Tanggungjawab Khilafah Melahirkan Generasi Islami

Oleh: al-Fadhil Ustaz KH Shiddiq al-Jawi (Lajnah Tsaqafiyyah HTI)

Setiap umat atau bangsa yang menganut ideologi tertentu, dapat dipastikan menaruh perhatian besar kepada generasi muda mereka. Sebab, generasi muda itulah yang akan melestarikan ideologi yang mendasari seluruh cara hidup (the way of life) generasi masa sekarang (Taufiq Al-Hakim, Tsaurah As Syabab, hlm. 17; Usus At-Ta’lim Al-Manhaji, hlm. 7-8).


Demikian pula umat Islam yang menganut ideologi Islam. Sudah pasti mereka mempunyai perhatian besar pada lahirnya generasi muda Islami, yakni generasi yang mempunyai keperibadian Islam (syakhshiyah Islamiyah), baik dalam pola fikirnya (‘aqliyah) mahupun dalam pola sikap dan perilakunya (nafsiyah). (Usus At-Ta’lim al-Manhaji, hlm. 8).

Terdapat 3 (tiga) pihak yang bertanggungjawab untuk melahirkan generasi islami tersebut. Pertama: keluarga, yang menjadi wadah pertama pembentukan generasi islami melalui ayah dan ibu. Kedua: masyarakat, yang menjadi lingkungan (al-bi‘ah) tempat generasi Islami itu tumbuh dan hidup bersama anggota masyarakat lainnya. Ketiga: Negara Khilafah, yang ber tanggungjawab melahirkan generasi islami sebagai sebahagian daripada tugas negara untuk menjalankan sistem pendidikan serta sistem-sistem sosial lainnya yang terkait (Najah As Sabatin, Asasiyat Tarbiyah al-Athfal, hlm. 1; Fathi Salim, Bina‘ an-Nafsiyah Al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm. 22; Abdullah Nashih Ulwan, Tarbiyah al-Awlad, I/33; Usus at-Ta’lim al-Manhaji, hlm. 9).

Tanggungjawab Khilafah

Negara Khilafah bertanggungjawab untuk melahirkan generasi Islami itu melalui penerapan Syariah Islam dalam segala aspek kehidupan, antara lain sebagai berikut:

1. Menerapkan Sistem Pendidikan Formal

Sistem pendidikan merupakan cara utama dan langsung untuk melahirkan generasi islami. Tujuan sistem pendidikan adalah untuk menghasilkan generasi yang berkeperibadian islami (syakhshiyah Islam), yang berbekal ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan, baik ilmu keislaman (tsaqafah islam) mahupun ilmu dalam cakupan sains dan teknologi. Negara menerapkan sistem pendidikan ini melalui sekumpulan Undang-undang syariah (qanun syar’i) mahupun undang-undang administrasi (qanun idari) yang terkait dengan pendidikan (Usus at-Ta’lim al-Manhaji, hlm. 9).

Sistem pendidikan dalam Negara Khilafah ada 2 (dua) macam. Pertama: sistem pendidikan formal (at-ta’lim al-manhaji), iaitu sistem pendidikan yang dilaksanakan berdasarkan peraturan negara, baik diselenggarakan oleh negara mahupun oleh swasta. Sistem pendidikan ini dilaksanakan secara bersejenjang mulai dari pendidikan dasar hingga pendidikan tinggi (at-ta’lim al-’aaliy). Kedua: sistem pendidikan non-formal (at-ta’lim ghayr al-manhaji), iaitu sistem pendidikan yang tidak tunduk pada peraturan negara dalam hal pengaturan pendidikan, misalnya pendidikan yang dilaksanakan di rumah, masjid dan sekolah pondok; juga berbagai forum seperti seminar, persidangan, latihan (training), dan sebagainya.

Meskipun sistem pendidikan non-formal tidak tunduk pada peraturan negara, Khilafah tetap bertanggungjawab dan mengawasi bahan yang diberikan, tidak berbeza dengan sistem pendidikan formal. Negara berkewajipan mengawasi agar bahan-bahan pembelajaran yang diberikan tetap berupa idea yang lahir dari akidah Islam, seperti bahan pembelajaran tauhid, fikih, tafsir, dan sebagainya; atau berupa idea yang dibangun di atas akidah Islam, iaitu, walaupun tidak berasal dari wahyu tetapi tetap tidak boleh bertentangan dengan akidah, misalnya sains dan teknologi. Jika ada sebahagian ilmu dan praktik sains dan teknologi yang bertentangan dengan Aqidah, seperti teori Evolusi Darwin, negara akan melarang pengajaran teori tersebut dalam berbagai lembaga pendidikan (Usus at-Ta’lim al-Manhaji, hlm. 9;Muqaddimah Ad Dustur, II/120).

Dengan demikian, negara akan bertindak tegas terhadap sekolah atau lembaga pendidikan yang mengajarkan idea-idea yang bertentangan dengan Islam, misalnya ilmu-ilmu sosial dari Barat, seperti ekonomi, sosiologi, psikologi; juga berbagai idea dan falsafah Barat seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, marxisme, eksistensialisme, utilitarianisme, pragmatisme, darwinisme, dan sebagainya; kecuali jika bahan-bahan seperti itu diajarkan dalam level pendidikan tinggi dan diajarkan bukan untuk diyakini, tetapi sekadar untuk diketahui serta dijelaskan kekeliruan dan kebertentangannya dengan Islam (Muqaddimah Ad Dustur, II/168).

2. Menerapkan Syariah Islam Secara Umum

Negara bertanggungjawab menerapkan syariah Islam secara menyeluruh dalam segala aspek kehidupan, seperti dalam sistem pendidikan, sistem pemerintahan, sistem ekonomi, sistem pergaulan (nizham ijtima’i), sistem hukum (nizham uqubat), dan sebagainya.

Penerapan syariah ini secara tidak langsung juga menjadi cara untuk membentuk generasi yang islami. Misalkan, sistem pendidikan formal yang percuma kepada seluruh rakyat. Kebijakan negara ini akan memberikan kesempatan yang seluas-luasnya kepada seluruh rakyat, termasuk anak-anak dan remaja, untuk menikmati pendidikan percuma dan berkualiti dari negara (Muqaddimah Ad Dustur, II/173).

Contoh lain, sistem ekonomi yang diterapkan negara akan memberikan bantuan harta kepada kaum fakir dan miskin, baik melalui pembahagian harta zakat mahupun harta selain zakat. Maka dari itu, para pemuda yang miskin yang tidak mampu menikah kerana tidak mempunyai harta untuk membayar mahar akan mempunyai kesempatan untuk menikah. Jadi penerapan hukum zakat ini akan memberi sumbangan yang besar dalam menjaga moraliti generasi muda kerana mereka akan terhindar dari perbuatan tercela seperti zina akibat ketidakmampuan ekonomi. (Muqaddimah Ad Dustur, II/7-8).

Contoh lain, dalam sistem pemerintahan, akan adanya jabatan khusus yang menangani media massa, iaitu Jabatan Penerangan (jihaz al-i’lam). Tugasnya antara lain mengawasi segala bentuk media massa dalam negara Khilafah. Lembaga negara inilah nanti yang akan menjalankan fungsi pengawasan tersebut yang menjamin generasi Islami tetap aman dari segala pengaruh media massa yang negatif dan merosakkan, seperti laman-laman porno, dan sebagainya. (Muqaddimah ad-Dustur, II/291).

Contoh lain, dalam sistem pergaulan (nizham ijtima’i), negara akan menerapkan wajibnya infishal, iaitu pemisahan komuniti lelaki-lelaki dan perempuan, baik dalam kehidupan khusus seperti di rumah, mahupun dalam kehidupan umum seperti di sekolah dan jalan raya. Hanya keadaan-keadaan tertentu saja yang dibolehkan untuk ikhtilath, seperti saat bersilaturahmi antara kerabat, berjual-beli di pasar, beribadah haji (seperti tawaf), dan sebagainya. Peraturan ini tentu akan sangat kondusif untuk melahirkan generasi islami yang salih dan solehah, kerana akan menghindarkan mereka dari pergaulan bebas dan liar ala Barat seperti sekarang ini (Muqaddimah ad-Dustur, I/321).

3. Mewujudkan Persekitaran Islami

Negara Khilafah bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran yang baik (al-bi‘ah as-shalihah) bagi generasi muda umat Islam. Hal ini kerana persekitaran berpengaruh besar terhadap individu yang hidup di dalamnya. Persekitaran yang buruk dapat merosak individu-individu yang baik, sebaliknya persekitaran yang baik dapat memperbaiki individu-individu yang buruk. (Fathi Salim, Bina‘ an-Nafsiyah Al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm.13).

Negara melakukan tanggungjawabnya untuk membentuk persekitaran Islami ini dengan mengawasi 2 (dua) hal. Pertama: kebiasan atau adat-istiadat yang berlaku dalam masyarakat (‘urf ‘am). Kedua: pendapat umum yang berkembang dalam masyarakat (ra`yu ‘am) (Fathi Salim, Bina` an-Nafsiyah al-Islamiyah wa Tanmiyatuha, hlm. 22-23).

Maka dari itu, negara akan melarang pelbagai kebiasaan yang bertentangan dengan Islam yang merosak proses pembentukan generasi islami. Misalnya adanya geng-geng di kampung atau sekolah, termasuk geng motor yang meluas kebelakangan ini. Negara juga akan mengawasi dan bertindak terhadap hobi komuniti, seperti kumpulan muzik, kumpulan olahraga, jika aktivitinya bertentangan dengan syariah islam.

Negara juga akan melarang pelbagai kafe, bar, kelab, atau lokasi-lokasi percutian, seperti hotel dan pantai; juga berbagai play station, kafe internet dan sebagainya yang umumnya menjadi tempat berkumpulnya anak muda jika di tempat-tempat tersebut tercetus penyimpangan syariah, seperti ponteng dari sekolah, terdapat minuman keras, adanya pengedaran dadah, aktiviti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, dan semisalnya.

Negara pun akan melakukan pengaturan dan pengawasan media massa seperti quran, majalah, buku, tabloid, televisyen, lama internet, termasuk juga sarana-sarana hiburan seperti filem dan pertunjukan, berbagai media jaringan sosial sepertiFacebook, Twitter, dan sebagainya. Tujuan pengawasan ini agar semua sarana itu tidak menjadi wahana penyebarluasan dan pembentukan opini umum yang dapat merosak pola fikir dan pola sikap generasi muda Islam (Ziyad Ghazal, Masyru’ Qanun Wasa’il al-I’lam fi ad-Dawlah al-Islamiyah, hlm. 6-7).

4. Menerapkan Sistem Kehakiman.

Negara Khilafah akan melaksanakan hukum-hukum syariah (al-‘uqubat) yang tegas sebagai usaha yang tepat dan berkesan terhadap siapa saja yang melakukan pelanggaran syariah, baik hukuman itu berupa hudud, jinayat, mukhalafat mauhpun ta’zir. (Abdurrahman Al-Maliki,Nizham al-‘Uqubat, hlm. 17-21).

Penerapan hukuman-hukuman oleh negara ini juga merupakan usaha yang berkesan untuk melahirkan generasi islami. Sebab, usaha pencegahan masih boleh dilanggar juga. Maka dari itu, maka hukum-hukum syariah yang bersifat pencegahan ini akan memainkan peranananya secara efektif. Sebagai contoh, Islam telah mengharamkan zina; juga mengharamkan perbuatan-perbuatan yang dapat menghantarkan zina, seperti khalwat (berduaan dengan lain jenis). Inilah hukum pencegahan. Namun, kalau hukum ini masih dilanggar juga, tindakan syariah sebagai hukuman pencegahan mahu tak mahu akan diterapkan. Mereka yang berzina akan dijatuhi hukuman cambuk 100 kali cambukan jika yang berzina bukan muhshan (TMQ an-Nur [24]: 2). Khalifah boleh menambah hukuman ini dengan hukuman pengasingan (taghrib) selama satu tahun. Adapun jika yang berzina sudah muhshan, hukumnya direjam sampai mati, berdasar hadis-hadis Nabi saw. (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hlm. 27-29). Contoh lain, Islam telah mengharamkan homoseksual. Islam juga mengharamkan dua orang lelaki tidur di bawah satu selimut. Ini hukum pencegahan. Namun, kalau ada lelaki yang tetap nekad melakukan perbuatan homoseksual, maka syariah akan memberikan hukuman tegas sebagai hukum pencegahan, itu menjatuhkan hukuman mati (Abdurrahman Al-Maliki, Nizham al-‘Uqubat, hlm. 40).

Demikianlah, negara Khilafah akan menerapkan hukuman-hukuman syariah (al-‘uqubat) ini bagi siapa saja yang melanggar syariah Islam. Maka penerapan hukuman ini diyakini akan dapat turut melahirkan generasi islami yang bermoral. Sebab, di sebalik hukuman-hukuman yang tegas itu sebenarnya tersembunyi suatu hikmah yang baik, menimbulkan efek jera (zawajir) dalam kalangan masyarakat secara meluas, sehingga individu masyarakat (termasuk kaum mudanya) tidak berani melakukan pelanggaran syariah, seperti berzina atau melakukan liwat (homoseksual).

Penutup

Demikianlah gambaran ringkas bagaimana tanggungjawab negara Khilafah dalam usahanya untuk melahirkan generasi Islami. Hanya dalam negara Khilafah sajalah, berbagai tanggungjawab tersebut akan dapat dilaksanakan. Tanpa Khilafah, tak akan ada pihak yang bertanggungjawab untuk melahirkan generasi Islami yang kita harapkan, kecuali institusi keluarga.

Memang dalam negara demokrasi yang sekular dan liberal ini masih boleh lahir generasi Islami, tetapi itu hanyalah anomali. Kebanyakan generasi muda umat Islam saat ini akan mudah sekali terjerumus menjadi generasi yang bejat dan tidak bermoral, akibat tiadanya Khilafah dan pengaruh kemusnahan negara demokrasi-sekular saat ini.

Walhasil, sistem demokrasi-sekular ini wajib kita hancurkan dan kita ganti dengan Khilafah. Kalau tidak, generasi muda Islamlah yang justeru akan hancur. WalLahu a’lam.

Sumber: Majalah al-Waie (al-Afkar)

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment