Demonstrasi di Kedutaan Syria dan Kedutaan Rusia

24 Jun 2016 (Jumaat), Kuala Lumpur - Solidariti umat Islam untuk Syria. Hizbut Tahrir Malaysia berkumpul bersama sebahagian umat Islam mengadakan demonstrasi aman dan penyerahan memorandum bantahan ke Kedutaan Syria dan Rusia mengutuk kezaliman koalisis ini terhadap rakyat Syria. Umum sudah mengetahui bahawa pada minggu pertama Ramadhan tahun ini, rejim Bashar Assad telah mengebom penempatan awam manakala Rusia telah melancarkan serangan udara yang seterusnya menyebabkan ratusan penduduk terbunuh dan lainnya cedera parah. Demikianlah kejinya mereka mencemari bulan Ramadhan yang mulia ini dengan berterusan menzalimi rakyat di Syria.

Rasulullah SAW bersabda,

"Seorang Muslim adalah saudara Muslim yang lain, dia tidak akan menindas saudaranya dan tidak akan menyerahkan saudaranya kepada pihak yang menindas” [HR Bukhari].

Justeru atas dasar inilah kehadiran umat Islam ke perhimpunan ini adalah demi menyatakan suara sokongan terhadap saudara-saudara kita yang tertindas di Syria amnya serta menyatakan bantahan secara terbuka terhadap kebiadapan rejim koalisi yang telah mencetuskan kekacauan di bilad as-Syam sejak bertahun-tahun.

Baca sepenuhnya: Hizbut Tahrir Malaysia














SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment