Tiga Peristiwa Penting di Bulan Rejab, Dua di Antaranya Masih Ramai Umat Islam Yang Belum Tahu

Oleh: Adi Victoria

Apa yang terdetik di kepala kita apabila memasuki bulan Rejab? Ya benar! Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Hal ini kerana setiap kali bulan Rejab, sebahagian besar umat Islam melakukan acara Isra’ Mi’raj dalam rangka menghayati dan mengambil hikmah daripada peristiwa Isra’ dan Mi’raj tersebut. Dalam Isra’, Nabi Muhammad SAW "diberangkatkan" oleh Allah SWT dari Masjidil Haram hingga Masjidil Aqsa. Lalu dalam Mi'raj, Nabi Muhammad SAW dinaikkan ke langit sampai ke Sidratul Muntaha yang merupakan tempat tertinggi. Di sini baginda mendapat perintah langsung dari Allah SWT untuk menunaikan solat lima waktu.

Peristiwa ini terjadi di bulan Rajab, tepat pada malam 27 Rejab. Oleh itu, bulan Rejab selalunya disamakan dengan peristiwa Isra’ Mi’raj, yang merupakan salah satu peristiwa penting dalam perjalanan penyebaran agama Islam oleh Rasulullah SAW.

Namun demikian, di bulan Rejab juga, sesungguhnya masih terdapat dua peristiwa penting yang belum banyak diketahui oleh umat Islam secara keseluruhan, padahal dua peristiwa penting ini juga merupakan hal yang banyak mempengaruhi kehidupan umat Islam seterusnya.

Peristiwa kedua adalah pembebasan Masjid al-Aqsa oleh Salahuddin al-Ayyubi. Pada tanggal 27 Rejab 583H, Salahuddin al-Ayyubi bersama pasukannya umat Islam bergerak mengepung dan membebaskan tanah Palestin yang setelah sekian abad lamanya dikuasai oleh pasukan salib. Pembebasan itu sendiri tidak mendapatkan perlawanan yang bermakna dari tentera salib.

Peristiwa ketiga adalah terjadinya penghapusan sistem Khilafah. Sudah lebih 13 abad lamanya Islam memimpin peradaban melebihi daripada 2/3 dunia, yang menebarkan rahmat bagi seluruh alam (di mana tercatat dalam sejarah selama 4 abad masa pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah, hanya ada 200 kes jenayah yang difailkan di mahkamah, bandingkan dengan sekarang). Pada tarikh 28 Rejab 1342H atau tepatnya pada 03 Mac 1924, seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kamal at-Tarturk, seorang yang berketurunan Yahudi dari suku Dunamah, seorang agen barat (Inggeris), telah menghapuskan sistem pemerintahan Islam iaitu sistem Khilafah, yang kemudian diganti dengan sistem pemerintahan Republik, yang merupakan sebahagian daripada sistem Kapitalis-sekular.

Dalam sistem ini, syariat Islam tidak diutamakan. Islam hanya ditempatkan dalam urusan individu dengan Tuhannya saja. Sebagai gantinya, di tengah-tengah sistem sekular itu lahirlah pelbagai bentuk aturan yang jauh dari nilai-nilai agama: aturan ekonomi yang kapitalistik, tingkah laku politik yang oportunis, budaya hedonisme, kehidupan sosial yang egoistik dan individualistik, sikap beragama yang sinkretistik, serta sistem pendidikan yang materialistik.

Pasca runtuhnya Khilafah Turki Utsmaniyah tersebut, wilayah Islam yang dulu terbentang sangat luas sehingga merangkumi seluruh Jazirah Arab, Afrika bahagian utara, sebahagian Eropah, Asia Tengah, Asia Timur, dan Asia Selatan, kini terpecah-belah menjadi negara-negara kecil.

Akibatnya, umat Islam yang dahulunya kuat kerana bersatu dalam satu kepemimpinan iaitu kepemimpinan Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah, kini menjadi lemah kerana tercerai-berai, sehingga menjadi santapan empuk bagi para imperialis kafir barat.

Lihatlah bagaimana sekarang umat Islam di berbagai belahan dunia ditindas oleh musuh-musuh Allah. Palestin misalnya sejak tahun 1948 (24 tahun setelah runtuhnya Khilafah), tanahnya dirampas oleh Israel atas izin Amerika dan PBB, sehingga menyebabkan pengusiran dan pembunuhan terjadi kepada umat Islam di Palestin, bahkan masjid al-Aqsa pun yang dahulunya merupakan kiblat pertama umat Islam, dihinakan oleh Israel.

Bukan hanya di Palestin, penderitaan dialami juga oleh umat Islam di berbagai belahan dunia lain seperti di Chechnya, Dagestan, Jammu Khasmir, Pattani Thailand, Moro Filipina, di Afrika Tengah.

Penderitaan juga dialami oleh umat Islam di Afghanistan dan Iraq. Hal ini dilakukan dengan dalih memerangi keganasan dan memusnahkan senjata pemusnah besar-besaran, AS dan sekutunya menggempur habis-habisan kedua-dua negara itu dan tidak kurang dari 1 juta nyawa umat Islam di Iraq menjadi korban Amerika.

Dan yang terbaru adalah bagaimana kita melihat umat Islam di Syria, beratus-ratus ribu lebih umat Islam di Syria sudah bertarung nyawa. Dengan alasan menyerang ISIS, pasukan gabungan beberapa negara yang dipimpin Amerika Syarikat menyerang Syria, siapa yang meninggal dunia? Lagi-lagi umat Islam.

95 Tahun Tanpa Khilafah

Bulan Rejab 1437H, menandakan sudah lebih daripada 95 tahun umat Islam hidup tanpa seorang Khalifah. Padahal ijma' sahabat menyebutkan haram hukumnya umat Islam hidup lebih daripada tiga hari tiga malam tanpa seorang Khalifah.

Sebagaimana pesan Umar ketika sedang sakit tenat, beliau berkata sebagaimana yang disampaikan at-Thabari dalam Taariikh-nya bahawa Umar berkata, "Jika aku mati, maka bermusyawarahlah kalian selama tiga hari, dan hendaknya Suhaib yang mengimami solat kaum Muslimin" [Ath-Thabari, Taariikh Ath-Thabari, Syamilah].

Para sahabat tidak ada yang mengingkari atau menentang perintah tersebut sehingga difahami bahawa tidak ada sahabat yang mengingkari perintah Umar tersebut bermakna adalah ijma' dalam kalangan sahabat yang merupakan salah satu dalil syarak. Hal ini ertinya secara ijma' sahabat, bahawa pengangkatan Khalifah boleh ditunda dengan sengaja selama 3 hari dan tidak boleh lebih daripada batas jumlah hari tersebut, di mana jika di akhir-akhir tempoh 3 hari itu belum juga terangkat seorang Khalifah maka kaum Muslimin baik yang mengusahakannya mahupun yang tidak, belum ada yang berdosa.

Dengan adanya Khalifah, maka umat Islam dapat menunaikan kewajipannya untuk berbai’at, sebaliknya akibat ketiadaan Khilafah Islam, umat Islam tidak boleh untuk berbai’at. Padahal Rasulullah SAW dalam hadis nya disebutka,

Dari 'Abdullah bin' Umar RA, Rasulullah SAWw bersabda,
"Barangsiapa yang berlepas tangan dari ketaatan (terhadap Khalifah) maka dia akan menjumpai Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujah, dan barangsiapa yang mati sementara di atas pundaknya tidak ada bai'ah maka dia mati sebagaimana kematian jahiliyah" [HR Muslim].

Ibn Hajar al-Asqalani menjelaskan,
"Maksud "kematian jahiliyah" iaitu dengan mim dibaca kasrah (Al-Miitah) adalah merupakan keadaan kematian sebagaimana matinya orang jahiliyah dalam kesesatan dan tidak mempunyai Imam yang ditaati, kerana mereka tidak mengetahui hal itu. Hal ini dimaksudkan bukan mati dalam keadaan kafir, melainkan mati dalam keadaan bermaksiat" [Ibn Hajar, Fathul Baarii, Syamilah].

Syariah Islam & Khilafah Islam Mewujudkan Rahmat

Al-Imam al-'Allamah as-Syaikh Taqiyuddin an-Nabhani rahimahullah dalam kitab asy-Syakhsiyah al-Islamiyah jilid III (halaman 365), menjelaskan seluruh syariat Islam yang datang merupakan rahmat bagi hamba-Nya. Lebih lanjut beliau menjelaskan rahmat tersebut merupakan natijah (hasil) dari penerapan syariah Islam. Oleh itu, rahmatan lil ‘alamin bukanlah ‘illat yang menjadi perkara yang memunculkan hukum.

Para ulama muktabar pun menjelaskan ‘ar-rahmat’ dalam ayat tersebut berkaitan dengan penerapan syariah Islam kâffah dalam kehidupan sebagai tuntutan akidah Islam yang dipikul oleh Rasulullah SAW.

Di antaranya adalah ulama Nusantara yang bertaraf antarabangsa, Syaikh Nawawi al-Bantani (w. 1316 H). Ia menyatakan,

"Tidaklah Kami mengutus engkau, wahai sebaik-baiknya makhluk, dengan membawa ajaran-ajaran syariah-Nya, kecuali sebagai rahmat bagi alam semesta, iaitu agar menjadi rahmat Kami bagi alam semesta seluruhnya; bagi agama ini dan kehidupan dunia" [Muhammad bin 'Umar Nawawi, marah Labid li Kasyf ma'na al-Qur'ân al-Majîd, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah, Cet. I, 1417 H, (II/62)].

Fakta sejarah tamadun Islam juga menjadi bukti nyata kemampuan Islam untuk memberikan kerahmatan itu, iaitu tatkala Syariah Islam diterapkan secara kaffah di bawah institusi Daulah Khilafah Islam.

Ramai sejarawan terkemuka, Will Durant, dalam The Story of Civilization (vol. XIII), mengakui hal itu, "Para Khalifah telah memberikan keamanan kepada manusia hingga batas yang luar biasa besarnya bagi kehidupan dan kerja keras mereka. Para Khalifah itu juga telah menyediakan pelbagai peluang untuk sesiapa yang memerlukannya dan memberikan kesejahteraan selama berabad-abad dalam wilayah yang sangat luas. Fenomena seperti itu belum pernah tercatat (dalam sejarah) setelah zaman mereka. Kegigihan dan kerja keras mereka menjadikan pendidikan tersebar luas sehingga pelbagai ilmu, sastera, falsafah dan seni mengalami kemajuan luar biasa; menjadikan Asia Barat sebagai bahagian dunia yang paling maju peradabannya selama lima abad".

Oleh itu, keberadaan Khilafah akan menjamin kewujudan rahmat bagi seluruh alam (rahmatan lil 'alamin). Hal ini kerana, Khilafah akan menerapkan syariah Islam secara kaffah, menyatukan umat Islam sedunia dan mendakwahkan Islam ke seluruh penjuru dunia. Sehingga perjuangan sebahagian umat Islam untuk menegakkan kembali sistem Khilafah Islam, adalah dalam rangka untuk mewujudkan apa yang disebut dengan kerahmatan. Di mana kerahmatan tersebut merupakan hasil atau natijah daripada penerapan syariah Islam. Dan penerapan syariah Islam tidak mungkin dapat diterapkan secara kaffah, tanpa adanya Khilafah.

Khalifahlah dengan sistem Khilafahnya akan menegakkan seluruh hukum-hukum Islam. Serta mendakwahkan Islam ke seluruh penjuru alam, sehingga kemudian Islam benar-benar menjadi rahmat bagi seluruh alam.

Wallahu A'lambishowab.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment