Sebar Risalah: 2 Syabab HTM Ditangkap dan Direman 4 Hari

HULU SELANGOR 20 Mei – Dua orang syabab Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) ditangkap oleh pihak PDRM di luar Masjid Nurul Iman, Serendah, setelah solat Jumaat hari ini. Ust Darukhutni Zainal Abidin, 49 dan Mohamad Alhafiq Mohamad Khoiruddin, 25, ditangkap ketika sedang menyebarkan risalah mingguan HTM, Sautun Nahdhah, atas kesalahan mengedar risalah tanpa permit.

Kedua mereka dibawa dan ditahan di Balai Polis Serendah sehingga ke malam, sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor untuk tahanan lanjut. Mereka bermalam di lokap IPD berkenaan dan keesokannya di bawa ke mahkamah majistret serta dikenakan reman selama 4 hari.

Percubaan wakil HTM untuk bertemu dengan mereka semalam (Sabtu) di IPD tersebut gagal kerana tidak dibenarkan oleh pegawai polis yang bertugas atas alasan hari cuti am dan ketiadaan pegawai penyiasat (IO).

HTM dengan ini menyatakan kekesalan dan membantah sekeras-kerasnya penangkapan ini yang merupakan satu tindakan kezaliman oleh PDRM ke atas Hizbut Tahrir. PDRM yang sepatutnya memfokuskan tugas mereka untuk menangkap penjenayah dan pelaku maksiat, sebaliknya menangkap dan menahan para pendakwah, satu tindakan yang jelas menyalahi syarak dan hanya mengundang murka Allah SWT.

tangkapan-syabab-htm-2Hizbut Tahrir berjuang untuk menerapkan Islam secara kaffah dengan jalan menegakkan Negara Khilafah al-Rasyidah ala minhaj nubuwwah, melalui jalan intelektual dan politik seperti mana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Salah satu uslub (cara) dakwah yang dijalankan oleh HTM dalam rangka memberi kesedaran kepada umat ialah dengan menyebarkan risalah secara mingguan dan semasa ditangkap, risalah yang sedang diedarkan oleh kedua syabab HTM tersebut ialah berkenaan penularan bahana LGBT dalam masyarakat dan penyelesaiannya menurut Islam.

Semoga Allah SWT memberi kesabaran dan keteguhan kepada kedua syabab HTM tersebut serta keluarga mereka dan memberi kesedaran kepada PDRM bahawa apa sahaja usaha PDRM untuk menyekat usaha dakwah bukan hanya sia-sia, malah mengundang laknat di dunia dan dosa serta azab ke atas mereka di akhirat kelak. Na’uzubillah min zalik.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment