Silah Ukhuwah bersama Wanita Ikram

Silah Ukhuwah MHTM ke Program Iktikaf Pertubuhan Mizan dan Wanita Ikram Wilayah Persekutuan

25 Jun 2016 (Sabtu), Kuala Lumpur - MHTM telah diundang oleh Presiden Mizan, Dr. Harlina (Pakar Perunding Obstektrik dan Genekologi) bagi menghadiri Program Iktikaf bertempat di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras. Justeru, beberapa orang wakil MHTM telah hadir dalam rangka untuk menjalin silah ukhuwah antara MHTM yang diwakili oleh Dr Aslam Diyana (Pimpinan Pusat MHTM), Dr Reha @ Asma' (Ahli Lajnah Tsaqafiyah MHTM) dan Puan Iman (Aktivis MHTM). Program yang dianjurkan oleh Mizan dengan kerjasama Pertubuhan Wanita Ikram Wilayah Persekutuan ini merupakan acara tahunan mereka pada setiap bulan Ramadhan. Kehadiran wakil MHTM disambut dengan baik dan mesra oleh pimpinan Mizan dan Ikram . Antara acara program yang sempat disertai adalah solat berjamaah, tazkirah oleh Dr Harlina Harliza Siraj (Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi) dan iftar. Menjelang waktu berbuka puasa, wakil-wakil MHTM berkesempatan beramah mesra dengan pihak penganjur sekaligus mewujudkan jalinan ukhuwah yang baik antara MHTM dan kepimpinan Mizan dan Ikram. Selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjama’ah, diteruskan dengan bergambar bersama dengan pihak Jawatankuasa Penganjur. Masing-masing pihak mengharapkan adanya peluang pada masa akan datang untuk mengukuhkan lagi silaturrahmi dengan menjemput ke program masing-masing sambil bertukar-tukar fikiran. Perbezaan tidak menjadi suatu permasalahan sehingga masing-masing boleh berfikiran terbuka dan menghargai perbezaan. Semoga dengan kunjungan ini dapat membuka jalan kepada semua pihak yang terlibat untuk menyedari peri pentingnya penyatuan arah perjuangan gerakan-gerakan Islam di Malaysia demi merealisasikan matlamat penegakan syariah Islam di muka bumi ini. InsyaAllah.





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment