Manisnya Iman

جاء في فتح الباري شرح صحيح البخاري لابن حجر العسقلاني بتصرف في باب حلاوة الإيمان
Dalam Fathul Bari Syarah Shahih Bukhari oleh Ibnu Hajar al-Atsqalaniy dalam bab Manisnya Iman.

حدَّثَنا محمدُ بنُ المُثنّى قال حدثنا عبدُ الوهاب الثقفي قال حدثنا أيوبُ عن أبي قلابة عن أنس بن مالك رضي الله عنه، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: "ثلاثٌ مَن كُنَّ فيه وَجَدَ حلاوةُ الإيمان: أن يكونَ اللهُ ورسولُه أحَبَّ إليه مما سواهما، وأن يُحِبَّ المرءَ لا يُحِبُّه إلا لله، وأن يَكْرَهَ أن يَعُودَ في الكفر كما يَكرهُ أن يُقْذَفَ في النارِ"
Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin al-Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab ats-Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:
“Tiga perkara yang terdapat pada diri seseorang, dia akan memperolehi manisnya iman: Dia menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada selain keduanya. Jika dia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci apabila dilempar ke neraka” [HR. Bukhari].

إن المحبة شعور عظيم جميل يرفع من همّة الإنسان في هذه الحياة، وقد دأب المسلمون على مر العصور على المحافظة على هذا الخلق الجميل الرائع، فتحابوا فيما بينهم، وأنجزوا بهذه المحبة أعمالا كبيرة، وعاشوا بشعور من الراحة و الطمأنينة، وكلما ازداد حجم المحبة فيما بينهم ازدادت إنجازاتهم، وكلما كان التباغض فيما بينهم قلت تلك الإنجازات وعاشوا بشقاء وتعاسة.
Sesungguhnya cinta adalah perasaan yang sangat agung dan indah, yang akan menjadi pendorong dan meningkatkan semangat manusia dalam hidup ini. Umat Islam secara berterusan selama berabad-abad telah mempertahankan atas realiti penciptaan rasa cinta yang indah dan istimewa ini. Mereka saling mencintai antara mereka. Mereka menyempurnakan dengan perasaan cinta ini pelbagai aktiviti yang besar. Mereka hidup dengan perasaan penuh keamanan dan ketenangan. Saat bertambahnya perasaan cinta itu antara mereka, maka semakin meningkat pula prestasi mereka dalam kehidupan. Dan saat perasaan cinta itu berkurang, benci yang akan kelihatan antara mereka, berkurang pula prestasi yang mereka raih. Maka dengan itu, mereka akan hidup penuh dengan perasaan sempit dan kesengsaraan.

ايها المسلمون:
كيف إذا كانت المحبة على أساس لا إله إلا الله، وعلى أساس العقيدة؟ لا شك أن الأمة ستنتقل من إنجاز إلى إنجاز، ومن تقدم إلى تقدم، ومن سعادة إلى سعادة ومن توفيق إلى توفيق، فهذه حضارة الإسلام ماثلة أمام أعيننا، تاريخ من العزة ما زال قبس نوره يضيء مستقبلنا، رغم ما حل بنا من ظلم وقهر وقتل وتشريد. نعم أيها المسلمون، بالمحبة ارتفعت همّة المسلمين الأوائل، وبالمحبة أيضا ترتفع همتكم بإذن الله تعالى لتعملوا لإعادة حكم الله في أرض الله، لتطبقوا شرعه في خلقه، ليعم العدل من جديد، من خلال دولة إسلامية حقيقية، خلافة على منهاج النبوة، بشر بها رسولكم الكريم عندما قال: ثم تكون خلافة على منهاج النبوة”.

Wahai kaum Muslim…
Sekiranya kecintaan kaum Muslimin atas dasar ‘laa ilaha illa Allah’, dan dibangun atas dasar akidah Islamiyyah, tidak diragui lagi, nescaya umat ini akan selalu menghasilkan kemajuan demi kemajuan, dan kebahagiaan demi kebahagiaan, serta petunjuk demi petunjuk daripada Allah SWT.

Maka benar peradaban Islam itu terletak di hadapan mata kita. Sejarah kemuliaan kita akan selalu menjadi penerang masa depan kita walaupun apa yang berlaku kepada kita; atas tindakan ketidakadilan, penindasan, pembunuhan, dan pelbagai perilaku pengusiran.

Benar wahai kaum Muslim, dengan perasaan cinta itu yang akan menaikkan semangat generasi terdahulu. Dan dengan perasaan cinta itu juga kita akan meningkatkan semangat kita (dengan izin Allah) untuk beraktiviti mengembalikan kembali hukum-hukum Allah di bumi Allah ini. Menerapkan kembali syari’atNya atas makhluk-makhlukNya untuk kembali menegakkan keadilan di era yang baru. Melalui Daulah Islamiyyah yang hakiki. Khilafah atas jalan kenabian.

Dengan bisyarah Rasul yang mulia. Bahawa baginda SAW bersabda, “Kemudian akan ada masa keKhilafahan atas jalan Kenabian”.

اللهمَّ عَاجِلْنا بخلافةٍ على منهاجِ النبوةِ تلم فيها شُعثَ المسلمين، ترفع عنهم ما هم فيه من البلاء،
اللهمَّ أنرِ الأرض بنور وجهك الكريم. اللهمَّ آمين آمين.

Ya Allah. Segerakanlah bagi kami tertegaknya Khilafah Rasyidah ‘ala Minhaj Nubuwwah, yang dengan nya, dapat diselesaikan permasalahan kaum Muslimin. Dengannya pula akan diangkat segala malapetaka. Ya Allah, berikanlah cahaya di muka bumi ini dengan cahaya (wajah) Kemuliaan-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Oleh: H. Luthfi H.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment