China Melarang Puasa Ramadhan di Wilayah Umat Islam

Para pegawai Cina telah melarang penjawat awam, mahasiswa dan kanak-kanak di kawasan majoriti umat Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadhan, menurut laman web kerajaan pada bulan suci Ramadhan yang bermula hari Isnin lalu.


Parti Komunis yang memerintah di negara itu secara rasmi menganut ateisme dan selama bertahun-tahun telah melarang kakitangan kerajaan dan kanak-kanak untuk berpuasa di Xinjiang, yang merupakan tempat bagi lebih daripada 10 juta minoriti Uighur yang kebanyakannya beragama Islam.

Kumpulan-kumpulan hak asasi manusia (HAM) menyalahkan ketegangan atas sekatan beragama dan budaya yang dikenakan ke atas kaum minoriti Uighur dan kelompok minoriti Islam yang lain di kawasan yang luas yang bersempadan dengan Asia Tengah.

“Ahli-ahli parti, penjawat awam, mahasiswa dan kanak-kanak di bawah umur tidak boleh berpuasa pada bulan Ramadhan dan tidak boleh mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan,” mengikut pengumuman yang disiarkan pada hari Khamis lalu di laman web rasmi Korla di pusat bandar Xinjiang.

Seorang pegawai Uighur di bandar Tiekeqi, sebuah bandar yang mengikuti nama Ahmatjan Tohti memberitahu dalam mesyuarat pada hari Isnin minggu lalu bahawa pegawai-pegawai mesti “Secara tegas menghentikan ahli-ahli parti, kakitangan awam, mahasiswa dan kanak-kanak untuk memasuki masjid bagi mengikuti aktiviti keagamaan” selama sebulan, menurut satu laporan yang berasingan di laman web itu.

Sebuah laman web yang dikendalikan oleh biro pendidikan wilayah Shuimogou di ibu negara Urumqi menyiarkan pengumuman pada hari Isnin minggu lalu yang menyeru “Untuk mengelakkan para pelajar dan guru daripada semua sekolah untuk memasuki masjid bagi mengikuti aktiviti keagamaan” sepanjang bulan Ramadhan. 

Sumber: riza/indiatimes.com, 6/6/2016

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment