Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Kampar

3 Jun 2016, Perak - Muslimat di Kampar, Perak berkesempatan mengadakan bacaan Yasin dan doa selamat sempena menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Majlis ini juga diteruskan dengan pengisian tazkirah oleh Pn Husna (Aktivis MHTM) dari MHTM Cawangan Ipoh, bertajuk "Ramadhan Bulan Kemenangan dan Ketakwaan". Dalam tazkirah ini Pn Husna membawa para hadirin untuk mengimbau kemenangan yang dicapai oleh umat Islam ketika zaman Rasulullah serta mengambil ibrah dari peristiwa-peristiwa tersebut. Kegemilangan cahaya Islam ketika era keKhilafahan sepatutnya mampu dijadikan teladan kepada umat hari ini yang sering tertindas di bawah sistem kapitalis. Ayuh jadikan Ramadhan sebagai momentum untuk meningkatkan ketakwaan kepada Allah dengan melaksanakan setiap syariat Allah secara kaffah. Insyaallah.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment