Wahai Pemuda, Muslim Kalian adalah Pewaris Peradaban Emas, Keturunan Pahlawan dan Ilmuwan Dunia!

Di abad 21 ini, majoriti 100 atau 500 pusat pengajian tinggi yang hebat di dunia berada di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun atau Australia. Sebahagian kecil ada di Singapura, China, Korea, India atau Malaysia.


Bagaimana seandainya penyenaraian ranking ini dilakukan seribu tahun yang lalu?

Maka universiti yang paling hebat di dunia saat itu tentunya berada di Gundishapur, Baghdad, Kufah, Isfahan, Kordoba, Alexandria, Kaherah, Damsyik dan beberapa kota besar Islam lainnya. Institusi pengajian tinggi di luar Daulah Islam hanya ada di Konstantinopel yang ketika itu masih menjadi ibukota Romawi Byzantium, di Kaifeng ibu kota China ketika itu atau di Nalanda, India. Selain itu, termasuk di Eropah Barat, seribu tahun yang lalu belum ada institusi pengajian tinggi. Di Amerika Syarikat apatah lagi. Benua itu baru dijumpai pada tahun 1492.

Bayangkan suatu negara yang 95% rakyatnya buta huruf! Mengerikan. Tetapi itulah Eropah pada abad ke-9 hingga 12M. Bahkan Kaisar Karl dari Aachen di usia tuanya konon masih berusaha mempelajari untuk membaca! Di biara-biara sedikit sahaja paderi yang mampu membaca. Di biara St Gallen Swiss pada 1291 bahkan tidak ada seorang pun yang dapat membaca dan menulis. Pada saat yang sama, jutaan anak-anak di desa dan kota Daulah Khilafah duduk di atas permaidani dan mengeja huruf-huruf Qur’an, menulisnya, hingga menghafaz surah-surahnya, lalu memulai mempelajari dasar-dasar tatabahasa bahasa Arab (nahwu dan shorof). Motivasi awalnya, keinginan seorang Muslim untuk menjadi Muslim yang baik. Oleh kerana itu setiap Muslim mesti mampu membaca Qur’an.

Di sinilah jurang di antara Timur dan Barat. Bagi kitab suci Nasrani, hanya paderi yang memiliki akses, membaca dan memahami bahasa kitab sucinya. Namun sejak 800 M, para pembaca khutbah dalam bahasa Latin mulai susah difahami oleh orang kebanyakan, sehinggakan mesyuarat para uskup gereja memerintahkan menggunakan bahasa pasar orang awam, kerana yang menikmati sekolah (berbahasa Latin) hanya sebahagian kecil orang-orang agamanya. Inilah keadaan yang disebut oleh ramai ahli sejarah sebagai masa kegelapan Eropah (the dark middle ages) yang kemudian memicu revolusi ilmu pengetahuan pada era renaissance (pencerahan).

Kegelapan di Eropah kala itu, sangat berbeza dengan Daulah Khilafah yang sangat memandang penting agar rakyatnya cerdas. Pendidikan benar-benar menjadi urusannya. Anak-anak daripada semua kelas sosial menerima pendidikan peringkat asas, dengan yuran yang mampu bagi semua orang. Ini adalah kerana negara membayar gaji para gurunya, orang-orang miskin dapat ke sekolah secara percuma. Di kebanyakan tempat termasuklah sekolah sememangnya percuma seperti di Sepanyol. Selain 80 buah sekolah awam Kordoba yang didirikan al-Hakam-II pada 965 M, masih ada 27 buah sekolah khusus untuk anak-anak miskin. Di Kaherah, al-Mansur Qalawun mendirikan sekolah untuk anak yatim, dan turut membekalkan yang mecukupi serta pakaian khusus buat musim sejuk dan musim panas. Bahkan untuk orang-orang Badwi yang berpindah-randah, ditugaskan guru yang juga akan berpindah-randah mengikut tempat tinggal muridnya.

Islam memuliakan ilmu pengetahuan sebagai saudara kembarnya iman, untuk tujuan luhur membentuk keperibadian manusia yang mempunyai integriti yang mulia. Akibatnya tidak ada keistimewaan bagi umat Islam dalam menuntut ilmu, kerana setiap orang mempunyai kewajipan yang sama dalam mencari ilmu. Cuma yang membezakan adalah ketakwaannya.

Allah berfirman dalam banyak ayat al-Qur’an supaya kaum Muslimin memiliki ilmu pengetahuan. Allah berfirman yang ertinya: “Katakanlah, “Apakah sama, orang orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Hanya orang orang yang berakal sajalah yang dapat menerima pelajaran.” [TMQ Az- Zumar (39) :9].

Allah juga berfirman yang bermaksud : “Allah mengangkat orang- orang yang beriman daripada kamu dan orang- orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat” [TMQ Al-Mujadalah (58):11].


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment