Konflik Syria: ‘Bom Barel Dilepaskan di Darayya’ Setelah Pemberian Bantuan Kemanusiaan

Pejabat kota Darayya mengatakan 28 bom barel telah dilepaskan daripada helikopter, sehingga menghalang bantuan yang dikirimkan kepada penduduk kota itu.

Seorang anggota Pejabat Kota Darayya mengatakan terdapat Pengeboman dengan bom barel yang dilakukan secara berterusan ke atas wilayah itu selama tiga jam sehingga tengah hari, sehingga menghalang pengagihan bantuan yang disampaikan semalam oleh PBB dan konvoi Bulan Sabit Merah Syria.


Wilayah Darayya yang dikuasai oleh pihak pejuang dan dikepung oleh pasukan pemerintah adalah wilayah yang pertama dilaporkan terjadinya protes terhadap pemerintah Presiden Bashar al-Assad.

Sebelum itu, PBB mengatakan penyaluran bantuan telah memberikan peruntukan makanan termasuk beras, kacang, gula dan minyak untuk 2,400 orang serta tepung gandum untuk penduduk yang kira-kira berjumlah seramai 4,000 orang di kota itu.

Dia mengatakan bahawa terdapat sekitar 4.6 juta rakyat Syria yang tinggal di wilayah-wilayah yang terperangkap dan sukar dijangkau sedangkan mereka memerlukan bekalan tambahan.

Pada hari Khamis utusan khas PBB untuk Syria, Staffan de Mistura, mengatakan pemerintah Syria telah memberikan keizinan ke atas bantuan yang akan dikirimkan ke 19 wilayah yang ditetapkan sebagai wilayah “terperangkap” di negara itu, di mana kira-kira terdapat seramai 600,000 orang.

Amerika Syarikat, Inggeris dan Perancis telah menyerukan bantuan melalui ruang udara dan de Mistura mengatakan dia yakin tekanan ini telah menyebabkan pemerintah Syria mengizinkan bantuan masuk kepada wilayah yang terperangkap yang telah dikuasai pihak pejuang. (bbc.com, 11/6/2016)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment