Pimpinan Masjid Agung ‎Taipei‬ Meminta Para Pengusaha Taiwan...

Pimpinan Masjid Agung ‎Taipei‬ meminta Para Pengusaha Taiwan‬ agar memudahkan Muslim‬ Tempatan dalam Menjalani Ramadhan‬

Pimpinan Masjid Taipei pada hari Isnin lalu, iaitu hari pertama di bulan istimewa Ramadhan telah menyampaikan harapan agar para pengusaha atau eksekutif perusahaan menjadikan Ramadhan lebih mudah bagi para pekerja Muslim supaya mereka berjaya menjalani puasa sepanjang bulan istimewa ini serta dapat melaksanakan ibadah ritual yang lainnya.


Seruan ini disampaikan kerana selama ini ramai majikan dan perusahaan di Taipei yang tidak mengizinkan kaum Muslim berpuasa.

Sedangkan sepanjang Ramadhan, kaum Muslim perlu menahan diri daripada makan dan minum sejak fajar sehingga senja hari, iaitu sekitar pukul 3.30 pagi hingga 6.30 malam setiap harinya sehingga menjelang Aidil Fitri.

Terdapat seramai 53,000 warga Taiwan yang beridentiti sebagai Muslim. Majoriti pekerja kilang Indonesia dan para pembantu rumah tangga ialah berjumlah seramai 254,000 pada pertengahan 2015 dan mereka juga merupakan Muslim.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment