Muslihat Demi Muslihat Amerika Syarikat di Syria

Muslihat Demi Muslihat Amerika Syarikat di Syria Tidak Akan Mampu Menghentikan Lajunya Kebangkitan Umat

Oleh : Umar Syarifudin
Syabab Hizbut Tahrir Indonesia (Praktis Politik)

Dalam perkembangan terbaru ini, Rusia telah mengajukan permintaan untuk bergabung dengan pakatan pimpinan Amerika Syarikat di Syria, Jumaat (20/5). Hal ini dikemukakan oleh Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu. Rusia mengatakan kepada Amerika Syarikat dan pakatan pimpinannya, bahawa mereka akan memulakan serangan udara gabungan pada 25 Mei. Serangan itu menyasarkan Nusra Front dan kelompok pemberontak lain yang tidak turut serta dalam gencatan senjata.

Serangan juga akan menyasarkan konvoi bersenjata, termasuk mereka yang menyeberang ke Syria dari Turki. Shoigu mengatakan, usulan ini telah diaturkan dengan pemerintah Syria. Pakar tentera Amerika Syarikat di Amman, Jordan juga mengetahuinya kerana terlibat dalam perbincangan tersebut. Rusia mengembalikan hak unilateral (secara satu pihak) untuk menghentam pemberontak yang tidak menyertai gencatan senjata.

Federica Mogherini, Ketua Politik Luar Negeri Kesatuan Eropah dalam sebuah kenyataannya pernah menyentuh masalah perpecahan Syria dan menjelaskan bahawa segala bentuk penyelesaian di negara itu tidak lain adalah Syria yang bersatu, sekular dan plural. Apa yang dimaksudkan Mogherini adalah Resolusi 2254 Dewan Keamanan PBB. Menurutnya, resolusi tersebut sama dengan peta jalan untuk masa peralihan yang mencakupi proses politik untuk pemerintah baru bersama dengan peninjauan undang-undang dasar dan pelaksanaan pilihanraya April lalu, serta pembentukan sebuah negara sekular dan plural yang bersatu.

Seperti yang diduga sebelumnya, parti berkuasa saat ini di Syria, Baath yang dipimpin oleh Bashar al-Assad telah memenangi pilihanraya Parlimen di negara tersebut. Parti Baath mendapat lebih daripada separuh suara dalam pilihanraya itu. Penyiaran al-Arabiya pada (18/4), parti Baath dan sekutunya yang berjalan dengan nama pakatan Persatuan Nasional memenangi 200 kerusi daripada 250 kerusi yang tersedia di Parlimen Syria. Kemenangan al-Assad bererti rejim Syria ingin meningkatkan jenayah pembunuhan terhadap rakyatnya dengan diberi sokongan penuh daripada kekuatan Amerika dan sekutunya.

Apabila diamati, pertarungan yang dominan di Syria adalah pertarungan peradaban politik antara dua blok. Blok Amerika yang diikuti oleh Rusia, Eropah serta para ejennya dan Blok umat yang berpihak kepada warga Syria. Blok pertama berusaha dengan serius untuk menghalangi tegaknya Khilafah Islamiyah di bumi Syam. Blok kedua berusaha bersungguh-sungguh untuk menegakkan Khilafah di bumi Syam. Berikut merupakan tipu muslihat dan konspirasi barat Amerika di Syria:

Pertama, mewujudkan perwakilan politik untuk pihak pro-revolusioner yang tidak mewakili visi Islam iaitu aktiviti perwakilan politik palsu dengan memberikan persetujuan atas nama para revolusioner dan menjual agenda mereka sesuai keinginan Amerika Syarikat. Ini merupakan pengkhianatan sekaligus pengkhianatan terhadap darah para syuhada dan pengorbanan orang-orang yang ikhlas. Praktik ini dianggap sebagai satu kejahatan dengan berusaha memberikan label islami terhadap entiti politik yang tidak syarie.

Kedua, memperhebatkan pakatan sekular dengan beberapa individu dan gerakan yang disatukan kepada Islam, sementara fiziknya sekular. Barat membuat peraturan dengan perubahan pemerintahan kepada pemerintahan sekular yang mengetengahkan individu-individu dan gerakan-gerakan sekular.

Ketiga, mendorong media-media aliran semasa secara besar-besaran dalam menyokong idea demokrasi dan negara sekular-liberal, serta memerangi dan melakukan ‘black campaign’ terhadap projek Khilafah Islam. Tujuan mereka adalah untuk mempengaruhi rakyat agar menyokong projek busuk mereka. Barat juga memasarkan idea penerapan syariah secara bertahap dan sistem pemerintahan sekular-kufur dengan pelbagai hujah yang bercampur aduk dan dusta.

Keempat, mewujudkan jabatan dan institusi ketenteraan yang mewakili revolusi, termasuk dengan sebutan pemerintahan peralihan dan ketua staf. Tugas institusi-institusi ini adalah memantau seluruh aktiviti tentera para revolusioner, mengawal dan mengarahkannya. Fokusnya adalah membeli kesetiaan para komandan briged, rejimen pejuang serta para perwira belot supaya boleh membentuk barisan tentera rejim sekular yang wajib menjaga pemerintahan akan datang yang dipimpin daripada orang-orang ikhlas.

Kelima, mengikat para komandan revolusioner dengan negara-negara Barat secara langsung, atau melalui ejen-ejennya dari negara-negara jiran. Dengan dana-dana politik, para komandan itu diubah menjadi alat yang digunakan demi kepentingan negara-negara itu secara langsung. Tujuannya untuk menghalang tindakan tentera yang menguntungkan kepentingan revolusi dan para revolusioner. Mereka didorong bekerja menjaga entiti buatannya dan wilayah yang mereka kuasai. Hal itu membuatkan mereka lebih dekat kepada para pemimpin perang daripada komandan revolusi.
Keenam, mewujudkan perkumpulan tentera untuk merealisasikan kepentingan-kepentingan yang seketika seperti menolak musuh bersama dan tujuan-tujuan dekat yang tidak berguna untuk sampai ke tujuan hakiki revolusi.

Ketujuh, menyibukkan kebanyakan briged dan rejimen dalam peperangan sampingan, bukan mensasarkan secara langsung ibu kota dan menyerang rejim dengan serangan yang terakhir untuk menjatuhkannya dan menghentikan perang yang berkecamuk.

Kelapan, gerakan politik dan media untuk menciptakan persaingan untuk merebutkan kekuasaan. Semua itu untuk menciptakan keretakan besar antara pelbagai kekuatan yang boleh menyebabkan bencana besar yang menimpa revolusi, iaitu perang saudara antara para revolusioner yang menyebabkan korban nyawa, melemahkan barisan hadapan, melelahkan orang-orang yang ikhlas dan membuat rejim boleh menarik nafas lega dan bergelak ketawa atas kehilangan beratus-ratus nyawa dalam peperangan dalaman yang tidak ada keuntungannya bagi Islam dan kaum Muslimin, akan tetapi menguntungkan rejim jahat dan Barat kafir di belakangnya.

Dalam konteks sosial, terdapat usaha untuk mengikat jabatan-jabatan tempatan di daerah-daerah bebas dengan kerjasama daripada pihak luar melalui pelbagai bentuk sokongan dan bantuan. Hal ini dieksploitasi secara politik untuk menyokong projek negara sivil demokratik.

Saat ini, seluruh umat Islam di Syria hidup di bawah kekuasaan diktator Assad, boneka Amerika Syarikat. Maka umat Islam tidak boleh duduk diam dan berpangku tangan atas kejahatan yang telah dilakukan oleh Barat si perampas yang tidak bermoral yang telah banyak mengakibatkan kesengsaraan. Amerika dan sekutunya merasakan bahawa perasaan cinta dan gembira kaum Muslim di Syria dan di seluruh dunia kepada Islam semakin meningkat dan sentimen Islam juga tumbuh semakin kuat. Akan tetapi, apakah tipu muslihat secara halus, tindakan menindas dan pembunuhan akan boleh mengubah keyakinan dan kemarahan masyarakat? Tentu sahaja tidak.

Penjajahan yang terjadi di Syria dan negeri-negeri Muslim lainnya mungkin boleh membuatkan sebahagian daripada kaum Muslim terdiam seketika. Akan tetapi di hati mereka akan terus menerus bergolak tekad untuk mengubah kezaliman dan orang-orang yang zalim. Tekad itu pasti akan merebak luas sehingga menyebar di seluruh negeri kaum Muslim.

Dan penulis melihat syabab Hizbut Tahrir diantara banyak gerakan Islam yang ikhlas terus bersabar dengan kesabaran yang indah menentang kezaliman orang-orang zalim. Mereka terus berada dalam barisan para pejuang orang-orang Mukmin yang yakin akan pertolongan Allah SWT. Jadi janganlah umat Islam mendiamkan diri atas keganasan dan penindasan Barat yang ingin terus memanjangkan pergantian pemerintahan diktator yang terus menindas umat.

Penting untuk disedari, bahawa kekuatan itu milik Allah, kemuliaan adalah milik Allah dan pertolongan ada di tangan Allah yang Dia berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Maka sesiapa sahaja yang menginginkan kekuatan, kemuliaan dan kemenangan, hendaknya dia memintanya daripada pemiliknya iaitu Allah SWT, bukan daripada sesiapapun selain Dia. Bukan daripada Barat ataupun Timur. Apa sahaja yang dikehendaki Allah, nescaya akan terjadi dan apa sahaja yang tidak Dia kehendaki nescaya tidak akan terjadi. Jika Allah berkehendak menolong dan memuliakan kita dengan tertegaknya Khilafah melalui kedua tangan kita, maka sesiapapun daripada manusia tidak akan boleh menolaknya baik Barat mahupun Timur.

Islam adalah satu-satunya yang mampu mengeluarkan masyarakat di Syria daripada keadaan-keadaan bencana yang kuat dan menyelamatkan mereka dengan akidah dan syariah yang akan mewujudkan kebenaran dan menyebarkan keadilan bukan hanya untuk rakyat Syria sahaja tetapi juga untuk bangsa-bangsa seluruh dunia. Maka, hal ini menuntut kaum Muslim untuk memikirkan agama mereka dan berjuang serius agar jalan keluar dan perubahan terjadi berdasarkan agama kaum Muslim.

Akhir sekali, kepada tentera di negeri-negeri Islam janganlah kalian berdiam diri di kem-kem tentera. Sesungguhnya rakyat dan para pejuang telah mengorbankan darah mereka demi Islam. Daripada hanya mengilap senapang-senapang di kem, bersegeralah membantu umat Islam di negeri-negeri yang ditindas, tumbangkanlah musuh-musuh Islam dengan kekuatan anda dengan izin Allah SWT.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment