Wahai Muslimah, Ayuh Perjuangkan Islam!

Muslimah Hizbut Tahrir mengajak para muslimah yang mencintai syariah Islam, untuk memperjuangkan dan mensyiarkan agama Allah sebagaimana dalam firman Allah dalam surat Muhammad ayat 7, “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” Kerana kepada Allah sajalah tempat memohon pertolongan atas kesulitan persoalan dalam kehidupan manusia. Bahkan perlu difahami oleh semua muslimah bahawa perjuangan ini bukan hanya dibebankan kepada kaum lelaki saja.

Keteladan muslimah dalam memperjuangkan agama Islam dicontohkan oleh Khadijah yang setia mendampingi Rasullullah hingga akhir hayatnya. Sumayyah binti Hubbah dengan keteguhannya dalam mempertahankan keislamannya. Asma’ binti Abu Bakar yang membantu perjalanan hijrah Rasulullah dan Abu Bakar menuju Madinah. Asma’ binti Yazid al Anfaliyah yang banyak membantu kaum muslimin dalam peperangan memperjuangkan Islam. Oleh itu, marilah sama-sama kita meneladani para sahabiyyah ini dengan memperjuangkan syariat Islam sehingga tegak secara kaffah. Insyaallah.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment