Aktiviti Rukyah al-Hilal

5 Jun 2016 bersamaan 29 Syaaban 1437H : Rukyah al-hilal kembali lagi!

Berikut adalah suasana mencerap hilal di beberapa kawasan di Malaysia. Alhamdulillah muslimat turut berpeluang menyertai aktiviti mencerap hilal bagi menyahut seruan syarie agar melakukan ru’yah al-hilâl dalam menentukan awal Ramadhan.

Sabda Nabi SAW:

صُومُوا لِرُؤْيَتِهِ وَأَفْطِرُوا لِرُؤْيَتِهِ وَانْسُكُوا لَهَا فَإِنْ غُمَّ عَلَيْكُمْ فَأَكْمِلُوا ثَلَاثِينَ فَإِنْ شَهِدَ شَاهِدَانِ فَصُومُوا وَأَفْطِرُوا

“Berpuasalah kamu kerana melihat hilal dan berbukalah kamu kerana melihat hilal, dan laksanakan manasik kamu kerana melihat hilal. Lalu jika pandanganmu tertutup mendung, maka sempurnakanlah tiga puluh hari. Jika ada dua saksi yang bersaksi, maka berpuasalah dan berbukalah kamu.” [HR An-Nasa`i, no 2087].



Berdasarkan hadis tersebut (dan lain-lain), para fuqaha berkesimpulan bahawa penetapan awal dan akhir Ramadhan didasarkan kepada ru’yah al-hilâl. Menurut pendapat jumhur, kesaksian ru’yah hilal awal dan akhir Ramadhan dapat diterima dari seorang saksi Muslim yang adil. Ru’yah al-hilâl boleh dilakukan dari suatu tempat di muka bumi, baik dilakukan dengan mata telanjang (bil ‘ain al-bashariyah) mahu pun dengan alat pembesar dan pendekat, semisal teropong atau teleskop.

Berdasarkan ru’yah al-hilâl yang dilakukan secara global (di seluruh negeri-negeri umat Islam), hilal awal Ramadhan 1437H telah terlihat maka 1 Ramadhan 1437H ditetapkan jatuh pada hari Isnin 6 Jun 2016 M.



Semoga Ramadhan pada kali ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya dan semoga seluruh umat Islam dapat menjalankan ibadah shaum dan ibadah lain-lainnya dengan penuh keimanan, keikhlasan dan kesabaran seterusnya diharapkan menjadikan kita semakin bertakwa kerananya. Marilah kita mengambil peluang juga untuk mengahayati bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan ibadah sebagai bulan mengembalikan semula kehidupan Islam kaffah dengan syariah dan khilafah. Insyaallah.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment