmuan merupakan sosok yang penting untuk membangun membangun pemikiran jernih masyarakat agar pemikiran songsang seperti feminisme, liberalisme, kapitalisme , sekularisme tidak menyusup masuk ke jantung masyarakat. Seterusnya, beliau menyeru agar para intelektual dan ilmuan agar menzahirkan ilmu yang dimiliki untuk meluruskan pemikiran songsang tersebut dengan menyelesaikannya sesuai dengan syariat Islam.

Dr Ummu Sumayyah turut melontarkan persoalan adakah para intelektual dan ilmuan telah bersedia untuk mempimpin pemikiran umat Islam kepada syariat Islam? Para hadirin menyahut seruan beliau dengan mengangkat kertas putih penanda sebagai sokongan dan kesediaan mereka untuk memikul peranan dakwah ini.

Alhamdulillah. Semoga Allah meneguhkan keimanan kita semua untuk sama-sama mengembalikan kehidupan Islam kaffah. Inysaallah.




Ustazah Ummu Athiyah (Ahli Lajnah Muballighah MHTM) memimpin bacaan doa penutup yang diakhiri dengan memohon kebaikan dan keamanan hidup di bawah sistem Islam kaffah (Khilafah `ala minhaj Nubuwwah).





Alhamdulillah, dengan izin Allah, berakhirlah Persidangan Meja Bulat: Kempen Celik Syariah Cinta Khilafah 2016 anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan izinnya juga acara ini berlangsung dengan baik dan lancar.

Dengan ini seluruh warga MHTM mengucapkan jazakumullahu khayral jazaa' kepada para peserta yang telah hadir, para penonton live streaming dan seluruh pihak yang menjayakan acara ini secara langsung mahupun tidak langsung.

Semoga kita semua menjadi amplifier dalam menyampaikan dakwah Islam, khususnya dalam membetulkan kesalahfahaman dalam kalangan masyarakat tentang Syariah dan Khilafah. Ayuh bersama-sama campakkan ideologi sekular dan kembali kepada Islam kaffah.
Sekian, wassalâmu‘alaikum wa rahmatullâhi wa barakâtuh.

"Bersama Mengembalikan Kehidupan Islam Kaffah".
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment